Lelaki Juga Risau Di Ranjang

Kebimbangan Lelaki Ketika Di Ranjang

Jejaka idaman anda kelihatan tampan, bertubuh sempurna dan sukses dalam kariernya. Meskipun nampak sempurna secara zahirnya, namun tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki memiliki ketakutan yang mereka sembunyikan. Hmm…pastinya yang berkait rapat dengan seksual.

Ingin tahu apa dia masalah utama dan jalan penyelesaiannya, cuba ikuti saranan berikut:

Masalah 1:
Biasanya mereka cukup takut mengalami impotens (tidak mampu beraksi baik ketika bersama pasangan masing-masing). Jika terjadi juga, ia seolah-olah mencabar kelakian mereka. Bagaimanapun tahukah anda, ia juga boleh berlaku apabila mereka kerap memikirkannya.

Penyelesaiannya:
Jika pasangan anda salah seorang darinya, jangan melulu menuduhnya dengan kata-kata yang mengguris hati. Apatah lagi mencadangkan dia membeli alat bantuan seksual. Sebaliknya dorong dia agar dia lebih positif seyiap kali bersama, supaya dia tidak terlalu memikirkan sama ada dia mampu mempamerkan aksi terbaik atau tidak.

Masalah 2:
Takut tidak dapat memuaskan hati isteri, atas alasan “wanita selalu tidak pernah puas” merupakan hal yang selalu menghantui minda mereka. Walhal ia sama sekali tiada kena mengena dalam hubungan seksual setiap pasangan kerana paling penting, belajar menerima kenyataan bahawa kalian sebenarnya saling memerlukan.

Penyelesaiannya:
Umum mengetahui setiap lelaki menyenangi pujian dari pihak isteri, atas usahanya. Jadi, apapun usaha yang telah dilakukannya untuk anda katakana bahawa anda senang dengannya. Percayalah, pujian dari anda akan membuat dirinya terasa hebat di dunia!

Masalah 3:
Ada lelaki lebih rela berkepala botak dan memiliki perut buncit daripada menerima keluhan pasangannya bahawa ‘Mr Happynya’ berukuran ‘S’. Kononnya juga wanita lebih menyukai yang berukuran ‘XL’. Ini membuatkan mereka obsess ketika bersama.

Penyelesaiannya:
Jika dia memaksa supaya anda memberikan pendapat akan ukuran ‘barang miliknya’, berilah jawapan terbaik namun jangan sampai dia tersinggung pula. Tidak salah jika anda berkata “saya bangga dengan apa yang awak miliki”. Sekurang-kurangnya jawapan anda membuatkan dia percaya dirinya, tidak seperti yang disangka.

Masalah 4:
Ada yang berkata sesungguhnya perkara pertama paling ditakuti ialah ejakulasi diri. Kedua, cinta yang ditolak oleh wanita tercinta. Ia sering terjadi apabila seorang lelaki telah meningkat usianya sehingga menyebabkan dia mula memikirkan hal tidak sewajarnya. Psikologinya akan terus terganggu jika tidak segera diubati.

Penyelesaiannya:
Anda harus memainkan peranan utama dalam perkara ini agar dia, dapat keluar dari masalah yang membelenggu dirinya. Pengertian serta kata-kata perangsang dari anda cukup bermakna agar pulih kembali dari menganggap dirinya taida kemampuan. Membawanya bertemu pakar sakit tuan juga salah satu jalan penyelesaian terbaik. Ini kerana dia tentunya akan diberi penerangan sewajarnya yang dapat membantunya menghadap hari-hari mendatang.

Masalah 5:
Sering fikir apakah hubungan seksual yang dilakukan bersama pasangan adalah normal atau menyimpang dari sepatutnya. Walaupun pasangan tidak pernah merungut dan mengikut saja rentak anda, ia sentiasa mengganggu fikirannya. Terfikir juga untuk menanyakannya kepada pasangan tetapi takut…

Penyelesaiannya:
Jika anda merasakan dia dalam dilema, berterus-terang dengannya dan katakan, dari membuang masa memikir serta membandingkan aksi kalian dengan rakan-rakannya yang lain. Lebih baik merasakan sendiri apakah aktiviti tersebut menyakiti dirinya sendiri. Tidak pun buat anda, pasangan anda.

Kalau memang apa yang dia lakukan ternyata menyenangkan dua pihak, maka normal atau tidak, perlu dibuang jauh agar tidak mengganggu fikirannya. Jalanilah kehidupan bersama yang menyenangkan, tidak gitu?


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular