Cialis lebih hebat daripada Viagra

Firma ubat-ubatan Eli Lilly melancarkan pil terbaru Cialis One A Day untuk lelaki mati pucuk yang berkesan selama 24 jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Pil yang dilancarkan di Britain itu membolehkan seseorang penghidap mati pucuk menjalin hubungan asmara pada bila-bila masa.

Pengeluarnya berkata, Cialis lebih hebat daripada Viagra kerana ia berkesan sehingga 36 jam.

Pil Viagra perlu diambil 30 minit sebelum lelaki yang menghidap penyakit mati pucuk melakukan hubungan seks.

Namun, Cialis hanya boleh dibeli menerusi preskripsi doktor dan perlu dimakan sebiji setiap hari dan dijual pada harga £55 (RM282.75) untuk satu kotak yang mengandungi 28 pil.

Pakar urologi Hospital Kolej Universiti London, Dr. Suks Minhas berkata, pil itu membolehkan lelaki yang menghidap mati pucuk berfungsi seperti lelaki normal.

"Mereka tidak lagi tertekan kerana terpaksa mengambil pil sebelum mengadakan hubungan seks," katanya. - Agensi



Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular