Suspek rogol lari bogel

Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana pelbagai kesalahan jenayah termasuk rogol sanggup berlari dalam keadaan bogel setelah bilik hotelnya di Sentul, di sini diserbu, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, suspek berusia 28 tahun itu bertindak nekad terjun dari tingkap bilik dan memasuki sebuah restoran.

Katanya, suspek berjaya ditahan ketika bersembunyi dalam belukar selepas berlari sejauh 200 meter.

“Suspek terpaksa ditembak di bahagian kakinya setelah dia mengacukan parang ke arah polis,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Menurut Chin Wah, suspek dan rakannya yang turut diberkas pernah terlibat dalam kes berkaitan samun, rogol, curi kereta mewah dan dadah.

Katanya, siasatan mendapati suspek pernah ditembak di bahagian perut ketika melakukan samun di sebuah kedai makan pada Disember 2007.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Doa Pengasih
Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Isteri Hebat. Nak tau, sila klik sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular