Berang kerana kemahuan tidak dipenuhi, seorang wanita dipercayai perempuan simpanan seorang ahli perniagaan mengancam terjun dari tingkat dua sebuah rumah teres di Kuchai Lama di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, wanita warga China berusia 27 tahun itu dilihat cuba melompat keluar dari koridor hadapan rumah teres berkenaan.
Sumber polis berkata, gelagatnya yang berdiri dan cuba melompat keluar dari tingkat atas rumah berkenaan menimbulkan kebimbangan orang ramai sebelum menghubungi polis serta bomba.
Bagaimanapun, katanya, anggota polis dan bomba sukar memujuk wanita itu kerana dia tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, Inggeris atau Kantonis.
“Wanita itu hanya boleh bertutur loghat suku kaum di pedalaman China yang sukar difahami warga tempatan.
“Akibatnya, usaha pihak berkuasa memujuknya menghadapi kesukaran akibat masalah komunikasi,” katanya.
Menurutnya, wanita terbabit yang memakai kemeja-T dan jeans dilihat menangis sambil membebel dalam bahasa yang sukar difahami walaupun masyarakat Cina tempatan.
“Wanita terbabit yang agak jelita beberapa kali cuba terjun, namun teragak-agak meneruskan niatnya mungkin kerana keliru.
“Berikutan itu, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua jam untuk memujuknya sehingga keadaan menjadi kritikal apabila usaha itu menemui jalan buntu,” katanya.
Berdasarkan perbualan dengan beberapa penduduk, mangsa mengugut mahu membunuh diri selepas teman lelakinya enggan memberikan wang seperti diminta.
Katanya, anggota polis dan bomba yang tiada pilihan lain kemudian menggunakan taktik menyusup dan cuba menghampirinya yang ketika itu masih berdiri di balkoni.
“Kesempatan ketika mangsa terleka digunakan sebaik mungkin anggota bomba dan polis untuk menangkap sebelum menariknya dari koridor berkenaan.
“Wanita itu bagaimanapun terus meronta-ronta sebelum ditenangkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.
Menurutnya, polis menyiasat pemilik rumah berkenaan dan rakan wanita itu.
Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.
0 ulasan:
Catat Ulasan