Pengetahuan Seks Sebelum Berkahwin?

Pengenalan

• Kelakuan seks remaja bermula pada umur yang berbeza berdasarkan nilai-nilai budaya dan sosial mereka.
• Kajian di tempat yang berlainan di dunia menunjukkan seks sebelum kahwin biasanya
tidak dirancang.

Siapakah yang berisiko?

•Mereka yang terlibat dalam penggunaan arak dan dadah
•Mempunyai teman lelaki atau wanita yang istimewa
•Kurang berminat dengan sekolah
•Sejarah penderaan fizikal atau seksual
•Kurang pengawasan ibu bapa

Apakah kesan-kesannya?

•Dari aspek perubatan:

oKehamilan yang tidak diingini
oPengguguran anak yang tidak selamat
oPembuangan bayi
oJangkitan seksual

•Dari aspek psikologi dan sosial:

oMasalah perhubungan. Lihat (Memahami seksualiti)
oMengalami gangguan emosi
oTiada keharmonian keluarga dan sosial
oImplikasi undang-undang

Bagaimana untuk mengelakkannya?

•Elakkan melakukan hubungan seks

o Anda bertanggungjawab ke atas hidup anda sendiri. Jangan biarkan orang lain memaksa anda.
o Anda boleh melindungi kesihatan dan emosi anda dengan mengatakan "Tidak, bukan sekarang". Anda masih boleh berkata "tidak" walaupun pernah berkata "ya" sebelum ini. Lihat (Ketegasan).
o Pasangan yang benar-benar menyayangi dan menghormati anda tidak akan meminta seks sebelum kahwin
o Ingat : badan anda adalah tanggungjawab anda untuk menjaganya dengan baik.

•Elakkan membaca atau menonton bahan-bahan lucah.
•Libatkan diri dalam aktiviti yang berfaedah seperti kegiatan sukan, senaman, aktiviti budaya atau kerja-kerja sukarela.
•Semua agama utama dan budaya kita, seks luar nikah adalah dilarang. Anda mengambil tindakan yang bijak jika anda taat kepada ajaran agama.

Apakah implikasi undang-undang yang ada?

•Rang undang-undang jenayah Malaysia, seperti yang dinyatakan dalam Kod Penal Akta 574 telah menetapkan umur minima untuk kesalahan tertentu.
•Ia menyatakan bahawa perempuan yang berumur di bawah 16 tahun atau lelaki yang
berumur di bawah 13 tahun dianggap tidak boleh membuat keputusan sendiri di sisi
undang-undang.
•Contohnya, umur minima untuk perhubungan seksual dengan persetujuan kedua belah
pihak seperti yang terkandung dalam seksyen 375 adalah untuk menghukum mereka
yang melakukan hubungan seks dengan kanak-kanak/remaja di bawah umur. Ini
dikenali sebagai"Statutory rape" .


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular