Alat sulit tiada klitoris

Saya mempunyai masalah berkaitan alat sulit yang tidak mempunyai biji (kelentit). Sebelum ini alat sulit saya mempunyai biji itu dan di bahagian kulit biji itu agak terkoyak. Selepas beberapa hari, baru saya perasan yang biji berkenaan tidak ada.

Adakah saya akan mengalami masalah kesihatan dan adakah ia akan menjejaskan hubungan kelamin apabila saya berkahwin kelak? Saya sangat risau mengenai keadaan ini.

MEENA,
Kajang.

JAWAPAN


Istilah perubatan bagi kelentit adalah klitoris. Klitoris adalah organ seksual wanita yang boleh diumpamakan seperti zakar (penis) bagi lelaki.

Klitoris boleh menegang (walaupun tidak begitu nyata kelihatan seperti zakar) apabila mengalami rangsangan seksual. Anda boleh berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan fizikal ke atas luaran organ genital anda.



Klitoris tidak mudah ‘tertanggal’ jika kulit yang menyelaputinya koyak seperti yang anda percayai. Ini kerana klitoris bukanlah biji saja tetapi mempunyai dasar perlekatan pada beberapa bahagian seperti arkus pubis, mons pubis dan bibir kemaluan. Ia juga melekat kepada sebahagian saluran kencing uretra dan faraj.

Ia terdiri daripada glans yang mempunyai banyak saraf dan tisu erektil bulbar yang mampu menegang. Klitoris bersama tisu di bahagian penghujung uretra dan faraj pula dikatakan mempunyai hubung kait dalam lokasi G-spot (Grafernberg spot) rangsangan seksual wanita dan orgasma.

~ Dr. Adilah Ahmat

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular