Mesir arah henti pemeriksaan dara di penjara

Mahkamah Mesir hari ini mengarahkan tentera kerajaan agar menghentikan pemeriksaan dara terhadap tahanan wanita di penjara-penjara ketenteraan.

Keputusan itu diperoleh selepas Samira Ibrahim mengemukakan kes berikutan beliau dipaksa menjalani pemeriksaan dara ketika ditahan pada April lalu akibat menyertai tunjuk perasaan di Dataran Tahrir.

“Mahkamah Mesir mengarahkan agar pemeriksaan dara terhadap tahanan-tahanan wanita dihentikan,” kata Hakim Aly Fekry. – REUTERS

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular