Isteri keliru suami mengaku homoseksual

Isteri keliru suami mengaku homoseksual

Kisah minggu ini agak menarik untuk dikongsi. Ia mengenai luahan hati seorang isteri yang tersepit dengan pengakuan suami yang mengaku dirinya seorang homoseksual. Sebagai isteri, dia berusaha untuk memulihkan suaminya kerana perasaan saying masih wujud. Lebih-lebih lagi tanda-tanda suaminya seorang homoseksual tidak kelihatan malah bersikap seperti biasa. Semua inilah yang membuatkan dia yakin bahawa suaminya tidak begitu. Semoga kisahnya menjadi teladan kepada semua pembaca.

Saya berkahwin sejak tiga tahun lalu dengan suami atas dasar cinta, suka sama suka. Kami ada juga bergaduh namun ia tidak meleret-leret hingga menjadi konflik yang serius. Dua bulan selepas berkahwin, saya disahkan hamil namun saya mengalami keguguran semasa kandungan berusia lapan minggu. Selepas keguguran, suami mengambil masa agak lama untuk ‘menyentuh’ saya kembali. Selepas sembilan bulan, saya hamil untuk kali kedua. Semasa mengandung, suami mudah marah bila melayani saya. Dia selalu membebel bila saya meminta dia menemani saya menjalani pemeriksaan kesihatan ibu mengandung. Kami sering bergaduh disebabkan hal ini.

Semasa kandungan saya berusia lebih 20 minggu, anak di dalam kandungan disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan teliti telah dilakukan, akan tetapi tiada jawapan pasti yang diberikan oleh pihak hospital. Sejak itu, suami hanya menyentuh saya dua atau tiga kali sahaja sehingga kini. Pelbagai persoalan terus mengganggu fikiran saya hampir setiap malam. Pertanyaan kepada persoalan dilontarkan kepada suami tetapi tiada jawapan. Setelah saya mendesak beberapa minggu lalu, suami telah membuat pengakuan yang dirinya adalah seorang homoseksual.

Saya seperti tidak mempercayainya, kerana selama ini tiada sebarang tanda-tanda yang menampakkan suami adalah seorang homoseksual. Saya memintanya berubah dan saya bersedia untuk membantunya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Akan tetapi suami tidak mahu berubah dan beranggapan seorang homoseksual tidak boleh diubati. Suami juga menyuruh saya berfikir panjang soal hidup dan masa depan.

Akan tetapi katanya dia tidak boleh memberi apa-apa jaminan untuk memberikan kebahagiaan kepada saya kelak. Tambahan pula suami memang tidak mahukan anak. Saya sangat menyayangi suami. Saya tidak sanggup kehilangannya. Sebab itulah saya sanggup membantunya, lagi pun saya memandang homoseksual ini adalah sebagai satu penyakit yang boleh diubati. Saya cuba mencari bantuan dan berjumpa dengan seorang ustaz yang telah disyorkan oleh seorang pakar motivasi terkenal tanah air yang saya hubungi melalui soal jawab di internet.

Setelah berjumpa ustaz tersebut, saya diberi beberapa panduan mengikut Islam untuk menangani permasalahan ini seperti mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, melakukan sembahyang istikharah dan beberapa perkara lain. Walaupun suami tidak mempedulikan saya langsung tetapi saya seperti biasa melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Kami tinggal di rumah ibu saya memandangkan suami hanya bekerja secara sambilan dan tidak mampu untuk menyewa rumah sendiri.

Saya bekerja dan segala perbelanjaan saya yang uruskan sendiri, dibantu oleh suami serba sedikit. Apakah lagi yang harus saya lakukan? Adakah panduan-panduan lain yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan masalah saya ini? Untuk makluman, buat masa sekarang saya tidak mempercayai suami seorang homoseksual kerana tiada sebarang tanda yang menunjukkan suami seorang homoseksual.

Kedua, semasa suami memberitahu perkara itu, air mukanya bersahaja saja serta tidak nampak bersalah dan dia mengucapkan kata-katanya dengan begitu mudah tanpa tersekat-sekat. Sekarang suami menunjukkan protes, dia seperti tidak menyukai saya seolah-olah permasalahan ini berpunca daripada saya. Ustaz yang saya temui turut bersetuju dengan saya, kerana katanya ada perkara lain di sebalik pengakuan tersebut. Saya betul-betul bingung dan tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya telah cuba berbaik-baik dengan suami tetapi suami menunjukkan sikap keras hati. Apa yang saya lakukan lagi?


Petikan: Mingguan Wanita


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular