Buah zakar berkudis dan berjerawat

Kantung atau buah zakar saya mengalami kudis dan jerawat serta kulit menjadi kering dan bertukar warna. Kulit di kerandut zakar juga boleh tertanggal jika saya menggosoknya dan ia seolah-olah bersisik. Adakah masalah ini serius dan boleh memudaratkan kesihatan saya?

-----------

Masalah kulit yang anda alami dikenali sebagai ‘eczema’. Kulit kerandut buah zakar yang lembut dan mengandungi bulu roma serta pundi peluh dan pundi pelembap semula jadi ‘apokrin’ boleh meragam apabila ia kering dan tidak selesa dan akhirnya akan menjadi gatal.

Menggaru akan membuatkan kulit kerandut menjadi radang dan secara tidak langsung membuatkan perasaan gatal itu lebih ketara.

Jika kulit kerandut tercedera, kuman atau kulat akan memasuki alat kelamin dan menjadi aktif. Ini akan menambah kerosakan apabila masalah itu diberatkan lagi dengan jangkitan kuman.

Paling penting, lelaki yang mengalami kegatalan kerandut zakar perlu menggunakan krim pelembap untuk melembutkan kulit kerandut dan menghentikan sementara tabiat mencukur bulu roma.

Begitupun, jika anda gemar mencuci kerandut zakar dengan sabun, anda perlu menyapu krim pelembap selepas mengelapnya.

Memakai pakaian dalam yang selesa, longgar dan terdedah yang memudahkan kulit menjadi kering dapat membantu membendung gejala gatal kulit dan eczema.

Apabila kulit kerandut mengalami gejala gatal, luka, bersisik dan radang, mustahak untuk berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan dengan pakar sakit kulit.

Doktor akan lakukan pemeriksaan untuk memastikan jika ada ciri tertentu mengenai gejala penyakit dan memberi rawatan sewajarnya.

Untuk menjaga kulit kerandut buah zakar supaya selesa dan segar, lelaki perlu menggunakan pelembap selepas mencuci anggota kelamin atau selepas mandi.

~Dr. Ismail Thamby

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular