Perbincangan mengenai masalah seks secara terbuka bukan lagi sesuatu yang dianggap `taboo' dan terlalu peribadi dikalangan masyarakat masa kini.
Ini terbukti melalui satu kaji selidik yang dijalankan syarikat farmaseutikal Eli Lilly pada Ogos lalu di Malaysia dan Singapura bertujuan mendapatkan kefahaman lanjut mengenai gaya hidup, amalan dan tanggapan seks di kalangan lelaki dan wanita yang mendapati bahawa penyelesaian terbaik untuk menjaga kesihatan seks ialah berterus-terang dan jujur dengan pasangan.
Prestasi ereksi
Ia boleh membantu menyelesaikan soal hubungan peribadi, lebih-lebih lagi membabitkan soal prestasi ereksi dan mendapatkan bantuan perubatan jika perlu.
Satu daripada penemuan penting dalam kaji selidik ini mendedahkan sebahagian besar responden bersetuju bahawa hubungan intim secara spontan menimbulkan perasaan lebih romantik dan mencetus keseronokan.
Menurut kebanyakan responden, tanpa elemen spontan, hubungan seks dikatakan kurang romantik.
Kaji selidik ini dilaksanakan dalam talian dengan bilangan lelaki dan wanita yang sama banyak iaitu 150 responden di setiap negara.
Ia mendapati lelaki Malaysia kurang selesa dan tidak begitu cenderung mendedahkan kepada pasangan masing-masing bahawa mereka sedang mengambil ubat.
Bagaimanapun, lelaki di kedua-dua negara ini tidak menolak idea untuk mendapatkan penyelesaian bagi masalah mereka.
Pasangan galak rawatan ED
Pakar Bedah Urologi dan Profesor Madya Klinikal di Monash University, Prof Dr George Lee, berkata, Disfungsi erektil (ED) adalah faktor penting terhadap responden lelaki dan wanita, dengan lebih 60 peratus daripada mereka bersetuju bahawa ia mempunyai pengaruh besar terhadap kehidupan mereka dari segi fizikal dan emosi.
Lemah tenaga batin atau juga dikenali sebagai mati pucuk merujuk kepada ciriciri kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks.
Ia juga dikenali dengan nama ED atau impotens dalam istilah perubatan.
"ED atau mati pucuk terus menjadi perkara sensitif dan jarang dibincangkan tetapi majoriti lelaki bersedia untuk mendapatkan rawatan jika mereka mempunyai pengetahuan mengenai ED.
Alat penilaian
"Sejumlah 76 peratus wanita Malaysia didapati menggalakkan pasangan mereka mendapatkan rawatan perubatan untuk menangani masalah ED," katanya.
Eli Lilly Malaysia juga melancarkan laman web ED Care yang berperanan sebagai saluran mudah alih untuk menyampaikan maklumat mengenai ED, menyediakan alat penilaian diri berkaitan ED dan mencari pakar urologi untuk mendapatkan nasihat perubatan dan membincangkan pilihan rawatan.
Laman web ED Care menyediakan wadah yang peribadi dan sulit untuk lelaki yang khuatir mengenai kesihatan seks mereka. Masyarakat moden sekarang sentiasa bergerak dan laman web ED Care boleh dilayari di mana-mana juga mereka berada menggunakan sebarang peranti mudah alih, seperti telefon pintar dan tablet, justeru memudahkan pelayaran sambil melindungi kerahsiaan.
Laman ini juga terdapat dalam bahasa Melayu dan Cina serta disambungkan melalui pautan terus ke Persatuan Urologi Malaysia (MUA) dan laman web Ely Lilly iaitu edmobile.lilly.com.my
Rugi terlalu melayan ego
Bertemu doktor dengan segera setiap kali mengesyaki diri kurang sihat bukan perkara yang digemari lelaki. Apatah lagi, apabila membabitkan masalah kelelakian atau lebih tepat sekali disfungsi erektil (ED).
Bagi Jeffrey Lim, 46, (bukan nama sebenar), dia mengambil masa dua tahun untuk benar-benar menerima kenyataan dan terdorong untuk mendapatkan bantuan perubatan profesional bagi masalah ED yang dialaminya.
"Jika dikenang semula, rasanya saya sudah membazirkan dua tahun semata- mata kerana melayan ego dan menafikan bahawa saya mempunyai masalah kelelakian. Macam-macam berlegar di fikiran pada awal mengesan masalah ini. Ada kala saya pasti ada sesuatu yang tidak kena dengan kesihatan, tapi selepas itu saya yakinkan diri yang masalah ini bersifat sementara.
Pelbagai alasan
"Tidak dinafikan isteri terlalu lama dan banyak bersabar dengan kerenah saya. Sejak awal lagi dia sudah mengajak saya jumpa doktor, tetapi hati masih tetap keras," katanya.
Lama-kelamaan keadaan yang sudah sedia terjejas bertukar menjadi semakin serius. Lim yang mengusahakan perniagaan sendiri mengakui gagal mengekalkan ketegangan. Malah, dia terus lagi berdolak dalik.
"Saya masih ingat lagi, pelbagai alasan saya beri kepada isteri setiap kali selepas bersama. Paling lazim, saya menyalahkan tekanan darah tinggi saya yang tidak menentu. Kata saya, kalau dapat turunkan berat badan sedikit, mesti keadaan saya akan kembali normal," katanya sambil tersenyum lucu.
Akhirnya, ayah kepada dua cahaya mata ini menyerah kalah dengan isteri dan pergi menjalani pemeriksaan kesihatan. Dia tidak terus menjelaskan masalahnya itu kepada doktor, sebaliknya sebaik doktor memulakan ujian, Lim membuka mulut dan bertanyakan mengenai sejenis `pil' kuat untuk lelaki.
Boleh diubati
"Mendengar kata kunci itu, doktor saya terus faham dan mula bertanya soalan berkaitan gaya hidup, termasuk adakah saya minum, merokok dan pelbagai lagi soalan. Malah doktor meyakinkan saya bahawa jutaan lelaki di dunia mengalami masalah sama dan saya tidak bersendirian. Tiada apa yang perlu dimalukan kerana masalah ini boleh diubati dengan berkesan menerusi pelbagai jenis rawatan dan ubat.
Bila saya kenang semula saat itu, betapa sombong dan degilnya diri ini, memang sangat terkilan. Masa terbuang begitu saja, belum lagi emosi dan fizikal isteri yang terganggu selama ini.
Tidak rugi bertemu doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan asas seterusnya mendapatkan penawar. Lakukan untuk diri anda dan juga insan yang anda sayangi demi untuk kesejahteraan anda sekeluarga," kata Lim mengakhiri kata.
Oleh Suzan Ahmad
Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar
0 ulasan:
Catat Ulasan