GRO di pusat memancing ikan


Mengail `ikan di darat'
Bagi mendapat lesen keluar rumah daripada isteri, mereka memberi alasan pergi mengail di sebuah kolam pancing di Lembah Klang.

Bagaimanapun, pada masa sama segelintir warga emas terbabit sebenarnya menyelam sambil minum air apabila turut menikmati belaian pelayan pelanggan (GRO) di pusat karaoke dangdut bersebelahan kolam berkenaan.



Lebih mengejutkan, siasatan Metro Ahad (MA) mendapati GRO yang kebanyakannya dalam lingkungan usia 30-an hingga 50-an itu turut boleh dibawa hingga ke bilik tidur berdasarkan rundingan kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, GRO dangdut berkenaan hanya akan disediakan pada hari tertentu dipercayai bagi mengelak aktiviti tidak bermoral itu dihidu pihak berkuasa.

Berbanding kebanyakan pusat hiburan lain yang menawarkan wanita bergetah, premis yang beroperasi seawal jam 5 petang sehingga awal pagi ini pula menampilkan beberapa kelainan dengan kehadiran pelayan pelanggan wanita tempatan yang ada antaranya layak digelar nenek.

Ia dipercayai strategi pemilik premis bagi menarik pengunjung di kalangan kaki pancing yang majoritinya terdiri daripada golongan pertengahan usia dan pesara yang menjadikan aktiviti itu mengisi masa terluang.

Bagi warga emas terbabit pula, alasan keluar memancing sudah memadai untuk meyakinkan isteri kerana mereka kebiasaannya turut membawa pulang hasil seperti ikan siakap bagi hidangan keluarga.

"Apa salahnya sekali-sekali berhibur kerana bosan juga kalau hari-hari datang cuma memancing. Selain itu, ia menjadi tempat saya bertemu rakan lama kerana kini makin sukar mencari pusat dangdut.

"Orang rumah juga tahu saya datang ke kolam ini, cuma ada hari dia tidak tahu kunjungan saya ke sini bukan untuk memancing. Apapun, saya datang hanya untuk berhibur bersama rakan, tidak lebih daripada itu," kata Pak Mail, 50-an.

Seorang pengunjung kolam yang hanya mahu dikenali Anuar, 30-an mendakwa, kewujudan premis berkenaan di ibu kota menjadi daya tarikan utama kolam terutama sejak harga memancing dinaikkan baru-baru ini.

Menurutnya, hiburan dangdut dan pelayan wanita hanya disajikan pada hari tertentu dan jarang diadakan pada hujung minggu berikutan kehadiran ramai pengunjung bersama ahli keluarga masing-masing.

"Menyedihkan, setiap kali malam dangdut diadakan, ia dipenuhi pengunjung di kalangan pak cik dan ada antara mereka sudah berstatus datuk.

"Saya percaya majoriti daripadanya sudah berkeluarga dan menipu isteri atau anak dengan memberi alasan pergi memancing sebaliknya datang berhibur," katanya.

Menurutnya, dia pernah menyaksikan insiden membabitkan pertengkaran keluarga dipercayai selepas temberang si suami pecah apabila isterinya membuat lawatan mengejut untuk melihat suaminya memancing di kolam berkenaan.

Justeru, dia meminta pihak bertanggungjawab memantau status premis hiburan terbabit serta kehadiran wanita tempatan yang dipercayai bekerja sebagai GRO bagi mengelak ia menjadi sarang maksiat lelaki warga emas berhidung belang.

"Sepatutnya mereka menghabiskan usia mereka dengan mengunjungi masjid atau surau melakukan amal ibadat, bukannya ke premis ini.

"Malah ada juga di antara mereka yang langsung tidak malu dengan kehadiran pengunjung lain bersama ahli keluarga masing-masing berikutan kedudukan premis betul-betul bersebelahan kolam.

"Perkara paling dikesali ialah beberapa pelayan wanita di pusat hiburan ini tampil bertudung tetapi bersikap sebaliknya. Ia begitu memalukan kerana semuanya wanita tempatan," katanya. ~Metro Ahad: Nov 25, 2012


Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular