Seks Suami isteri

Hubungan seks antara suami dan isteri merupakan perkara subjektif dan jarang ingin dibincangkan secara terbuka. Lumrah kehidupan, dalam hubungan pasti ada kesalahan atau pun kesilapan yang dilakukan dengan cara sengaja mahupun sebaliknya. Bagi isteri kesilapan ‘layanan’ suami ketika di ranjang seharusnya dapat diungkaikan agar pasangan dapat mencapai kepuasan yang sebenar.

Hubungan Seks
BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks kilat). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

PENIUP TELINGA YANG ROMANTIS
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin hari jadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.

MEMBELAI BAHAGIAN SENSITIF
Ramai lelaki beranggapan, memegang bahagian sensitif wanita menandakan sifat kelakian yang disukai. Namun sebenarnya wanita gemar seorang lelaki membelai bahagian sensitif dengan manja dan bukan dengan cara yang kasar hingga menyebabkan kesakitan. Yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai, dan mengusap.

TERUSKAN MEMBELAI
Jangan sekali-kali berehat pula apabila anda melakukan (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak. Teruskan rangsangan anda sehingga anda dan isteri merasa selesa dan puas.

NAKAL DAN MENGGODA
Apabila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas dan perlahan-lahan. Janganlah terus menarik pakaian pasangan anda. Sikap anda yang penyabar, menjadikan pasangan anda lebih dihargai.

BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa menyebabkan isteri rasa tidak selesa. Apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke paha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tetapi untuk mengelakkan kulit wajahnya dari terkena misai anda yang kasar.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular