Waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks

Pagi, petang atau malam - bila waktu sesuai untuk melakukan hubungan seks? Kebanyakan pasangan lebih selesa melakukan hubungan seks pada waktu malam. Mungkin kerana ia waktu sesuai untuk berehat dan selepas beraksi, boleh terus tidur. Bagi yang ada anak, ia waktu paling sesuai kerana mereka sudah tidur.

Sebenarnya hubungan seks boleh dilakukan bila-bila masa mengikut kehendak masing-masing. Sesetengah wanita suka melakukan pada waktu petang dan lelaki pula lebih gemarkan waktu pagi kerana ketegangan zakar lebih mantap pada waktu itu.

Jika setiap hubungan seks menyeronokkan dan memuaskan pasangan, ia tidak menjadi masalah dan tentu bilangan sperma juga tinggi.

Lelaki dewasa yang sihat mampu menghasilkan 70,000 sperma seminit atau 100 hingga 300 juta sperma sehari. Sperma ini tersimpan dalam penghujung salur sperma atau salur 'Vas Deferens'. Apabila seseorang lelaki itu melakukan hubungan seks, air mani mengandungi sperma terkeluar.

Bagaimanapun, pengeluaran air mani dan sperma bergantung kepada tahap rangsangan dan keseronokan ketika melakukan persetubuhan. Air mani akan keluar dengan banyak jika tahap rangsangannya tinggi dan begitu juga sebaliknya.

Kepuasan seksual sememangnya penting dalam hubungan perkahwinan. Bagi pasangan baru berkahwin, hubungan seks adalah faktor menjalin kemesraan.

Lelaki sering klimaks awal kerana terlalu mudah terangsang. Jika anggota yang terangsang itu ditingkatkan rangsangannya, sudah tentu klimaks lebih awal.

Anda dan isteri digalak bercumbu terlebih dulu dan jangan terus memasukkan zakar ke dalam faraj walaupun berlaku ereksi.

Bagi memastikan ereksi kekal walaupun selepas berlaku ejakulasi, anda boleh melakukan teknik kemutan (seperti menahan membuang air kecil).

Walaupun air mani terkeluar (ejakulasi), teruskan tusukan sambil mengemut sehingga pasangan anda klimaks dan puas.

Oleh Dr Ismail Thamby (HM)

Tiada keseronokan berhubungan intim dengan suami

Setiap kali bersama suami, saya tiada rasa apa-apa. Tiada yang seronok pun. Adakah saya tidak normal? Hal ini membuatkan saya tidak bersemangat setiap kali suami mahu bersama? Ada ke ubat untuk masalah saya ini?

JAWAPAN

Saya kira terdapat juga segelintir wanita yang tidak mengalami klimaks melalui hubungan seks. Klimaks atau rasa seronok ini dipanggil dalam istilah perubatan sebagai orgasma ('orgasm'). Jangan gusar dan yakinlah pada diri sendiri bahawa saudari adalah seorang wanita yang normal. Saudari sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami. Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengar juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan seks suami isteri. Tanamkan semangat yang kental dan usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Justeru, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

Mengurangkan tekanan

Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan. Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai klimaks. Wanita lazimnya sukar atau lambat mengalami rangsangan seksual berbanding lelaki. Juga, kepuasan seks wanita berbeza-beza, ada yang memerlukan orgasma manakala yang lain merasa cukup puas dengan hubungan seks sahaja. Suami memainkan peranan penting agar sabar melayani isteri agar isteri dapat mengalami rangsangan seksual dahulu sebelum kemasukan zakar. Jika tidak, kekeringan faraj juga boleh menyebabkan rasa sakit dan ini selanjutnya akan membantutkan isteri untuk terangsang.

Hubungan seks bukan hanya sekadar dorongan nafsu semata-mata. Setiap perilaku dalam hubungan seks perlulah dilakukan dengan ilmu yang dipelajari. Ilmu seks perlu turut dipelajari dengan ilmu untuk mengekal kasih sayang dan cinta suami isteri. Kenikmatan seks bukan untuk seorang. Kenikmatan seks adalah untuk suami dan isteri yang melakukan hubungan seks. Setiap pasangan perlu tahu bagaimana untuk memuaskan pasangannya dan kenapa ia dilakukan.

Saudari tidak perlu mengambil apa-apa ubatan bagi merawat masalah ini. Saya harap saudari boleh mencuba beberapa tips bagi mengatasi masalah yang dihadapi atau banyak membaca buku berkenaannya.

Makanan

Untuk pengetahuan saudari ada makanan yang boleh menaikkan nafsu. Coklat, tiram dan asparagus adalah antara makanan yang boleh menaikkan nafsu seks. Jadikan ia hidangan utama sewaktu makan malam atau coklat dan ais krim sebagai pencuci mulut. Makanan bercoklat juga dapat menaikkan nafsu berahi seseorang. Makan makanan berkhasiat untuk menjaga badan supaya sentiasa sihat. Badan yang sihat akan membuat otak pun sihat dan segar. Otak adalah organ seks yang paling utama.

Wangian

Saudari boleh juga mencuba tips yang lain pada masa yang sama. Beli minyak wangi yang berjenama dan simpan khusus untuk tujuan seks. Wangian yang bersesuaian akan merangsangkan otak yang merupakan organ seks yang utama. Begitu juga sebelum melakukan hubungan seks, mandi dengan haruman lembut dan bersih. Wangikan bilik dengan haruman yang menyenangkan. Ia akan menimbulkan rasa keselesaan dan kesenangan dan rasa berahi yang tinggi. Kebersihan diri juga amatlah penting dan patut diamalkan oleh anda berdua. Mandi dengan haruman dan gosok gigi. Rasa bersih, selesa dan senang akan menimbulkan kehendak seks yang tinggi.

Anda berdua boleh mulakan hubungan seks dengan pemanasan atau permainan sebelum hubungan seks ('foreplay'). Mulakan dengan belaian lembut, mainan lembut dan ciuman manja. Mulakan rabaan tangan dengan gosokan di belakang badan barulah ia dikembangkan kepada bahagian-bahagian lain. Ciuman di telinga dan leher akan menimbulkan rasa berahi kepada wanita dan lelaki. Pastikan semua bahagian badan dibelai dan dirangsangkan sebelum melakukan hubungan seks. Luangkan masa 10 hingga 15 minit untuk pemanasan sebelum seks.

Peranan suami

Suami saudari juga hendaklah mengenali klimaks wanita. Ramai lelaki tidak tahu bagaimana wanita klimaks atau mencapai orgasma. Yang lagi merumitkan, setiap wanita ada caranya tersendiri. Tanda yang biasa kepada semua wanita sewaktu orgasma atau klimaks adalah berlakunya serangan kuat berserta badan menggigil dan pelukan kuat diberikan pasangannya. Jika berkesempatan, akan kelihatan badan memerah terutama seluruh muka. Pelbagaikan juga posisi seks jika inginkan kelainan. Permainan selepas hubungan seks ('afterplay') juga penting. Istilah 'afterplay' merupakan gambaran perlakuan pasangan suami-isteri sesaat setelah berhubungan seksual sebelum tidur atau melakukan kegiatan lain. 'Afterplay' yang hangat dan penuh kasih sayang penting untuk meningkatkan hubungan seksual. Setiap orang biasanya menjadi lebih peka antara satu sama lain setelah berhubungan seksual. Ini juga merupakan saat yang terbaik untuk mengekpresikan cinta dan perhatian pada pasangan. ~uTusan

Pusat urut sebar penyakit seks

Pekerja seks dari China yang menghidap Aids atau HIV mudah dilanggan di sebahagian besar pusat urut atau spa di seluruh negara yang turut menawarkan khidmat seks, terutama di Lembah Klang dan bandar besar lain.

Ini menyebabkan lelaki tempatan yang gemar melanggan wanita terbabit mudah dijangkiti virus HIV sebelum menyebarkannya kepada dan pasangan sah masing-masing.

Tinjauan di beberapa pusat urut dan spa sekitar ibu kota mendapati kebanyakannya menawarkan khidmat 'China Doll', cuma pendekatan digunakan berbeza.

Sebahagian besar premis menayangkan 'amoi' masing-masing secara terus kepada pelanggan, tetapi ada juga premis yang perlu dipesan terlebih dulu.

Sebagai contoh, tinjauan di sebuah premis di ibu kota malam Khamis lalu mendapati 10 wanita berusia awal 20-an dari China menawarkan khidmat seks kepada pelanggan.

Mereka diminta berbaris di depan pelanggan kira-kira lima minit sebelum dipilih. Bagaimanapun, premis terbabit turut menyediakan wanita dari negara lain selain wanita tempatan.

"Encik mau mandi dulu atau macam mana? Rehat dulu boleh, mandi terus pun boleh, sila duduk mau minum apa," itulah pelawaan kakitangan spa terbabit kepada pengunjung.

Pengunjung diminta memasukkan barangan berharga dalam peti besi dan menyimpan satu daripada anak kuncinya sebelum berehat di ruang disediakan bagi menyejukkan badan.

Beberapa minit selepas itu, pengunjung dipelawa menyalin pakaian dan diberikan seluar pendek untuk membersihkan badan dan mandi di ruang jakuzi yang disediakan selama mana diingini.

Selepas hampir 30 minit mandi, kebanyakan pengunjung menyalin pula baju nipis yang menutupi bahagian badan dan kembali di ruang disediakan dan di sini mereka boleh memilih untuk bersantai sambil menonton filem di 'pawagam mini' atau makan mengikut menu disediakan.

Ketika inilah seorang kakitangan pusat berkenaan mula mempelawa pengunjung mendapatkan khidmat mengurut antara RM90 hingga RM110 atau pakej penuh RM210.

"Encik mahu yang mana, pakej atau urut. Ambil pakejlah, encik rileks-rileks boleh urut sama manja-manja dia boleh kasi servis," katanya. ~Metro

Sudah kahwin tapi masih dara

Cerita pasangan suami isteri tidak pernah mendapat kepuasan dalam hubungan seks penetratif atau persetubuhan kerana tidak pandai `beraksi' mungkin lucu bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya banyak pasangan, termasuk yang berkahwin beberapa tahun, mengalami masalah ini.

Agak malang bagi segelintir isteri yang masih `dara' walaupun berkahwin lebih setahun gara-gara si suami gagal dan tidak tahu peranannya apabila melakukan persetubuhan.

Saya mendapat banyak aduan daripada wanita mengenai suami masing-masing yang menurut mereka memiliki kesihatan baik, tetapi gagal apabila hendak bersama. Dalam erti kata lain, zakar gagal mencapai ereksi ketika mahu bersetubuh.

Masalah yang juga dikenali sebagai `mati pucuk malam pertama' ini boleh membuatkan suami mengalami tekanan hingga takut untuk bersetubuh dengan isteri.

Dalam masa sama, isteri akan rasa bersalah kerana merasakan dirinya tidak mampu melayan suami. Apabila tiada jalan penyelesaian, keharmonian rumah tangga terjejas.

Selain suami, isteri juga berdepan masalah berkenaan seperti `vagisnismus' atau kesempitan faraj apabila tidak berdaya melegakan pembukaan faraj, menyebabkan kesakitan apabila suami cuba memasukkan zakar.

Jika mengalami dua masalah ini, pasangan suami isteri terbabit perlu berjumpa doktor sebelum ia mengganggu keharmonian rumah tangga.

Selain berjumpa doktor, anda boleh mendapatkan banyak bahan bacaan yang memberi penerangan mengenai 'malam pertama' dan kaedah terbaik melakukan persetubuhan, termasuk doa.

Pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga perlu belajar dan memahami teknik hubungan suami isteri. Sekurang-kurangnya anda tidak mengalami masalah untuk beraksi pada malam pertama, sekali gus membantu meningkatkan kebahagiaan rumah tangga.

Saya juga pernah mengeluarkan cakera padat video (VCD) bertajuk Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual yang turut menayangkan dilema pasangan suami isteri yang bermasalah dalam hubungan seksual selain tips sesuai.

Baru-baru ini saya bersama penceramah bebas, Ustaz Dr Zahazan Mohamed mengeluarkan buku panduan pengantin bertajuk Adab Malam Pengantin yang menghuraikan cara melakukan sentuhan intim pertama berserta doa.

Pendek kata, banyak buku panduan dan tips untuk pasangan yang mahu mendalami ilmu hubungan seksual dalam usaha meningkatkan kebahagiaan rumah tangga.

Pasangan yang bermasalah sedemikian juga boleh mendapatkan maklumat di laman web saya iaitu www.dsh.com.my.

Jangan biarkan masalah ini berterusan. Kegagalan dalam hubungan seksual suami isteri ada penawarnya kerana kebanyakannya berpunca daripada kurang ilmu pengetahuan dan keyakinan diri.

Oleh Dr Ismail Thamby

Sumber: MA, Mar 11, 2012

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

Seks penawar tekanan perasaan (Kajian)

Aktiviti seks merupakan penawar terbaik bagi mengatasi tekanan perasaan di kalangan suami isteri, kata seorang ahli seksologi India yang terkenal. Dr Narayana Reddy berkata slogan "penyembuhan seksual" di kalangan ahli seksologi kini semakin digemari di kalangan suami isteri yang mendapatkan bantuan profesional bagi mengatasi tekanan dan meningkatkan hubungan seksual mereka.

Beliau berkata kekerapan aktiviti seks diangap ubat terbaik bagi menyembuhkan pelbagai penyakit daripada gangguan jantung, arthritis kepada kemurungan biasa, kerana keseluruhan tubuh badan akan kembali bertenaga selepas persetubuhan.

Kekerapan seks, menurutnya, adalah tiga kali dalam 10 hari atau tiga kali sebulan sudah mencukupi.
Tetapi beliau mengingatkan kegiatan hubungan suami isteri perlu juga bebas dari sebarang tekanan.

"Seks adalah baik. Tetapi ia mesti hubungan seks yang sihat, ia juga perlu bebas dari rasa bersalah. Bukan seks di luar ikatan perkahwinan atau mengunjungi pekerja seks komersial," katanya.

"Setiap hubungan seks membakar 200 kalori, yang bersamaan dengan 15 minit menggunakan alat senaman atau setengah jam berjalan kaki di taman. Ini membantu membebaskan endokrin yang membuatkan kita rasa ceria," kata Dr Narayana yang berpangkalan di Chennai.

Tips Melambatkan Pancutan

Sebelum bermain dengan isteri, pastikan zakar anda berada dalam keadaan yang agak sedikit panas. Ini adalah kerana zakar yang sejuk pasti akan menyebabkan anda pancut cepat. Tambahan lagi kepala zakar akan berasa lebih ngilu ketika sejuk. Keputusannya, baru mendayung dah pancut. Isteri pun tak puas.

Posisi seks juga memainkan peranan untuk memastikan anda lambat pancut. Oleh kerana keadaan fizikal setiap manusia adalah berbeza, anda dan isteri harus mencuba mencari posisi seks yang sesuai untuk anda berdua yang boleh melambatkan zakar pancut.

Tetapi posisi seks tersebut juga harus memberi kepuasan kepada isteri. Untuk mengetahui pelbagai posisi seks sila lawati  Pancutkan Suami

Dambaan Isteri Saat Di Ranjang

Dambaan Isteri Saat Di Ranjang

Antara sedar atau tidak, wanita khususnya isteri menginginkan sebuah kehidupan seksual yang diatur dengan teliti seterusnya berlangsung seperti yang diharapkan. Untuk itu, ketahui perjalanan seksual yang diinginkan seorang wanita sebelum hubungan intim dilakukan agar tidak timbul istilah paksaan atau lebih serius dakwaan ‘rogol’ oleh suami sendiri.

1. Pentingkan Kesihatan Dan Rehat
Wanita mengharapkan tahap kesihatan yang baik meliputi stamina, rehat dan sebagainya sebelum hubungan asmara dilakukan. Sekiranya perkara-perkara tersebut menepati ‘piawaian’ yang ditetapkan, secara automatik suami mudah mendapat lampu hijau untuk meneruskan aksi yang diinginkan.

2. Inginkan Reaksi Emosional Pasangan
Sebenarnya, wanita juga menginginkan tindak balas dari pasangan selama hubungan intim dijalankan. Reaksi emosional serta ucapan yang dilafazkan pasangan ketika berasmara berupaya menghangatkan lagi keinginan dan kenikmatan sewaktu bersama.

3. Ambil Kira Tarikan Fizikal
Bukan sahaja lelaki malah wanita juga menitikberatkan tarikan fizikal yang dimiliki pasangan. Mungkin paras rupa tidak seberapa tetapi bentuk tubuh yang sasa ataupun lengan yang tegap secara tidak langsung membuatkan hati tertawan dan bersemangat untuk bersama. Sungguhpun begitu, lain wanita lain cita rasanya jadi berbincanglah dengan pasangan bentuk fizikal yang manakah menjadi kesukaan.

4. Tindak Balas Seksual Mengukur Kepuasan
Ketika melakukan hubungan intim, wanita tertarik kepada respons seksual yang diberikan pasangan seperti orgasma mahupun tindak balas erotis. Wanita juga tetap menghendakinya kerana ingin mengetahui sejauh mana pasangan menikmati ataupun puas dengan layanan yang diberikan.

5. Sensitiviti Pasangan
Sesetengah wanita tergolong sebagai individu yang sukar berterus terang. Lazimnya, mereka gemar memberikan ‘bayangan’ terhadap perkara yang diinginkan seterusnya menanti reaksi pasangan. Dalam berasmara, wanita mengharapkan pasangan berjaya memenuhi keinginan seksual lebih-lebih lagi setelah bertahun-tahun hidup bersama. Dari situlah wanita menilai sama ada pasangan sensitif terhadap keperluan seksualnya.

6. Tahap Kesihatan Pasangan
Hal sebegini perlu dititikberatkan sebelum meneruskan hubungan asmara. Lazimnya wanita berasa lebih puas dan bersemangat apabila pasangannya berkeadaan sihat. Situasi boleh berubah sekiranya pasangan sakit-sakit biarpun sekadar pening kepala. Ia tentunya membuatkan ‘mood’ untuk bersama terjejas.

Onani buat zakar gelap dan geleber

Amalan onani boleh menyebabkan kulit zakar kelihatan lebih gelap dan geleber akibat kehilangan kuasa elastik kulit. Sama juga kepada otot dalaman zakar yang kurang memadat kerana ia tidak mengembang sepenuhnya untuk mengizinkan darah masuk dengan penuh. Ini tindak balas otot yang stres.

Justeru, tidak hairan jika mereka yang beronani mendapati perubahan kepada tindak balas zakar ketika dia mengurutnya semakin lama semakin kurang berinteraksi. Ini akan berlaku apabila perasaan ghairah mula menurun dan perasaan teruja mula menyejuk.

Perubahan itu boleh dikatakan perubahan semula jadi. Sudah menjadi fitrah, amalan baru memberi tindak balas yang sangat memberangsangkan dan apabila ia menjadi biasa, kehebatan awal berkurangan.

Jika seseorang itu menghentikan perbuatan onani, sudah tentu beberapa lama kemudian apabila dia teruja seksual secara spontan, tindak balasnya menjadi lebih membina.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga boleh berlaku. Seseorang itu akan mendapati pada peringkat awal dia mula mengurangkan amalan onani, ereksi spontan pagi akan berkurangan.

Jika berlaku, ia tidak sepadat dulu dan lama kelamaan akan mendapati, kekerapan ereksi pagi akan berkurangan. Ini juga perubahan semula jadi.

Anggota yang biasa dirangsang secara tetap lebih aktif jika dibanding dengan keadaannya yang kurang aktif apabila tidak dirangsang secara tetap.

Perubahan itu hanya berlaku untuk seketika. Apabila individu terbabit mula aktif secara menyeluruh iaitu mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga berat badan, tidak merokok dan tidak minum minuman keras, tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah, melakukan senaman berkala dan tidak lagi fokus kepada 'seks', keadaan menjadi lebih selesa dan penuh yakin.

Dalam usia muda, seseorang itu sepatutnya menumpukan perhatian kepada masa depan dan kerjaya. Jika kedua-dua ini cerah, tentu keyakinan diri semakin mantap dan akan rasa lega dan bebas daripada tekanan.

Tekanan membuatkan kita bergantung kepada perkara menyeronokkan seperti onani dan amalan negatif yang bersangkut paut dengannya.

Jika dilakukan berlebihan akan memberatkan lagi keadaan tekanan. Tindak balas yang kelihatan kurang ketika melakukan onani bukan petanda seseorang itu mati pucuk atau akan mengalami masalah seksual.

Apabila berumahtangga dan memulakan hubungan seksual dengan pasangan dan berdepan masalah seksual, anda dan pasangan boleh mendapat bimbingan dan rawatan walaupun masalah itu berlaku kepada anda.

Sebahagian besar daripada masalah seksual, sama ada untuk lelaki atau perempuan, ada cara atau pendekatan untuk mengatasinya.
Oleh Dr Ismail Thamby

Cara Bangkitkan Mood Seks Yang Menghilang

Cara Bangkitkan Mood Seks Yang Menghilang

Kesalahan yang satu ini memang dilakukan oleh sebahagian isteri. Tatlkala suami berkehendakkan seks ada kalangan mereka yang bertindak membelakangkan suami ataupun enggan memenuhi permintaan tersebut. Sama ada disedari atau tidak oleh para isteri ini bahawa sesungguhnya Allah SWT murka pada wanita yang bersikap demikian, seperti sabda Rasulullah S. A.W yang bermaksud " Demi zat yang jiwaku beradi ditangannya, tidaklah seorang suami memanggil isterinya ke tempat tidurnya lalu si isteri menolak ajakan suaminya (enggan) melainkan Allah S.W.T murka terhadapnya hingga si suami redha padanya." (Riwayat Muslim)

Isteri tidak wajar menolak permintaan seks suami tanpa sebab munasabah sebaliknya tanggungjawab tersebut wajib dilaksanakan dengan segera. Antara alasan yang paling kerap diberikan oleh pihak isteri untuk menolak ajakan seks suami adalah tiada mood untuk seks.

Sekiranya benar, masalah tiada mood untuk seks ini kerap berlaku maka seharusnya isteri mencari jalan penyelesaiannya.

Ketiadaan mood ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana lama-kelamaan diri akan terbiasa tidak melakukan hubungan seks. Akibatnya hubungan dengan suami menjadi hambar dan lebih serius lagi pihak suami mencari jalan lain untuk melampiaskan tuntutan batin yang terpendam dengan cara yang salah di sisi agama.

Sebaiknya selidiklah mengapa mood untuk seks tidak kunjung datang. Adakah ia berpunca dari keletihan akibat tugas di rumah dan di tempat kerja atau pun anda berhadapan dengan stres. Bincangkan penyelesaiannya dengan suami.

Dalam pada itu anda juga boleh mengambil beberapa pendekatan berikut untuk mengatasi masalah ketiadaan mood yang menjejaskan kehidupan seks anda.

1. Luangkan Masa Bersama Suami
Ambil waktu untuk duduk bersantai dengannya. Ketika bersama dengannya ajak berbicara tentang perkara yang menyenangkan atau kongsi cerita lawak bersama dengannya. Canda tawa sememangnya mampu merapatkan keintiman suami isteri sekali gus menerbitkan semangat untuk bercinta dengan suami.

2. Luahkan Penyebab Stres
Seperti yang dikatakan di atas, kenalilah perkara yang menyebabkan anda berasa stres sehingga mematikan mood untuk seks. Boleh jadi ia sebenarnya berkaitan dengan sikap suami di ranjang yang mungkin tidak menjaga kebersihan, terburu-buru dan sebagainya.

Oleh itu bicarakan perkara ini dengan sebaik cara dengan suami.

3. Atur Mood
Caranya mungkin dengan mendengar muzik, mencari suasana yang boleh memberi ketenangan pada diri anda atau pun membeli belah yang sememangnya cukup disukai oleh wanita.

4. Acara Romantis
bersama suami Ia memang berkesan untuk membangkitkan mood. Caranya mungkin dengan mengajak pasangan menonton filem romantis yang anda berdua sukai. Boleh jadi filem Titanic, tentu suami tidak akan keberatan menemani anda menontonnya. Perasaan cinta dan aksi romantik dalam filem ini tentu akan terbawa-bawa biarpun anda sudah selesai menontonnya.

5. Ambil Cuti
Tak perlu bercuti jauh hingga ke luar negara, cukuplah ke Melaka, Pahang atau pulau-pulau menarik lagi indah yang banyak terdapat di dalam negara kita sendiri. Tempah hotel untuk anda dan pasangan menginap.

Selain melawat tempat menarik, isi masa cuti ini dengan aktiviti seperti makan malam, tidur sepuasnya atau berbual dengan pasangan sampai ke pagi, sesuatu yang mungkin jarang dapat anda lakukan bersama.

6. Urutan
Urutan yang dilakukan oleh suami selalunya petua berkesan untuk menimbulkan hasrat seks. Urutan ini berfungsi untuk melancarkan peredaran darah dan membuat diri berasa relaks. Tunjukkan bahagian tubuh yang terasa tegang dan biarkan jemari suami melepaskan stres dari diri kamu.

7. Tinggalkan Telefon Bimbit
Sekiranya anda berhasrat untuk berehat, sebaiknya singkirkan dahulu segala peralatan komunikasi daripada pandangan. Jangan biarkan deringan telefon bertalu-talu mematikan hasrat anda untuk bersama suami.

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular