Seks gadis bawah 16 tahun

Ramai yang kurang menyedari bahawa melakukan hubungan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun adalah salah di sisi undang-undang meskipun persetubuhan itu didakwa berlaku atas dasar suka sama suka.

Kerap kali kita terdengar bahawa pasangan yang sedang asyik dilamun cinta, terlanjur mengadakan hubungan seks dengan kekasih tanpa memikirkan risiko yang terpaksa ditanggung lebih-lebih lagi apabila si kekasih ialah gadis berusia bawah umur 16 tahun.

Jika diselak pengertian rogol yang diperincikan di bawah Seksyen 375(f) Kanun Keseksaan, ada disebut: Seseorang lelaki dikata telah melakukan rogol sama ada dengan kerelaan perempuan itu atau tidak jika mangsa berusia di bawah umur 16 tahun.

Dengan pengertian lengkap itu, disertakan juga, barang siapa yang melakukan kesalahan iaitu bersetubuh dengan gadis bawah 16 tahun hendaklah dihukum penjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan jika disabitkan dengan kesalahan.

Sungguhpun begitu, ada juga yang berpendapat bahawa hukuman penjara bukan satu-satunya jalan untuk menyelesaikan sesuatu fenomena yang boleh dianggap sebagai masalah sosial.

Peguam Haezreena Begum Abdul Hamid, pernah mewakili seorang mekanik yang didakwa merogol teman wanitanya berusia 15 tahun, Oktober lalu, menghuraikan hujahan dan pendapat beliau mengenai fenomena masalah sosial itu.

Beliau mengatakan bahawa sungguhpun definisi rogol telah diperjelaskan namun sebagai pengamal undang-undang beliau masih berpendapat ada eloknya jika pengertian rogol itu diperluaskan maksudnya.

Misalnya kata Haezreena, biarpun rogol bawah umur 16 tahun menjadi kesalahan tetapi ia perlu dilihat dari sudut yang lebih luas seperti adanya unsur kekerasan, paksaan mahupun kecederaan.

Kemungkinan si mangsa tidak cukup akal, kurang waras atau sama ada wujudnya unsur penganiayaan, ugutan serta paksaan.

Biarpun Kanun Keseksaan telah menyatakan bahawa seandainya tiada unsur tersebut sekalipun, namun ia tetap dikategorikan sebagai kejadian rogol.

Peguam itu menyatakan, tidak dapat dinafikan bahawa pendapat beliau itu akan disalah tafsir oleh sesetengah pihak khususnya `perogol' yang mungkin mengambil kesempatan ke atas remaja bawah umur yang masih mentah dari segi akal fikiran.

Namun katanya, tidak semua kesalahan khususnya yang melibatkan masalah sosial sesuai atau perlu dihukum dengan hukuman penjara.

Ini kerana, menurut Haezreena, mahkamah boleh menggunakan budi bicara seperti yang diperuntukkan di bawah Seksyen 294 Kanun Prosedur Jenayah iaitu melepaskan tertuduh dengan bon ikat jamin berkelakuan baik setelah meneliti dan mempertimbangkan faktor latar belakang tertuduh.

Ketika mengulas mengenai kes anak guamnya, Haezreena berkata, dalam kes itu tertuduh telah menjalin hubungan cinta dengan kekasihnya yang berusia 15 tahun dan penyudahnya mereka telah terlanjur.

Sungguhpun begitu, tambah Haezreena, keluarga pihak lelaki telah berusaha untuk menikahkan pasangan itu namun tidak dipersetujui oleh pihak perempuan dengan alasan anak mereka masih mentah.

Peguam itu mengatakan yang anak guamnya itu akhirnya telah ditangkap dan didakwa di mahkamah.

Anak guamnya bagaimanapun mengambil keputusan untuk mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut.

Setelah meneliti fakta mengenai kes itu, kata Haezreena, beliau telah memohon supaya mahkamah menggunakan budi bicara seperti yang telah diperuntukkan di bawah Seksyen 294 kanun tersebut untuk melepaskan tertuduh dengan bon berkelakuan baik.

Menurut Haezreena, ketika berhujah di hadapan hakim sebuah Mahkamah Sesyen di Selangor, meskipun dalam kes rogol bawah umur, elemen sukarela dan tanpa paksaan mahupun kekerasan, tidak perlu dibuktikan namun beliau tetap memohon mahkamah mengambil kira faktor tersebut sebelum menjatuhkan hukuman.

Katanya, dalam kes itu, anak guamnya langsung tidak memaksa mangsa apatah lagi melakukan kekerasan terhadapnya.

Malahan menurut Haezreena, anak guamnya telah keluar mencari teman wanitanya itu ketika mangsa melarikan diri dari rumah.

Setelah mempertimbangkan fakta keseluruhan kes itu, Hakim Mahkamah Sesyen berpendapat bahawa sungguhpun kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh memang serius namun mahkamah beranggapan bahawa keputusan membebaskan tertuduh dengan perintah berkelakuan baik selama tiga tahun tanpa cagaran adalah memadai.

Malahan, hakim bicara sebelum mengeluarkan perintah itu berpendapat bahawa menjatuhkan hukuman penjara ke atas tertuduh dengan tempoh masa yang lama hanya akan memburukkan lagi keadaan kerana tertuduh akan bergaul dengan penjenayah yang melakukan jenayah berat di dalam penjara.

Hakim bicara juga mengatakan bahawa perbuatan tersebut adalah penyakit sosial yang perlu ditangani secara serius dari peringkat akar umbi lagi.

Bukannya menyerahkan bulat-bulat kepada mahkamah untuk mencari jalan penyelesaian dengan menjatuhkan hukuman penjara yang lama.

Bertitik tolak daripada itu, Haezreena berpendapat bahawa masyarakat perlu diberi pendedahan secukupnya mengenai bahaya mengadakan hubungan seks dengan gadis bawah umur 16 tahun walaupun atas alasan suka sama suka.

Tidak dapat dinafikan, ramai yang menggunakan alasan suka sama suka untuk melepaskan diri mereka daripada didakwa dan disabitkan atas kesalahan merogol.

Namun sejauh manakah alasan tersebut memenuhi kehendak undang-undang dalam usaha menangkis tuduhan tersebut dan seterusnya mampu membantu tertuduh melepaskan diri daripada menerima hukuman yang sepatutnya?

Justeru, semua pihak patut menyedari hakikat bahawa hubungan seks dengan gadis bawah umur memang menjadi kesalahan di sisi undang-undang.

Pendedahan itu menurut Haezreena, mungkin dapat dijayakan dengan saluran tertentu seperti media massa dan pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dengan itu, Haezreena mengesyorkan supaya dapat dimasukkan satu peruntukan undang-undang dalam Akta Kanak-Kanak 2001 mengenai kesalahan melakukan persetubuhan dengan gadis berusia 16 tahun ke bawah.

Dengan adanya peruntukan tersebut, pihak pendakwa raya mempunyai pilihan dan budi bicara untuk mendakwa tertuduh sama ada di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan ataupun peruntukan yang dicadangkan itu berdasarkan kepada keseluruhan fakta kes.

Peruntukan yang dicadangkan oleh Haezreena, sebenarnya adalah satu peruntukan yang telah pun terkandung dalam Akta Perlindungan Wanita dan Gadis (APWG) yang kini telah pun dimansuhkan.

Peruntukan tersebut pada pendapat Haezreena, lebih sesuai dikenakan dalam kes-kes yang melibatkan hubungan suka sama suka khususnya pasangan kekasih.

Ini kerana, menurut peguam itu, hukuman yang boleh dikenakan adalah kurang berbanding hukuman bagi kesalahan merogol.

Bagaimanapun menurut Haezreena, cadangan beliau itu bukannya bermaksud untuk memberi galakan kepada perlakuan tersebut. Ia sekadar alternatif (pilihan) kepada pertuduhan bagi mengelakkan penganiayaan berlaku terhadap tertuduh.

Namun begitu, perlakuan rogol pada hakikatnya masih salah di sisi undang-undang dan merupakan penyakit sosial yang harus ditangani melalui didikan dan bukan menyerahkan kepada undang-undang semata-mata.

Oleh Norazlita Mohd. Sies


Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.

1 ulasan:

Cikgu Zuki berkata...

Salam,

Saya berkenan dengan template blog encik. Buleh tahu di mana buleh dptkan template ini?

Cikgu Zuki
tales2u.blogspot.com

Catat Ulasan

 

Rahsia Lelaki

Arkib Blog

Malam Pertama

Pelawat

Artikel

Follow

Twitter Rss Feed Icons

Catatan Popular