Tekanan ekonomi jejas hubungan seks

Tekanan akibat kemelesetan ekonomi dunia turut memberi kesan kepada kehidupan seks lelaki kerana ia boleh menurunkan paras testosterone golongan itu, kata seorang doktor Britain kelmarin.

Tekanan kronik disebabkan kebimbangan kewangan atau bekerja pada jangka panjang boleh menyebabkan paras hormon menurun, kata pengarah perubatan di sebuah klinik kesihatan lelaki terkemuka London, Dr Richard Petty.

Testosterone, hormon yang dikeluarkan oleh buah zakar, menghasilkan perkembangan karekteristik seksual lelaki. Ia dikaitkan dengan fungsi seksual dan otot, selain tumpuan, mood dan ingatan.

“Apabila seseorang lelaki terganggu, mudah untuk menyalahkan kerja atau kesan penuaan. Dalam jangka pendek, tekanan boleh meningkatkan paras testosterone dan ini berguna untuk membantu orang ramai bertindak segera kepada tekanan dan keadaan baru.

“Namun tekanan kronik, yang selalunya berterusan, adalah faktor utama dalam penurunan paras testosterone. Ia disebabkan gaya hidup moden, apabila semuanya daripada kerja dengan tekanan tinggi kepada pengangguran meletakkan tubuh dalam ancaman,” katanya.

Paras rendah hormon testosterone boleh menyebabkan keletihan, kurang daya tumpuan dan kurang syahwat. Petty menasihatkan lelaki supaya mengurangkan tekanan serendah yang boleh dengan berehat, mengamalkan pemakanan sihat dan bersenam. - Agensi


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular