Mereka menuntut di institusi pengajian tinggi (IPT), malangnya akhlak masing-masing amat rendah apabila aktif mengamalkan seks bebas, malah bergabung mewujudkan seolah-olah satu kelab bagi merancang kegiatan.
Tanpa mempedulikan dosa dan masa depan, kumpulan siswi berusia 19 hingga 21 tahun itu tidak mahu melihat ada ahli kumpulan mereka yang masih dara.
Malah, sesiapa yang masih dara dipecat 'keahliannya' atau tidak layak menyertai kelab itu dan dianggap sebagai kolot atau kekampungan.
Akibatnya, seorang daripada siswi yang pernah menjadi ahli 'kelab tiada dara' itu kini menanggung derita kerana disahkan doktor dijangkiti virus HIV berikutan terbabit kegiatan seks bebas.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Maisarah, 21, berkata, selama ini dia langsung tidak terfikir kesan buruk akibat kegiatan liarnya, sebaliknya hanya mengutamakan keseronokan serta kepuasan nafsu semata-mata.
"Semuanya akibat pengaruh kawan, tapi saya tak mahu menyalahkan mereka kerana sedar ia kelemahan saya yang jahil hingga tak dapat bezakan antara baik dan buruk, biarpun menuntut di IPT," katanya.
Maisarah ditemui wartawan Harian Metro ketika hadir untuk mendapatkan bantuan dan khidmat khidmat kaunseling daripada kaunselor, Zaimah Hussin dari Rumah Masyarakat Prihatin (RMP), di sini.
Menceritakan pengalamannya ketika menjadi ahli kelab tiada dara Maisarah berkata, mereka bergerak dalam kumpulan kecil 10 orang yang semuanya menuntut di IPT sama.
Menurutnya, kegiatan mereka sukar dikesan pensyarah kerana majoriti ahli tinggal di rumah sewa di luar kampus, sekali gus memberi mereka 'lesen besar' untuk berpeleseran dengan lelaki disukai.
"Kami seronok mencari dan menggoda penuntut lelaki yang kacak dan macho sebelum mengajak mereka melakukan hubungan seks. Jika penuntut lelaki itu 'hebat' kami tidak kenakan bayaran.
"Bagaimanapun, jika lelaki itu tidak menepati kriteria yang kami mahu, kami akan kenakan bayaran RM50 hingga RM100," katanya.
Maisarah berkata, selain memburu kepuasan seksual dengan penuntut sekampus, ahli kelab tiada dara juga 'merantau' ke negeri lain untuk mencari lelaki tampan yang bukan berstatus penuntut.
"Selalunya kami akan keluar jauh untuk mencari pasangan lelaki pada cuti hujung minggu atau cuti semester yang majoritinya kami kenali melalui laman sosial, facebook," katanya.
Bagaimanapun, kata Maisarah, segala keseronokan yang dikecapinya itu terhenti tiga bulan lalu apabila dia tiba-tiba mengalami masalah sukar tidur dan kehilangan berat badan secara mendadak, selain diserang demam berulang, malah ada kalanya hilang ingatan
"Selepas menjalani pemeriksaan pakar, doktor mengesahkan saya positif dijangkiti HIV tahap awal. Saya kini amat menyesal dan sudah keluar daripada kumpulan rakan-rakan liar saya itu," katanya.
Menjawab satu soalan, Maisarah berkata, dia aktif mencari lelaki tampan bersama kelab tiada dara selama lebih kurang enam bulan dan dalam tempoh itu dia meniduri tidak kurang daripada 10 lelaki.
"Saya percaya, selain saya, pasti ada rakan lain yang turut dijangkiti HIV kerana setahu saya mereka juga tidak mengambil apa-apa perlindungan ketika melakukan hubungan seks," katanya.
Sementara itu, Zaimah berkata, pihaknya berusaha sebaik mungkin untuk membimbing Maisarah kembali ke pangkal jalan dan berharap rakan gadis itu yang masih aktif dalam kelab tiada dara insaf serta bertaubat.
"Jika mereka masih mahu berseronok dan hanya mahu memuaskan nafsu, saya tidak menolak kemungkinan mereka turut dijangkiti virus HIV.
"Jika itu berlaku, ia perkembangan menakutkan kerana masalah ini bukan membabitkan pekerja seks, tapi penuntut IPT yang dianggap terpelajar serta menjadi contoh kepada generasi muda lain," katanya
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar
0 ulasan:
Catat Ulasan