Suami takut jimak

Kisahnya memang pelik, tapi ia benar-benar berlaku. Seorang suami tidak pernah mengadakan hubungan seks dengan isteri walaupun sudah berkahwin lima tahun. Alasannya, dia malu melihat kemaluan isteri selain takut untuk melakukan seks.

Menakjubkan juga apabila si isteri bersabar dan dalam masa sama tidak pernah jemu memujuk suami dengan melakukan belaian manja, namun akhirnya suami menarik diri.

Ia bukan kerana suaminya mengalami masalah dengan alat kelamin, sebaliknya dia terlalu malu selain takut untuk melakukan hubungan seks.

Akibatnya, selain isteri terseksa daripada segi batin, keluarga mentua menganggap suami terkena buatan orang. Lantas, suami dibawa bertemu bomoh untuk diurut kerana isterinya tidak mengandung walaupun sudah lima tahun berkahwin.

Apa yang berlaku kepada suami itu memang aneh kerana jarang berlaku keadaan di mana lelaki tidak suka melakukan hubungan seksual.

Suami terbabit mungkin terfikir hubungan seks membabitkan perkara ‘aneh’ iaitu perlu berdepan pasangan dalam keadaan memalukan, berbogel atau selak kain, perlu sentuhan kepada anggota kelamin dan pelbagai lagi.

Semua itu mungkin mengaibkan atau membengangkannya. Berdasarkan aduan diterima, si isteri turut cuba membantu menyelesaikan masalah dengan bersama-sama menonton ‘filem dewasa’, tetapi suaminya tetap tidak mahu melakukan seks, sebaliknya lebih gemar menonton filem itu berseorangan.

Selain itu, belaian diberi kepada suami turut ‘memanaskan’ lelaki itu tetapi apabila syahwat semakin meningkat suami tiba-tiba menarik diri, menyebabkan isterinya terkapai-kapai sendirian.

Dalam menghadapi masalah sebegini, peranan isteri sangat penting. Memandangkan isteri itu sudah biasa tidak mendapat kepuasan seks selain sentiasa bersabar dengan suami, nyata usahanya membawa kemajuan.

Biarpun isteri itu secara spesifiknya masih gagal mendapatkan kepuasan seks, terbukti belaian dan cumbuannya mampu membuatkan suaminya ‘panas’ hinggalah dia akhirnya meminta dihentikan.

Jadi, kepada sesiapa yang menghadapi masalah seperti ini, isteri digalakkan untuk terus membelai dan mendidik suaminya untuk berintiman. Jangan sekali-kali fikir perbuatan isteri meminta adegan intim daripada suami adalah sesuatu yang aneh. Ini kerana ia perbuatan yang sangat diperlukan dalam situasi dihadapi.

Isteri juga perlu terus bersabar jika mahu mengekalkan kehidupan rumah tangga. Pada masa sama suami perlu mendapat banyak pendedahan daripada pembimbing atau membaca buku panduan supaya mampu membuka minda selain tidak tersalah tafsir berkaitan seks.

Antara pendekatan sesuai ialah bimbingan dan kaunseling seks dan bantuan pakar perubatan. Ia memang memerlukan masa dan bimbingan susulan perlu dilakukan sehingga berlaku perubahan terhadap si suami.

Jangan putus asa. Teruskan perjuangan hidup berumahtangga.

~Dr.Ismail Thamby


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

1 ulasan:

gluegun berkata...

jika lelaki tersebut sudah awal lagi takut melihat kemaluan perempuan, mengapa beliau berkahwin dan mengsengsarakan anak orang?

soalan saya: semasa melihat filem seks, lelaki tersebut memandang pelakon lelaki atau pelakon perempuan?

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular