Ketagih bertukar `suami gelap'
Jika Nadia dijadikan perempuan simpanan selepas dijanji untuk dijadikan isteri kedua, Lina, 28, pula sebaliknya.
Wanita ini seakan-akan ketagih menjadi pemuas nafsu orang kenamaan dan ahli perniagaan serta tidak kisah bertukar-tukar pasangan asalkan dibuai kemewahan hidup.
Kini, Lina langsung tidak bekerja tetapi dihadiahkan sebuah kereta, disediakan rumah sewa dan turut diberi duit poket RM8,000 sebulan oleh seorang ahli perniagaan.
Menurutnya, dia terbabit dalam kancah maksiat sebaik tamat pengajian di universiti awam, beberapa tahun lalu.
Selepas menamatkan pengajian, Lina menghadiri pelbagai temu duga kerja hinggalah dia bertemu usahawan berjaya, Khairil (bukan nama sebenar) yang cuba memikatnya untuk dijadikan wanita simpanan.
"Waktu itu, saya ingat dia ikhlas berkawan dengan saya. Selain diberi kerja sebagai penolong setiausaha di syarikatnya, dia meluahkan perasaannya kepada saya.
"Ketika itu saya masih mentah. Saya hanya menurut permintaannya, termasuk melakukan seks. Atas sebab itu, saya diberi sebuah rumah, sebuah kereta dan wang poket RM3,000.
"Termasuk gaji, saya memperoleh RM5,000 sebulan tanpa perlu membayar sewa rumah dan ansuran kereta. Sejak itu, saya seakan-akan terbiasa hidup mewah kerana dimanjakan Khairil," katanya.
Lina berkata, kini dia tidak lagi bekerja dengan lelaki itu. Bagaimanapun, disebabkan terbiasa, dia menjadi ketagih untuk hidup mewah dengan cara senang.
"Saya bekerja dengan Khairil hanya setahun setengah. Selepas itu, saya berjumpa ahli perniagaan lain yang menawarkan saya pekerjaan di syarikatnya dengan gaji lumayan.
"Tanpa berfikir panjang, saya meninggalkan Khairil dengan alasan ingin pulang ke kampung. Sejak itu, saya 'dibela' Zini (bukan nama sebenar). Seperti Khairil, saya turut diberi rumah dan kereta, manakala 'duit poket' dinaikkan kepada RM8,000 sebulan.
"Kini, pendapatan saya mencecah lima angka sebulan walaupun pekerjaan diberikan Zini tidak seteruk mana. Begitupun, saya perlu berada dengannya jika dia memerlukan saya," katanya.
Lina mengakui tahu Zini sudah berkeluarga tetapi tidak mempedulikannya. Asalkan dapat apa dimahukan, perkara lain tidak penting bagi wanita ini.
"Mereka semua sudah berkeluarga. Saya tidak kisah dengan status itu, asalkan saya boleh hidup senang. Siapa sangka saya mampu pakai kereta besar dan duduk di rumah mewah pada umur begini?
"Jika orang bertanya apa yang saya lakukan, saya beritahu jawatan saya di syarikat Zini. Itu cukup meyakinkan mereka saya mampu hidup senang dengan hasil titik peluh sendiri," katanya.
Selain Zini, Lina pernah dibela beberapa lelaki yang juga usahawan berjaya. Begitupun, hubungan mereka tidak kekal.
"Ketika dengan Zini, saya turut mengadakan hubungan dengan lelaki lain. Begitupun, saya memilih mereka yang berharta atau kaya dan tidak melayan lelaki sengkek.
"Hubungan itu tidak pernah kekal kerana Zini tidak menyukai perbuatan saya. Akhirnya, saya kembali kepadanya dan hubungan itu kekal sehingga kini.
"Pernah terfikir untuk menamatkan dosa ini dengan berkahwin, tetapi sehingga kini tidak berjumpa lelaki sesuai.
"Walaupun didikan agama saya tidak teguh, saya tahu mengenai soal halal dan haram. Mungkin, pada masa akan datang dan apabila bertemu jodoh sesuai, saya akan berhenti melakukan kerja terkutuk ini," katanya.
Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar
0 ulasan:
Catat Ulasan