Penyanyi Robbie Williams menggunakan seks untuk memastikan dirinya kekal kurus. Dia yang berusia 36 tahun sering berdepan dengan masalah berat badan menegaskan bentuk badan terbarunya adalah hasil daripada aktiviti seks bersama tunangnya, Ayda Field.
Itu adalah jawapan yang diberikan oleh Robbie apabila ditanya mengenai bentuk badan terbarunya. "Badan yang hebat ini datang daripada seks. Ya, seks banyak membantu," katanya lagi.
Namun, bukan seks sahaja yang membantu mengekalkan bentuk badannya. Penyanyi yang popular dengan lagu Bodies itu juga mencuri masa untuk berlari setiap hari.
Katanya kepada akhbar Daily Star: "Saya berlari antara lapan hingga sembilan kilometer setiap hari. Ia amat memenatkan.
"Saya tidak rasa diri saya susut tetapi otot saya sudah kelihatan. Ia satu proses yang bagus dan saya berasa gembira dengan badan baru ini."
Robbie bukan satu-satunya selebriti yang menggunakan seks untuk kelihatan menarik. Penyumbang suara untuk animasi Shrek Forever After, Cameron Diaz juga memberi kredit kepada seks yang membantu mengekalkan keremajaannya.
Aktres berusia 37 tahun itu menyatakan: "Asas untuk mengekalkan keremajaan bagi saya adalah senaman, diet sihat, minum air yang banyak, ketawa dan banyak seks. Ya, kita perlukan seks sebagai manusia. Ia sesuatu yang sihat dan natural."
0 ulasan:
Catat Ulasan