Pelajar lelong dara ada kekasih

Seorang pelajar universiti, Natalie Dylan (gambar) yang melelong dara di Internet menegaskan dia masih dara walaupun sudah mempunyai teman lelaki, lapor sebuah akhbar semalam.

"Saya juga mempunyai perasaan seksual tetapi kami tidak pernah menjalinkan hubungan seks.

"Ya, saya mempunyai teman lelaki tetapi atas sebab-sebab tertentu kami memutuskan untuk menangguhkan hubungan kami," katanya.

Menurutnya, dia tidak mahu membuktikan kepada dunia bahawa dia masih dara.

Dia telah lulus dua ujian penipuan dengan alat pengesan bohong bagi membuktikan dakwaannya itu.

Sejak melelong dara di Internet, Natalie, 22, telah menerima sebanyak 10,000 tawaran dan bidaan tertinggi sehingga kini berjumlah £2.6 juta (RM13.08 juta).

Natalie menafikan tindakannya itu merupakan satu perbuatan tidak bermoral dan menegaskan bahawa ia umpama satu perniagaan.

Pelajar itu sebelum ini memberitahu bahawa dia melelong dara kerana mahu mengumpul wang untuk melanjutkan pelajaran di peringkat sarjana. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular