Berlakon filem lucah untuk majlis kahwin


MACCLESFIELD, England - Satu pasangan yang mengalami masalah kewangan tidak lagi kecewa untuk merealisasikan impian mereka bagi mengadakan majlis perkahwinan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebaliknya, mereka akan berlakon dalam beberapa filem lucah untuk mengumpulkan wang bagi mengadakan majlis perkahwinan yang penuh gemilang.

Pasangan itu, Lisa Brand dan Tommy Barnes memperoleh pendapatan £1,300 (RM7,328) daripada tiga filem lucah dan mereka merancang mahu berlakon dalam empat lagi filem lucah.

Empat filem lucah itu dibuat untuk satu majlis tepi pantai di Cancun, Mexico pada Jun tahun depan.

Pasangan itu sudah mempunyai empat anak tetapi mereka mahu berkahwin dalam satu majlis perkahwinan yang menjadi kenangan manis buat seumur hidup.

"Saya sudah memberitahu ibu saya dan rakan-rakan. Mereka memahaminya (kenapa mereka berlakon dalam filem lucah).

"Sudah menjadi impian kami untuk berkahwin dalam majlis yang penuh gilang gemilang," kata Lisa. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular