Tergamam lihat isteri berasmara

Seorang tukang kayu di Taiwan tergamam apabila mendapati cakera video digital (DVD) lucah yang dibelinya mengandungi klip rakaman hubungan sulit isterinya dengan seorang rakannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Tukang kayu yang hanya dikenali dengan nama Lee itu menyaksikan isterinya melakukan hubungan seks dengan lelaki lain menerusi DVD pada tahun 2002.

Aksi isterinya itu dirakam dengan menggunakan kamera tersembunyi.

Lee yang tinggal di Taoyuan, Taipei bertindak menceraikan isterinya sejurus melihat DVD berkenaan manakala rakannya yang merupakan seorang peniaga daging menghilangkan diri dari kampung.

Pada bulan Ogos 2008, Lee mengesan peniaga daging itu berada di bandar Chungli dan bertindak menemui lelaki tersebut dengan membawa sebilah pisau dan menikamnya di pinggang.

Peniaga daging itu kemudiannya membuat tuntutan saman ke atas Lee kerana menyebabkan kecederaan dalaman ke atas dirinya.

Lee tidak dapat menyaman balik peniaga daging itu atas dakwaan berzina kerana kes tersebut sudah berlanjutan selama lima tahun.

Pendakwa raya kemudian meminta kedua-dua lelaki itu melakukan penyelesaian di luar mahkamah tetapi mereka gagal berbuat demikian.

Berikutan itu, Lee didakwa kelmarin kerana menyebabkan kecederaan terhadap seorang individu. - Agensi


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular