Winslet enggan berbogel lagi

Heroin filem Titanic, Kate Winslet (gambar) menyatakan setiap inci tubuhnya sudah disiarkan di layar perak, lapor sebuah akhbar semalam.

Pelakon yang berumur 33 tahun itu sudah berlakon dalam 10 filem termasuk filem terbarunya, The Reader.

"Saya berpendapat saya tidak mahu lagi berbogel dalam filem. Saya tidak boleh berterusan seperti itu dan saya tidak mahu menjadi pelakon yang kerap menanggalkan pakaian," tegas Winslet.

Dalam filem The Reader yang berlatar belakangkan jenayah perang, Winslet menanggalkan semua pakaiannya dalam beberapa babak.

Keberanian babak yang dibawa Winslet itu turut mendapat pujian pengacara terkenal Oprah Winfrey yang memuji ibu kepada dua bayi itu kerana mempunyai 'payu dara yang sebenar.'

Filem The Reader turut mendapat banyak pencalonan dalam beberapa anugerah Academy ke-81 pada Ahad ini.

Jika Winslet menang, dia secara rasmi mengakhiri pemburuan untuk mendapat anugerah selepas lima kali terlepas daripada tangannya. - Agensi


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular