Kajian menunjukkan coklat mengandungi phenylethylamine dan tyramine, bahan kimia yang menyebabkan rasa sayang dan berahi. Coklat adalah salah satu makanan aphrodisiac atau penggalak nafsu, manakala phenylethylamine pula adalah kimia yang berkait dengan amphetamina yang meningkatkan aliran darah dan kadar glukos dalam darah, sekali gus menjadikan kita lebih waspada atau sedar dan rasa puas.
Anti oksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas malah ia menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Satu kajian yang dijalankan di Universiti Pittsburgh, Amerika Syarikat mendapati coklat bukanlah penyebab migrain seperti tanggapan sesetengah orang. Malah coklat mengandungi bahan seperti ubat penenang menerusi cecair endorphin yang membuat kita rasa gembira.
Kelebihan ini dimanfaatkan dengan cara yang lebih komersial melalui pembentukan jenama-jenama coklat terkenal yang menawarkan bermacam jenis produk berasaskan bahan tersebut.
Antaranya, Theobroma Chocolate Lounge yang berasal dari Australia dan membuka cawangan pertamanya di pusat membeli belah 1 Utama, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Seperti namanya, Theobroma memanglah tempat istimewa untuk penggemar coklat dan di sini segalanya adalah tentang coklat!
Theobroma adalah perkataan Mexico yang bermaksud makanan untuk tuhan. Di Malaysia ia dibawa oleh Kumpulan Hing Yap menerusi program francais dengan Theobroma Food of the Gods Pty Ltd, sebuah syarikat berasal dari Australia.
Temu bual yang diatur baru-baru ini telah memberi peluang kepada penulis untuk merasai sendiri kesedapan coklat dan pelbagai hidangan yang berasaskan coklat di Theobroma cawangan One Utama.
Mengetengahkan konsep semuanya coklat (Total Chocolate), terdapat pelbagai jenis menu yang boleh dipilih pengunjung bermula daripada minuman sejuk, panas, pencuci mulut dan macam-macam lagi.
Menurut, ketua pegawai operasi Kumpulan Hing Yiap, Edwin Saw, pembukaan Theobroma Chocolate Lounge ini adalah sebagai respon daripada permintaan orang ramai yang ingin menikmati coklat berkualiti tinggi juga sebagai alternatif kepada kopi.
"Terdapat lebih daripada 80 jenis makanan dan minuman berasaskan coklat untuk dipilih. Yang paling penting coklat ditawarkan rendah lemak dan tidak menggemukkan.
"Coklat hitam dikatakan mempunyai empat kali kadar catechins dan phenols berbanding teh. Phenols pula dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung.
"Kami juga ingin memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia bahawa coklat bukanlah makanan yang tidak sihat malah ia memberi banyak manfaat bagi yang menikmatinya," jelas beliau ketika ditemui di Theobroma Chocolate Lounge cawangan One Utama baru-baru ini.
Paling penting menurut Saw, coklat di Theobroma adalah 100 semula jadi tanpa pengawet dan diimport dari Belgium selaku negara pengeluar coklat terkemuka dunia.
Malah warna-warna pada coklat di Theobroma juga diproses daripada tumbuhan dan buah-buahan agar lebih semula jadi dan baik untuk kesihatan.
Saw menambah, kesemua resipi berasaskan coklat berasal dari francais asal iaitu di Australia. Selain menu yang membuka selera, mereka turut 'mencipta' suasana mewah dan selesa untuk menikmati makanan yang terbukti menenangkan ini. Justeru ia amat ideal untuk dikunjungi pasangan, keluarga dan sahabat handai yang ingin melepak sambil menikmati hidangan istimewa di sini.
Theobroma kini mempunyai tiga cawangan di Malaysia, termasuk di Pavilion dan Bangsar Village II.
Untuk mempelbagaikan pilihan, mereka juga menghidangkan pilihan makanan seperti pasta, pai dan sandwich untuk anda.
"Walaupun coklat adalah hidangan utama, Theobroma turut menghidangkan kopi dan teh bagi yang menginginkannya," jelas Saw yang turut merupakan penggemar coklat.
Penulis turut berkesempatan merasai beberapa hidangan seperti Princess of Iceland, sejenis minuman coklat yang dicairkan dari ketulan coklat padat lengkap dengan serbuk coklat di atasnya.
Selain itu, penulis turut mencuba hidangan yang menjadi pilihan pengunjung di Theobroma seperti chocolate fruit fondue.
Ia terdiri daripada potongan buah-buahan segar seperti strawberi, kiwi, pisang yang dicelup ke dalam cairan coklat panas.
Sandwich dan pai yang dihidangkan juga menambah kelainan cita rasa. Hidangan disediakan dalam harga berpatutan.
Ia turut menyediakan bungkusan coklat pelbagai bentuk istimewa untuk dihadiahkan kepada yang tersayang. Bungkusan coklat tersebut turut datang dengan sebuah patung beruang kecil yang comel dengan harga RM 60 sahaja. Promosi ini bermula dari 12 hingga 14 Februari sahaja.
"Daripada memberi bunga ros, baiklah menghadiahkan bunga ros dalam bentuk coklat yang lazat dan menggembirakan," tambah Saw.
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL
Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Super Isteri. Nak tau, sila klik sini
0 ulasan:
Catat Ulasan