Dua bilik yang setiap satu berukuran 3 x 5 meter, cuma dilengkapi sofa panjang dan lampu suram. Namun dua bilik itu menjadi tarikan utama sebuah pusat karaoke di sini kerana ia disediakan khusus untuk pelanggannya melakukan hubungan seks dengan GRO.
Biarpun keadaan bilik itu ringkas, termasuk tidak dipasang kunci, kewujudannya cukup untuk kaki maksiat melampiaskan nafsu serakah mereka untuk tempoh beberapa minit saja.
“Nak guna bilik itu pun cukup mudah, tak perlu tempah dan tak perlu bayar. Cukup dengan melihat pintunya. Kalau pintunya terbuka, itu tandanya ia kosong dan boleh digunakan. Kalau pintu tutup, tandanya ada orang guna.
“Sebab itu ia tidak boleh digunakan lama-lama. Maksimum 10 hingga 15 minit saja. Kalau lebih dari itu, pelanggan lain marah kerana mereka pun nak guna,” kata pelanggan setia pusat karaoke berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Zek.
Ketika membawa wartawan Metro Ahad mengunjungi pusat karaoke itu, Zek memberitahu, kewujudan ‘bilik gelap’ untuk pelanggan dan GRO atau pelayan pelanggan memuaskan nafsu kini menjadi kebiasaan di kalangan banyak pusat karaoke di ibu kota.
Menurutnya, pendekatan terbaru itu nyata membawa pulangan lumayan kepada pengusaha pusat karaoke terbabit kerana pelanggan gemar ke premis mereka berikutan dapat khidmat ‘3 dalam 1’ iaitu menyanyi, layanan GRO dan khidmat seks.
“Hakikatnya, kebanyakan lelaki sekarang ke pusat karaoke bukan nak menyanyi sangat, tapi nak ringan-ringan dengan GRO. Itu baru 2 dalam 1. Sekarang apabila ada bilik khas untuk buat ‘projek’, pelanggan lelaki lebih suka kerana mereka bukan setakat boleh menyanyi dan ringan-ringan, tapi lebih daripada itu,” katanya.
Pemantauan Metro Ahad di dalam karaoke ‘3 dalam 1’ itu mendapati GRO diberi nombor tertentu sebagai pengenalan diri dan pelanggan boleh memilih seberapa ramai gadis yang disukai mengikut kehendak mereka dengan bayaran sekadar RM30 hingga RM50 seorang.
Sebahagian besar pengunjung pusat karaoke adalah lelaki berumur 20-an hingga 30-an dan boleh tawar-menawar dengan GRO atau pelayan pelanggan bagi mendapat layanan ekstra atau khidmat seks daripada mereka.
Kata Zek, selepas selesai tawar-menawar, bila-bila masa saja mereka boleh berasmara di ‘bilik gelap’ yang disediakan.
“Jika memilih GRO warga asing, seperti dari China, harga diminta lebih mahal. Biasanya, pelanggan tetap boleh mendapat tawaran harga lebih murah bagi melampiaskan nafsu,” katanya.
Tinjauan juga mendapati, walaupun ‘bilik gelap’ itu dalam keadaan daif dan sekadar menyediakan sebuah sofa panjang dan meja bulat kecil, ia sentiasa penuh dan boleh dikatakan hampir setiap masa pasangan keluar masuk.
Difahamkan, satu syarat yang perlu dipatuhi GRO serta pelanggan ialah jangan sekali-kali melakukan hubungan seks di dalam tandas dan jika GRO terbabit didapati melakukannya, mereka dibuang kerja serta-merta manakala pelanggan dihalau keluar.
Satu lagi kelainan pusat karaoke itu ialah setiap GRO boleh ditempah lebih daripada seorang pelanggan serentak.
“Apabila seseorang GRO itu ditempah dua hingga tiga pelanggan dalam satu masa, dia perlu membahagikan masa melayan pelanggan masing-masing yang berada dalam bilik karaoke berasingan.
“Bagi memudahkan GRO itu menjalankan tugasnya, disediakan skrin di setiap sudut premis terbabit yang akan memaparkan nombor pengenalannya serta nombor bilik pelanggan yang perlu dikunjungi,” kata Zek.
Berkaitan nombor terbabit, seorang pengunjung tetap dikenali sebagai Edi memaklumkan, pelanggan perlu mengingati nombor pengenalan GRO yang dilanggan supaya mudah dipanggil semula ketika melayan pelanggan lain.
Kata Edi, biasanya seorang GRO memperuntukkan antara 15 hingga 20 minit bagi setiap pelanggan, tetapi ada kalanya berlarutan terlalu lama.
“Jika pelanggan menunggu terlalu lama, mereka boleh memaklumkan kepada ‘mummy’ untuk memanggil semula GRO terbabit dengan hanya memberi nombor pengenalan itu.
“Jika ada yang membuat tawaran pakej ekstra (khidmat seks), ia juga perlu dimaklumkan supaya ‘mummy’ boleh mengatur masa layanan untuk pelanggan terbabit,” katanya.
Lebih teruk, kata Edi, ada pelanggan sanggup melampiaskan nafsu serakah mereka di dalam bilik tempahan sambil dilihat rakan lain.
Tidak mengejutkan juga, katanya, ada pelanggan melakukan hubungan sumbang itu beramai-ramai bersama rakan, bergantung dengan kerelaan GRO yang ditempah.
“Pusat karaoke ini bukan sekadar tempat menyanyi, tetapi sarang melakukan pesta seks. Bagi yang malu melakukan hubungan seks di depan rakan, mereka boleh lakukannya di bilik ghairah.
“Sudah menjadi amalan biasa di sini pelanggan bertukar-tukar pasangan. Yang penting, mereka mampu membayar harga diminta GRO terbabit,” katanya.
Oleh NAZARALI SAERIL dan SHAMRAN SARAHAN
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.
Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan