NEW YORK 14 Feb. - Madonna yang digelar sebagai Material Girl (wanita mata duitan) kehilangan "Sinar Kegemilangannya" dalam satu majlis lelongan.
Gambar bogelnya ketika berusia 20 tahun dikatakan hanya berjaya dilelong sebanyak AS$37,500 (RM135,084) berbanding rekod lelongan pada 2005 sebanyak AS$96,000 (RM345,816).
Gambar yang dirakam oleh jurugambar, Lee Freidlander itu dibeli oleh ahli perniagaan Itali, Fabrizio Masoni yang juga pemilik syarikat produk kulit di Tuscany.
Gambar berkenaan akan diletakkan di bilik pameran koleksi seni syarikat tersebut.
Pada awalnya, rumah lelongan Christie memberitahu tawaran harga yang dibuat oleh Friedlander ke atas gambar bogel Madonna merupakan yang tertinggi.
Bagaimanapun Jumaat lalu, rumah lelongan berkenaan melaporkan rekod lelongan gambar penyanyi berkenaan adalah AS$96,000 (RM345,816) yang dibuat oleh jurugambar fesyen, Helmut Newton. - AP
0 ulasan:
Catat Ulasan