Pusat urut sebar penyakit seks

Pekerja seks dari China yang menghidap Aids atau HIV mudah dilanggan di sebahagian besar pusat urut atau spa di seluruh negara yang turut menawarkan khidmat seks, terutama di Lembah Klang dan bandar besar lain.

Ini menyebabkan lelaki tempatan yang gemar melanggan wanita terbabit mudah dijangkiti virus HIV sebelum menyebarkannya kepada dan pasangan sah masing-masing.

Tinjauan di beberapa pusat urut dan spa sekitar ibu kota mendapati kebanyakannya menawarkan khidmat 'China Doll', cuma pendekatan digunakan berbeza.

Sebahagian besar premis menayangkan 'amoi' masing-masing secara terus kepada pelanggan, tetapi ada juga premis yang perlu dipesan terlebih dulu.

Sebagai contoh, tinjauan di sebuah premis di ibu kota malam Khamis lalu mendapati 10 wanita berusia awal 20-an dari China menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Mereka diminta berbaris di depan pelanggan kira-kira lima minit sebelum dipilih. Bagaimanapun, premis terbabit turut menyediakan wanita dari negara lain selain wanita tempatan.

"Encik mau mandi dulu atau macam mana? Rehat dulu boleh, mandi terus pun boleh, sila duduk mau minum apa," itulah pelawaan kakitangan spa terbabit kepada pengunjung.

Pengunjung diminta memasukkan barangan berharga dalam peti besi dan menyimpan satu daripada anak kuncinya sebelum berehat di ruang disediakan bagi menyejukkan badan.

Beberapa minit selepas itu, pengunjung dipelawa menyalin pakaian dan diberikan seluar pendek untuk membersihkan badan dan mandi di ruang jakuzi yang disediakan selama mana diingini.

Selepas hampir 30 minit mandi, kebanyakan pengunjung menyalin pula baju nipis yang menutupi bahagian badan dan kembali di ruang disediakan dan di sini mereka boleh memilih untuk bersantai sambil menonton filem di 'pawagam mini' atau makan mengikut menu disediakan.

Ketika inilah seorang kakitangan pusat berkenaan mula mempelawa pengunjung mendapatkan khidmat mengurut antara RM90 hingga RM110 atau pakej penuh RM210.

"Encik mahu yang mana, pakej atau urut. Ambil pakejlah, encik rileks-rileks boleh urut sama manja-manja dia boleh kasi servis," katanya. ~Metro

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular