Angkara cinta 3 segi

Angkara cinta tiga segi, seorang wanita yang dikatakan menjalinkan hubungan sulit dengan seorang lelaki menanggung padah apabila dia ditemui tidak sedarkan diri di kawasan gelap di tepi jalan Taman Tampoi Utama di sini, awal pagi kelmarin.

Wanita yang sudah berkahwin itu ditemui terbaring oleh teman lelakinya kira-kira jam 1.30 pagi.

Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia ketika menjalani rawatan kecemasan di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini.

Menurut sumber, wanita berusia 23 tahun itu dikatakan pergi berjumpa buah hatinya lewat malam kelmarin di sekitar Taman Tampoi Utama.

Katanya, mangsa dikatakan meminta diri sebentar daripada teman lelaki itu kerana perlu menyelesaikan urusan peribadi dan berjanji datang semula.

“Selepas menunggu lebih tiga jam, wanita terbabit masih tidak muncul menyebabkan teman lelakinya yang semakin resah mengambil keputusan mencari mangsa.

“Apabila lelaki itu menyusur jalan di taman berkenaan, dia terkejut menjumpai sekujur tubuh mangsa terbaring di tepi jalan lalu terus menghantarnya ke HSA untuk mendapatkan rawatan.

“Ketika mendapatkan rawatan, wanita berkenaan disahkan meninggal dunia,” katanya.

Dia berkata, bedah siasat mendapati terdapat kesan cekik pada leher wanita itu dan tiada kesan kecederaan lain ditemui.

Katanya, lelaki yang menemui mangsa membuat laporan di Balai Polis Tampoi.

Harian Metro difahamkan, kecurangan mangsa dipercayai dihidu suaminya tetapi sejauh mana pembabitan si suami dalam kes berkenaan masih dalam siasatan polis.

Sumber itu berkata, polis menahan kedua-dua lelaki terbabit bagi membantu siasatan kes kematian wanita itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komsioner Ruslan Hassan, ketika dihubungi malam tadi mengesahkan polis menahan dua lelaki berusia 20-an sekitar Tampoi kira-kira jam 5 petang kelmarin.

Katanya, kedua-dua lelaki terbabit direman sehingga 13 Januari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Oleh Saipul Adli Mohamad


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular