Herba mampu kembalikan kehangatan di bilik tidur

Adakah anda masih ingat waktu bermesra dengan pasangan di bilik tidur yang dahulunya begitu hangat? Ataupun perhubungan anda dengan pasangan sudah pun lama menjadi dingin? Adakah perkahwinan sudah menjadi masalah yang merunsingkan?

Memanglah benar ada yang menyatakan bahawa hubungan seks adalah satu luahan kasih sayang dan cinta, yang mana ia merapatkan percintaan suami isteri.

Namun, kebanyakan pasangan kini bermasalah dalam menjalinkan hubungan intim yang sering kali menjejaskan keharmonian rumah tangga. Semakin lama usia perkahwinan, semakin merosot prestasi suami isteri yang mungkin disebabkan oleh banyak perubahan fizikal dan mental yang menjurus kepada semakin berkurangnya kekerapan hubungan seksual.

Permasalahan dalam hubungan intimasi boleh berpunca daripada suami ataupun isteri. Masalah yang sering membelenggu lelaki adalah mati pucuk atau disfungsi erektil, ejakulasi pramatang dan kurang pengeluaran air mani. Akibatnya, lelaki yang bermasalah akan merasa rendah diri, rasa bersalah dan kurang keyakinan diri serta hilang dorongan hendak bermesra dengan isteri.

Mati pucuk atau disfungsi erektil adalah antara masalah seks yang paling ditakuti oleh lelaki. Di Malaysia, lebih kurang 2.2 juta lelaki menghadapi mati pucuk dan ramai tidak mengetahui penyebabnya dan menanggung sengsara dalam senyap. Mati pucuk berlaku apabila seseorang lelaki tidak mampu mencapai atau mengekalkan ketegangan alat kelamin untuk melakukan hubungan seks.

Kebanyakan penyebab permasalahan seks lelaki adalah akibat komplikasi masalah kesihatan seperti tekanan darah tinggi, kencing manis, sakit jantung, strok, kerosakan saraf, peredaran darah yang lemah dan masalah emosi seperti stres dan kemurungan. Selain itu, gaya hidup yang tidak sihat seperti tekanan kerja dan hidup yang tidak terkawal, pengambilan ubat tertentu dalam jangka masa panjang, merokok, minum arak berlebihan dan menagih dadah juga menjejaskan kesihatan seks lelaki.

Bagi wanita, permasalahan seks biasanya berkaitan dengan ketidakstabilan hormon iaitu pada waktu perubahan kitaran haid, menopaus atau pengambilan pil pencegah kehamilan. Apabila hormon menjadi tidak stabil, gejala seperti sakit atau pening kepala, masalah ingatan, gangguan tidur, perubahan emosi, rasa panas badan akan dialami, manakala masalah seks yang berpunca daripada ketidakstabilan hormon membabitkan kekeringan vagina akibat kurang penghasilan bahan pelincir, ketegangan kulit bahagian faraj semakin luntur, lambat atau sukar mencapai orgasme (kepuasan) dan sakit ketika berhubungan.

Ibarat api dalam sekam, permasalahan intimasi antara suami dan isteri yang dibiarkan tanpa rawatan akan memusnahkan rumah tangga. Ramai penyelidik percaya bahawa gabungan herba terpilih dapat memperbaiki tahap kesihatan dan boleh merangsang hubungan suami isteri yang lebih baik.

Penggunaan alternatif herba

Horny Goat Weed adalah antara herba yang bernilai bagi masyarakat China dan ia mempunyai kesan rangsangan terhadap pasangan suami isteri yang dingin pada seks. Ia dipercayai dapat merangsang testosteron yang merangsangkan ereksi dan keinginan seks. Tambahan pula, kajian menunjukkan bahawa herba ini berupaya meningkatkan aktiviti tisu saraf yang memberi isyarat kepada alat kelamin, seterusnya mendorong kepada pencapaian ereksi.

Gingko dan ginseng adalah herba yang digunakan secara tradisi di kalangan masyarakat Asia. Kedua-dua herba ini dapat membaiki pengaliran darah ke bahagian alat kelamin. Bukan itu saja, herba ini juga bermanfaat untuk melawan keletihan dan tekanan. Dengan ini, ia meningkatkan kualiti hidup pasangan suami isteri dan juga bermanfaat kepada mereka yang mempunyai lemah tenaga batin dan lemah syahwat.

Herba lain seperti damiana, puncture vine, withania, muira puama dapat mempertingkatkan fungsi pembiakan, menambahkan penghasilan hormon seks dan memperbaiki kekeringan vagina. Antara herba ini, damiana dan withania adalah sesuai untuk mereka yang sering berasa murung, tertekan dan rasa lesu. Herba ini dapat menangani tekanan emosi dan ia juga merangsangkan nafsu seks.

Akhir sekali, adakah anda bersetuju…. 'Seks bukanlah penyelesaian masalah hubungan suami isteri, tetapi seks adalah sebahagian daripada penyelesaiannya'. Aktiviti seks yang sihat menjamin perhubungan yang erat di antara suami dan isteri.

Untuk maklumat lanjut mengenai kesihatan, sila hubungi Penasihat Kesihatan Pelanggan BiO-LiFE (Isnin-Jumaat, 9am-6pm) di talian 03-77287407 (Sem. Malaysia), 082-241820 (Sarawak), 088-230148 (Sabah) atau e-mel kami di health@biolife.com.my.

Sumber: Berita Harian Khamis, 21 Ogos 2008

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular