Ribuan wanita Kenya akan mogok seks

Pertubuhan-pertubuhan wanita Kenya menyatakan beribu-ribu wanita tempatan akan melancarkan mogok seks bagi mendesak pemimpin-pemimpin kanan Kenya supaya menghentikan pertelingkahan politik sesama mereka.

Ugutan mogok disuarakan berikutan kaum wanita negara berkenaan bimbang perbalahan politik itu akan mencetuskan kembali pertumpahan darah selepas pilihan raya 2007.

Pengerusi Pertubuhan Pembangunan Wanita (WDO), Rukia Subow berkata, organisasinya akan membayar golongan pelacur bagi tujuan itu selain meminta isteri Presiden Mwai Kibaki dan Perdana Menteri Raila Odinga supaya turut serta dalam boikot tersebut.

Menurutnya, dia percaya mogok seks berupaya memujuk kaum lelaki supaya memberi tekanan kepada kerajaan ke arah proses perdamaian.

Pilihan raya antara Kibaki dengan pencabarnya ketika itu, Odinga mencetuskan keganasan yang meragut lebih 1,000 nyawa dan menyebabkan lebih 600,000 orang hilang tempat tinggal.

Kedua-dua tokoh politik tersebut bersetuju berkongsi kuasa selepas rundingan selama sebulan tetapi pertelingkahan antara mereka masih berterusan selepas itu. - AP

Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular