Gadis dicekup selepas seks

Gadis dicekup selepas seks

Selepas beberapa kali mengadakan hubungan seks dengan teman lelakinya, kegiatan remaja berusia 15 tahun di Kampung Nyiur Tujuh, Besut, dihidu keluarga kerana pulang ke rumah pada awal pagi, Khamis lalu.

Selepas ditangkap keluarganya ketika menyelinap masuk ke rumah pada dinihari, pelajar Tingkatan Tiga terbabit tidak dapat berselindung lalu mengaku sudah terlanjur.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria, berkata mangsa ke Balai Polis Kampung Raja, Besut membuat laporan kejadian itu, jam 9.30 malam, kelmarin.

Katanya, kejadian pertama berlaku di bilik rumah mangsa, di taman perumahan kos rendah di Nyiur Tujuh jam 3.30 pagi pada 15 Disember lalu.

Kamaruddin berkata, mangsa selalu keluar rumah melalui pintu belakang, termasuk pada kejadian kira-kira jam 2 pagi, 17 Disember lalu untuk bertemu teman lelaki sebelum membonceng motosikal ke kedai makan di Jalan Kampung Lampu, Kampung Raja.

Beliau berkata, mereka mengadakan hubungan di kedai makan itu sebelum dihantar pulang.

Kamaruddin berkata, suspek berusia 19 tahun sudah dikenal pasti dan usaha mencarinya sedang dijalankan.

Katanya, mangsa dihantar untuk membuat pemeriksaan lanjut di Hospital Universiti Sains Malaysia di Kubang Krian, Kelantan.

Oleh Hamid Salleh

Seks Suami isteri

Hubungan seks antara suami dan isteri merupakan perkara subjektif dan jarang ingin dibincangkan secara terbuka. Lumrah kehidupan, dalam hubungan pasti ada kesalahan atau pun kesilapan yang dilakukan dengan cara sengaja mahupun sebaliknya. Bagi isteri kesilapan ‘layanan’ suami ketika di ranjang seharusnya dapat diungkaikan agar pasangan dapat mencapai kepuasan yang sebenar.

Hubungan Seks
BERCUMBU TERLEBIH DULU
Menurut kajiselidik, 79% dari lelaki Malaysia suka seks spontan (gaya koboi atau seks kilat). Isteri berharap agar suami mencumbu bibirnya terlebih dulu, bukan tempat lain. Ambil masa untuk bercumbu dengan secukupnya.

PENIUP TELINGA YANG ROMANTIS
Sepatutnya tiup secara perlahan-lahan. Itu akan mampu membangkitkan rasa berahi. Jangan lakukan seperti meniup lilin hari jadi kerana itu akan menyakitkan telinganya.

MEMBELAI BAHAGIAN SENSITIF
Ramai lelaki beranggapan, memegang bahagian sensitif wanita menandakan sifat kelakian yang disukai. Namun sebenarnya wanita gemar seorang lelaki membelai bahagian sensitif dengan manja dan bukan dengan cara yang kasar hingga menyebabkan kesakitan. Yang patut dilakukan ialah mengurut lembut, membelai, dan mengusap.

TERUSKAN MEMBELAI
Jangan sekali-kali berehat pula apabila anda melakukan (foreplay), tubuh isteri perlu sentiasa disentuh agar berahinya tidak turun mendadak. Teruskan rangsangan anda sehingga anda dan isteri merasa selesa dan puas.

NAKAL DAN MENGGODA
Apabila membuka pakaian isteri, bukalah dengan kemas dan perlahan-lahan. Janganlah terus menarik pakaian pasangan anda. Sikap anda yang penyabar, menjadikan pasangan anda lebih dihargai.

BERCUKUR
Muka lelaki yang tidak bercukur dirasa menyebabkan isteri rasa tidak selesa. Apatah lagi selepas itu mukanya akan merayap pula ke serata tubuh hingga ke paha. Janganlah rasa seronok melihat isteri memusingkan kepalanya ke kiri atau kanan, itu bukan kerana ghairah tetapi untuk mengelakkan kulit wajahnya dari terkena misai anda yang kasar.

Janda ekspres

Janda ekspres

Sangkakan hujan hingga ke petang, rupanya panas di tengah hari. Begitulah nasib sebilangan wanita berumur bawah 30 tahun yang mengharapkan kebahagiaan selama-lamanya dalam perkahwinan mereka tetapi hanya tinggal impian berikutan diceraikan suami ketika inai masih merah di jari.

Lebih teruk lagi, semakin ramai di kalangan janda muda itu yang hanya bergelar ‘isteri seminggu atau sebulan’.

Mengusutkan keadaan, mereka turut dituduh menjadi punca perceraian sedangkan hakikatnya suami membuat hal, termasuk mahu menjadikan si isteri sebagai keldai dadah.

Berikut adalah pendedahan dua wanita yang hanya sempat menikmati seketika hidup sebagai isteri sebelum mengemas beg pakaian keluar rumah bersama gelaran janda muda.


KES 1 - WATI, 28 TAHUN:

“Baru dua hari kahwin suami sudah buat perangai, namun saya bersyukur kerana perceraian dalam usia muda memberi hikmah kepada saya untuk mencari lelaki lebih baik. Akhirnya kami berpisah selepas genap seminggu bergelar suami isteri.

Walaupun tidak sempat menikmati keindahan alam rumah tangga seperti pasangan pengantin baru lain, keputusan berpisah dengan lelaki dikenali ketika di alam persekolahan itu membahagiakan saya yang terseksa selepas rahsia bahawa suami adalah pengedar dadah terbongkar.

Sebaik menyedari suami terbabit dengan kegiatan pengedaran dadah, hati saya bercelaru dan bimbang. Ini kerana dia memaksa saya menjual dadah.

Rahsia suami adalah pengedar dadah terbongkar pada malam pertama perkahwinan kami apabila dia tiba-tiba memaksa saya membantunya menjual dadah.

Terkejut dengan sikapnya selain bimbang dituduh bersubahat, saya menolak cadangan pelik itu, menyebabkannya berang.

Suami turut melakukan perbuatan tidak saya suka, termasuk mengajak ke pusat snuker.

Ketika itu baru saya menyedari rupa-rupanya dia mengahwini saya bukan atas dasar cinta dan kasih sayang, sebaliknya mahu menjadikan saya alat bagi melancarkan kegiatan pengedaran dadahnya.

Saya bersetuju mengahwininya yang sebelum itu bekerja di Kuala Lumpur sebaik pulang ke kampung di utara tanah air.

Oleh kerana mengenalinya sejak sekian lama, saya tidak berfikir panjang dan terus bersetuju menerima lamarannya.

Namun, kebahagiaan yang saya harapkan dalam hidup berumahtangga tidak sempat dinikmati apabila malam pertama dan seterusnya dilalui dalam keadaan dingin.

Saya pernah menceritakan kegiatan dan perlakuan ganas lelaki terbabit kepada keluarga dan menyuarakan hasrat untuk berpisah selepas dua hari menjadi isteri, namun keinginan itu dibantah keluarga yang tetap berharap kami bahagia.

Kesabaran dan sikap menghormati suami yang ada pada diri saya hanya mampu bertahan seminggu apabila keluarga akhirnya bersetuju dengan keputusan berpisah dengan lelaki terbabit.

Bagi saya, perkahwinan dilalui satu pengajaran buat diri untuk menilai hati budi pasangan supaya tidak menjadi mangsa, selain memastikan mahligai dibina terus bertahan,” katanya.

KES 2 - INA, 22 TAHUN:

“SAYA memasang impian untuk sehidup semati bersamanya, malangnya semua berakhir dalam tempoh masa genap 50 hari apabila suami menjatuhkan talak tiga pada 26 Ogos lalu.

Kurang 24 jam sebelum itu, dia menghubungi saya dan menjatuhkan talak satu dan ketika saya masih terawang-awang dengan perkara terbabit, suami menghubungi saya sekali lagi dan menjatuhkan talak tiga pula.

Lebih mengecewakan, suami yang memberi janji manis sebelum mengambil saya sebagai isteri turut menyatakan terdesak mengambil keputusan bercerai berikutan menganggap saya sebagai adik angkat.

Masih jelas dalam ingatan perkenalan manis kami. Saya mengenalinya di sebuah pusat hiburan di Johor Bahru dan selesa dengan perwatakan baiknya yang ikhlas berkawan tanpa memandang serong pekerjaan saya sebagai pelayan pelanggan (GRO).

Dia yang ketika itu mengunjungi Johor Bahru bagi menduduki peperiksaan di sebuah universiti berikutan melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi juga menunjukkan minat untuk mengenali saya lebih rapat.

Dalam tempoh dua minggu, percintaan kami berputik sebelum dia menyatakan hasrat mahu menjadikan saya sebagai teman hidup iaitu sebagai isteri kedua dengan alasan mahu menyelamatkan masa depan saya daripada terus bergelumang dalam dunia GRO.

Saya semakin yakin dan percaya kehidupan rumah tangga yang bakal didirikan dengannya yang berusia 39 tahun pasti bahagia apabila dia kelihatan ikhlas serta sanggup mendapatkan restu daripada ibu serta ahli keluarga bagi menyatakan niatnya.

Dia yang berkelulusan tinggi berbanding saya yang hanya bertaraf sekolah rendah dilihat mampu menjadi petunjuk dalam hidup, termasuk daripada segi agama memandangkan perbezaan usia kami 17 tahun.

Akhirnya, kami bernikah di Narathiwat, Thailand pada 5 Julai lalu. Saya turut ditemani kakak dan dua kenalan suami. Bagaimanapun, selepas itu bermulalah episod hitam dalam hidup.

Suami yang berjawatan tinggi berpendapatan lebih RM8,000 sebulan juga seolah-olah bersikap dingin bagi melaksanakan tanggungjawab sebagai suami.

Sudahlah saya hilang punca pendapatan hampir RM3,000 apabila berhenti kerja sebagai GRO atas nasihatnya, saya juga tidak selesa apabila dia menganggap saya sebagai bebanan dengan mengungkit dia ada pelbagai tanggungjawab, termasuk menanggung hutang bank RM300,000.

Saya juga tertekan dengan sikap suami yang tidak menghormati saya sebagai isteri. Akhirnya, genap 50 hari kami bergelar suami isteri, dia menceraikan saya dengan talak tiga.

Saya gagal menghubunginya berikutan dia menukar nombor telefon bimbit.

Dia lepas tangan hingga mengakibatkan maruah saya tercalar.

Saya difahamkan dia bersama isterinya kini mengerjakan umrah di Tanah Suci, sedangkan saya merana dengan perbuatannya.

Saya hampir gila memikirkan perbuatannya dan kini terpaksa kembali bekerja sebagai GRO bagi menyara kehidupan dan menanggung ibu yang sudah tua.

Saya berdoa supaya diberi kesabaran bagi menempuhi saat sukar ini dan bercadang menuntut hak sebagai isteri supaya masalah saya menjadi pengajaran berguna pada lelaki berhidung belang seperti bekas suami.

Saya juga sudah melaporkan kepada Pejabat Agama Islam Johor,” katanya.

Oleh NAZARALI SAERIL, MARY VICTORIA DASS, MOHD FAUZI ABDULLAH, SITI FATIMAH HASSAN, ZAID SALIM dan ROHAYA BU-ZA

Kebaikan seks selepas bersalin.

Kebaikan seks selepas bersalin.

Amalan di kalangan wanita di Kelantan, mereka lazimnya tidak melakukan hubungan kelamin untuk selama 100 hari selepas bersalin. Apabila ditanya kenapa, tidak ada jawapan yang khusus, ia hanya amalan turun temurun daripada emak kepada anak.

Walaupun tidak ada hubungan kelamin, mereka masih tidur bersama suami. Kecekalan serta daya tahan ini memerlukan dedikasi yang padu. Dari segi perancangan keluarga, amalan ini memberangsangkan.

Kelahiran

Lain bangsa lain pula amalan mereka. Tidak ada bukti kenapa setiap amalan diperlakukan. Walaubagaimanapun, tempoh yang diamalkan ini boleh dikatakan bagus kerana wanita sempat mengembalikan kecergasan fizikal selepas kepenatan bersalin serta mengandung selama 40 minggu.

Suami sepatutnya lebih arif serta memahami tugas serta tanggungjawab baru sebagai seorang bapa. Hubungan suami isteri bukanlah hanya hubungan kelamin semata-mata, ia lebih dari itu!

Walaupun hubungan kelamin semasa mengandung kerap serta aktif dan menyeronokkan tetapi lain pula selepas bersalin. Hubungan kelamin bukanlah agenda utama untuk beberapa julat masa akan datang selepas ketibaan ahli keluarga baru.

Proses kelahiran merupakan proses fizikal yang meletihkan. Bayangkan isteri terpaksa menahan kesakitan serta kontraksi rahim untuk berjam-jam lamanya sama seperti pelari marathon semasa Sukan Olimpik! Tentulah isteri akan keletihan serta kelesuan, apatah lagi apabila diberi ubat penahan sakit jenis narkotik semasa proses kelahiran.

Kemuncak emosi berlaku apabila ibu melihat bayi yang dilahirkan sihat serta selamat.

Badan ibu akan mengambil masa untuk pulih kembali, terutamanya selepas mengalami perubahan hormon semasa mengandung. Adaptasi serta fokus isteri sekarang sebagai seorang ibu mula menampakkan keanggunan seorang wanita.

Tempoh selepas bersalin dikenali sebagai ‘postpartum’, kehadiran si sayang baru menambahkan lagi keberkesanan perhubungan serta komunikasi.

Kemaskini cara berkomunikasi suami dan isteri sebelum agenda hubungan kelamin bermula. Suami tentu dan perlu memahami akan tanggungjawab masing-masing terhadap si kecil dan juga sesama sendiri.

Keinginan

Kerana kesibukan tanggungjawab baru, mungkin isteri terlupa akan hubungan kelamin. Ada doktor yang menasihati supaya berehat dari hubungan kelamin selama 6 minggu, namun nasihat ini sebenarnya tidak ada bukti kukuh.

Ada doktor yang nasihatkan supaya berehat di antara 3 hingga 6 minggu, bergantung kepada:

* Berhentinya darah dan juga discaj selepas bersalin.

* Penyembuhan luka dari episiotomi di faraj semasa proses kelahiran

* Penyembuhan dari pembedahan caesarean

Sebab-sebab lain yang menyebabkan keinginan hubungan kelamin menurun selepas bersalin termasuklah:

* Keletihan dan kelesuan dari tanggungjawab baru kerana setiap kelahiran merupakan pengalaman baru. Banyakkan meminum air serta mengambil makanan yang berkhasiat. Senaman ringkas khas untuk mereka selepas bersalin juga boleh mengurangkan ketegangan.

* Ketegangan dan rasa tidak selesa, mungkin juga kesakitan dari tempat jahitan episiotomi dan juga di abdomen dari kelahiran caesarean.

* Menyusu badan menyebabkan cairan lubrikasi di faraj menurun, jadi faraj menjadi kering dan hubungan kelamin jadi menyakitkan. Ada banyak cecair pelincir yang boleh didapati di farmasi untuk mengelakkan kekeringan.

* Anggapan bentuk badan sekarang tidak menarik, berat badan bertambah dan kulit pula menampakkan belang-belang di bahagian abdomen (selalu berlaku di kalangan orang Malaysia kerana mempunyai pigmen warna kulit yang lebih).

* Cemas dan was-was tentang peranan sebagai ibu, apatah lagi melihat si comel yang begitu lemah serta sensitif.

* Fokus terganggu dengan bunyi tangisan si comel, langsung mengganggu aktiviti kelamin.

Suami juga dipengaruhi oleh faktor-faktor sama dengan para ibu dan mereka mungkin tidak bersyahwat dan langsung tidak berupaya untuk hubungan kelamin. Jangan bimbang, sama-samalah berbincang dan hadapi setiap hari bersama.

Termengandung?

Isteri serta suami mungkin tidak bersedia untuk seorang lagi si comel untuk masa sekarang. Sekiranya ibu menyusu badan secara 100 peratus (tidak mengamalkan susu formula), proses ovulasi mungkin berlaku selepas 3 bulan.

Tetapi, sekiranya pengenalan susu formula dilakukan bertindih dengan penyusuan badan, ovulasi mungkin berlaku selepas 3 minggu.

Jadi, berbincanglah antara suami isteri akan kaedah kontraseptif terbaik.

Berjumlah dan minta nasihat doktor atau jururawat semasa lawatan susulan bayi.

Kondom merupakan kaedah perancang keluarga terbaik untuk peringkat ini kerana ibu masih menyusu badan. Sekiranya ibu yang menerajui kontraseptif, pil yang mengandungi progesteron sahaja yang terbaik kerna ianya tidak mengurangkan jumlah susu.

Untuk alat dalam rahim, pastikan dahulu yang saiz rahim telah kembali ke saiz sebelum mengandung.

Hubungan kelamin mempunyai kebaikannya sendiri. Hormon yang dikeluarkan boleh mencepatkan lagi proses penyembuhan setelah bersalin. Begitulah juga dengan penyusuan badan. Rahim akan cepat ke saiz asal. Sekiranya penyusuan badan tidak diamalkan 100 peratus, kitaran haid ibu mungkin kembali pada minggu keempat.

Secara langsung, mungkin diamati sebagai darah dari proses bersalin yang tidak lagi berhenti dan tiba-tiba jumlahnya banyak dari biasa. Ingat, penyusuan badan merendahkan hormon estrogen wanita dari ovari. Ini akan menyebabkan suasana dalaman faraj kering.

Jadi sekiranya hubungan kelamin dilangsungkan, pastikan cecair pelincir digunakan. Mungkin juga isteri serta suami boleh melambatkan hubungan zakar-faraj dengan meningkatkan tempoh sentuh menyentuh atau cumbuan.

Perubahan

Mungkin para ibu mengamati yang garis pusat faraj serta kontraksi otot-otot di sekitarnya tidak sebagaimana sebelum bersalin. Jangan runsing, dengan penyusuan badan serta latihan senaman khusus di bahagian pinggul dan perineum akan mengembalikan struktur asal dengan lebih berkesan. Sekiranya tidak berpuas hati, berjumpalah dengan doktor untuk nasihat.

Untuk seketika selepas bersalin, disebabkan paras hormon wanita estrogen serta progesteron jatuh dengan pantas, para ibu akan mengalami keadaan seakan-akan ‘menopaus’ terutamanya pada kawasan sekitar faraj. Tahap pH faraj akan meningkat dan sel-sel yang melindungi faraj dari irritasi berkurangan, menyebabkan ibu terdedah kepada gangguan serta iritasi dari sabun ataupun cecair pencuci faraj.

Jangkitan pada faraj pada waktu ini mudah berlaku, apatah lagi dengan kehadiran darah dan juga discaj. Jadi, berhati-hatilah dengan dengan produk pelincir yang digunakan, ataupun jenis-jenis kondom yang digunakan.

Penjagaan perineum juga amat penting selepas kelahiran. Perineum adalah bahagian tubuh puan di antara faraj dan dubur. Pastikan kawasan tersebut bersih dan kering. Ini meningkatkan lagi proses penyembuhan. basuh tangan setiap kali puan menukar tuala wanita.

Keringkan dengan menyapu dari depan ke belakang, supaya kuman dari bahagian dubur tidak merebak. Jahitan episiotomi, biasanya akan hilang dalam masa dua minggu.

Emosi

Ada juga di kalangan ibu-ibu yang mengalami perubahan emosi selepas bersalin. Ini juga menyukarkan perhubungan kelamin sekiranya aktiviti ini ingin dimulakan. Kemurungan ini akan dibebankan lagi dengan tanggungjawab baru sebagai seorang ibu, perubahan masa serta perubahan perhubungan di antara suami serta si comel.

Perasaan juga terganggu dengan perubahan hormon yang berlaku pada badan ibu.

Adalah tidak janggal untuk ibu berasa cemas, kurang tidur, rasa keresahan serta kemurungan, kadang-kala mungkin menangis, sedih dan mudah terguris. Suami harus memahami perubahan yang dilalui oleh isteri. Semua ini normal sekiranya berlaku dalam tempoh dua minggu dan akan segera hilang apabila penyesuaian dengan persekitaran baru berlaku.

Tetapi sekiranya berterusan, segera berbincang dengan doktor!

~ Utusan

Berlakon filem lucah untuk majlis kahwin


MACCLESFIELD, England - Satu pasangan yang mengalami masalah kewangan tidak lagi kecewa untuk merealisasikan impian mereka bagi mengadakan majlis perkahwinan, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebaliknya, mereka akan berlakon dalam beberapa filem lucah untuk mengumpulkan wang bagi mengadakan majlis perkahwinan yang penuh gemilang.

Pasangan itu, Lisa Brand dan Tommy Barnes memperoleh pendapatan £1,300 (RM7,328) daripada tiga filem lucah dan mereka merancang mahu berlakon dalam empat lagi filem lucah.

Empat filem lucah itu dibuat untuk satu majlis tepi pantai di Cancun, Mexico pada Jun tahun depan.

Pasangan itu sudah mempunyai empat anak tetapi mereka mahu berkahwin dalam satu majlis perkahwinan yang menjadi kenangan manis buat seumur hidup.

"Saya sudah memberitahu ibu saya dan rakan-rakan. Mereka memahaminya (kenapa mereka berlakon dalam filem lucah).

"Sudah menjadi impian kami untuk berkahwin dalam majlis yang penuh gilang gemilang," kata Lisa. - Agensi

Isteri keliru suami mengaku homoseksual

Isteri keliru suami mengaku homoseksual

Kisah minggu ini agak menarik untuk dikongsi. Ia mengenai luahan hati seorang isteri yang tersepit dengan pengakuan suami yang mengaku dirinya seorang homoseksual. Sebagai isteri, dia berusaha untuk memulihkan suaminya kerana perasaan saying masih wujud. Lebih-lebih lagi tanda-tanda suaminya seorang homoseksual tidak kelihatan malah bersikap seperti biasa. Semua inilah yang membuatkan dia yakin bahawa suaminya tidak begitu. Semoga kisahnya menjadi teladan kepada semua pembaca.

Saya berkahwin sejak tiga tahun lalu dengan suami atas dasar cinta, suka sama suka. Kami ada juga bergaduh namun ia tidak meleret-leret hingga menjadi konflik yang serius. Dua bulan selepas berkahwin, saya disahkan hamil namun saya mengalami keguguran semasa kandungan berusia lapan minggu. Selepas keguguran, suami mengambil masa agak lama untuk ‘menyentuh’ saya kembali. Selepas sembilan bulan, saya hamil untuk kali kedua. Semasa mengandung, suami mudah marah bila melayani saya. Dia selalu membebel bila saya meminta dia menemani saya menjalani pemeriksaan kesihatan ibu mengandung. Kami sering bergaduh disebabkan hal ini.

Semasa kandungan saya berusia lebih 20 minggu, anak di dalam kandungan disahkan meninggal dunia. Pemeriksaan teliti telah dilakukan, akan tetapi tiada jawapan pasti yang diberikan oleh pihak hospital. Sejak itu, suami hanya menyentuh saya dua atau tiga kali sahaja sehingga kini. Pelbagai persoalan terus mengganggu fikiran saya hampir setiap malam. Pertanyaan kepada persoalan dilontarkan kepada suami tetapi tiada jawapan. Setelah saya mendesak beberapa minggu lalu, suami telah membuat pengakuan yang dirinya adalah seorang homoseksual.

Saya seperti tidak mempercayainya, kerana selama ini tiada sebarang tanda-tanda yang menampakkan suami adalah seorang homoseksual. Saya memintanya berubah dan saya bersedia untuk membantunya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Akan tetapi suami tidak mahu berubah dan beranggapan seorang homoseksual tidak boleh diubati. Suami juga menyuruh saya berfikir panjang soal hidup dan masa depan.

Akan tetapi katanya dia tidak boleh memberi apa-apa jaminan untuk memberikan kebahagiaan kepada saya kelak. Tambahan pula suami memang tidak mahukan anak. Saya sangat menyayangi suami. Saya tidak sanggup kehilangannya. Sebab itulah saya sanggup membantunya, lagi pun saya memandang homoseksual ini adalah sebagai satu penyakit yang boleh diubati. Saya cuba mencari bantuan dan berjumpa dengan seorang ustaz yang telah disyorkan oleh seorang pakar motivasi terkenal tanah air yang saya hubungi melalui soal jawab di internet.

Setelah berjumpa ustaz tersebut, saya diberi beberapa panduan mengikut Islam untuk menangani permasalahan ini seperti mengamalkan bacaan surah al-Fatihah, melakukan sembahyang istikharah dan beberapa perkara lain. Walaupun suami tidak mempedulikan saya langsung tetapi saya seperti biasa melaksanakan tanggungjawab saya sebagai seorang isteri. Kami tinggal di rumah ibu saya memandangkan suami hanya bekerja secara sambilan dan tidak mampu untuk menyewa rumah sendiri.

Saya bekerja dan segala perbelanjaan saya yang uruskan sendiri, dibantu oleh suami serba sedikit. Apakah lagi yang harus saya lakukan? Adakah panduan-panduan lain yang boleh saya lakukan untuk menyelesaikan masalah saya ini? Untuk makluman, buat masa sekarang saya tidak mempercayai suami seorang homoseksual kerana tiada sebarang tanda yang menunjukkan suami seorang homoseksual.

Kedua, semasa suami memberitahu perkara itu, air mukanya bersahaja saja serta tidak nampak bersalah dan dia mengucapkan kata-katanya dengan begitu mudah tanpa tersekat-sekat. Sekarang suami menunjukkan protes, dia seperti tidak menyukai saya seolah-olah permasalahan ini berpunca daripada saya. Ustaz yang saya temui turut bersetuju dengan saya, kerana katanya ada perkara lain di sebalik pengakuan tersebut. Saya betul-betul bingung dan tidak tahu apa yang harus saya lakukan. Saya telah cuba berbaik-baik dengan suami tetapi suami menunjukkan sikap keras hati. Apa yang saya lakukan lagi?


Petikan: Mingguan Wanita


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Saksi kecurangan isteri dengan teman baik sendiri

Saksi kecurangan isteri dengan teman baik sendiri

Irfan tersenyum sendirian, dia terkenang majlis perkahwinannya bersama pilihan hati Maria. Dia bangga kerana dalam ramai lelaki, Maria memilih untuk sehidup semati dengannya.

Bukan Irfan tidak tahu, Maria menjadi kegilaan di pejabat. Apa tidaknya, Maria bukan sahaja cantik dan pandai bergaya malah lebih membuatkan lelaki cair adalah sikap Maria yang manja. Kini wanita idaman Malaya itu sudah menjadi isterinya yang sah. Irfan berasa dirinya sangat bertuah. Hari-hari yang dilalui dirasakan begitu bermakna. Namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan. Sikap Maria yang boros berbelanja membuatkan Irfan pening kepala membayar hutang piutang setiap bulan. Lebih parah lagi, kad kredit Irfan kini sudah disenarai hitam. Sudah acap kali dia menasihati Maria namun teguran itu dipandang sepi. Maria masih dengan sikap lamanya.


Keadaan itu juga menyebabkan Irfan selalu saja merungut, hampir setiap hari Maria mendengar bebelan suaminya malah kadang kala timbul rasa menyesal mengahwini Irfan. Sangkanya Irfan mampu memberi kemewahan kepadanya namun yang berlaku adalah sebaliknya. Dia pula disuruh Irfan bersederhana. Semakin hari sikap Maria semakin menjadi- jadi. Irfan sudah tidak kuasa menegur sikap isterinya. Kadang kala dia sengaja pulang lewat ke rumah kerana bosan melayan karenah Maria yang mengada-ngada. Baru kini Irfan sedar, dia mencari isteri yang cantik bukannya isteri solehah. Saat itu, Irfan teringat pesanan arwah ibunya. Kata ibu, jika ingin mencari isteri, jangan dilihat kepada paras rupa sebaliknya pandang agamanya serta keperibadiannya.

Menyesal pun tak guna kerana kini Maria sudah menjadi tanggungjawab Irfan. Untuk menghilangkan kebosanan, Irfan sering mengajak kawan baiknya, Zakri lepak di rumah ketika Maria bertugas di luar daerah. Mulanya sekali dua sahaja Zakri menumpang tidur di rumah Irfan namun lama-kelamaan Zakri bagaikan penghuni tetap. Irfan tidak membantah tambahan pula Maria kelihatan selesa berkawan dengan Zakri. Irfan berterima kasih kepada Zakri kerana sejak kawannya itu menetap di rumah mereka, Maria tidak lagi merungut.

Mereka bertiga sering keluar bersama atau sekadar berbual kosong di rumah. “Zakri, aku kena pergi Jakarta seminggu. Masa aku tak ada nanti, kau tolonglah tengok-tengokkan Maria ye”.
“Alah Irfan, aku tahulah. Kau jangan bimbang, aku akan hiburkan Maria”.
“Eh tapi aku tak ada nanti, takkan kau nak tidur rumah aku juga”.
“Ish! Kau ni Irfan. Aku tidur rumah akulah nanti apa pula kata orang”.
“Okaylah, kalau macam tu nanti kalau apa-apa hal kau telefon aku. Satu lagi, esok kau tolong hantar aku ke KLIA ”.
“Ok, tak ada masalah bos,” teringat lagi Irfan tentang kata-kata kawannya itu.

Saat itu Irfan memang gembira kerana punya kawan yang sanggup bersusah senang dengannya. Akan tetapi sewaktu berada di Indonesia entah kenapa Irfan sering teringatkan Maria. Dia berasa tidak sedap hati. Kerana itu juga Irfan sanggup menghabiskan urusan kerja secepat mungkin. Dia pulang dua hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Irfan tiba di Lapangan Terbang Anatarbangsa Kuala Lumpur pada jam 10.30 malam, pada mulanya dia ingin menelefon Zakri mengambilnya namun mengenangkan tindakannya akan menyusahkan Zakri di malam-malam begini, akhirnya Irfan menaiki teksi menuju ke rumahnya di Kelana Jaya.

Harapkan pagar, pagar makan padi
Dari luar Irfan melihat keadaan rumah gelap gelita, hanya lampu tidur di bilik utama yang terpasang. Fikir Irfan mungkin isterinya sudah tidur. Dia membuka pintu rumah dengan berhati-hati kerana tidak mahu mengejutkan isterinya. Selepas meletakkan beg, langkahnya terus menuju ke bilik tidur. Namun, belum sempat membuka pintu, dia mendengar suara rengekan manja Maria dan suara lelaki ketawa. Jantung Irfan berdegup kencang, dia terus menguak pintu bilik.

Alangkah terkejutnya Irfan bila melihat isterinya dan Zakri terbaring di katil tanpa seurat benang. Sebaik melihat Irfan, keduanya dengan pantas menarik selimut menutup tubuh. Irfan tidak dapat menahan marah, dia tidak sangka kawan yang paling dipercayai sanggup meniduri isterinya. Sejak itu hubungannya dengan Zakri dan Maria terputus. Maria diceraikan malam itu juga. Zakri pula sanggup berhenti kerja agar tidak bertembung lagi dengan dirinya. Walaupun peristiwa ini sudah lima tahun berlalu namun luka di hati Irfan masih berdarah. Dia serik untuk berumah tangga lagi. Hatinya seolah-olah tertutup untuk wanita.

Ciri Wanita Kuat Berasmara

Ciri Wanita Pandai Berasmara

Ciri-ciri wanita yang pandai berasmara. Selain teknik, kenikmatan itupun dapat kita peroleh dari lawan main kita. Dalam hal ini, menurut ilmu psikologi, ada beberapa peringkat wanita yang mempunyai bentuk tubuh tertentu yang dapat membawa kenikmatan.

Bezanya dengan para wanita yang berpunggung besar, mereka hanya terbatas pada suka bermain asmara sahaja. Soal dapat tidaknya membawa kenikmatan, itu belum tentu.

Di bawah ini, anda boleh pilih yang mana bentuk yang anda suka:-
1. Mereka berperawakan kecil pendek, kaki berisi bagai batang padi dan payudaranya menonjol sedang tapi menentang.
2. Mereka yang berperawakan kecil bersih, sinar matanya galak, alisnya hitam lebar hidung dan mulutnya kecil, serta bibirnya tipis dan selalu basah, payudaranya menonjol, serta kepalanya kecil.
3. Mereka yang berkulit putih kuning, tajam tatapan matanya, berperawakan sederhana, rambut hitam berombak dan sedang payudaranya.
4. Mereka yang bertubuh kecil pendek, tubuhnya agak bongkok undang, dadanya sempit dan kakinya berisi bagai batang padi.
5. Mereka yang bertubuh kecil, berpunggung lebar, payudaranya kecil, dagu bulat telur, rambut berombak, alis lebat dan jalannya bagai orang lapar.
6. Mereka yang bertubuh kecil, rambut ikal, berwajah cerah, bertubuh ramping dan kulitnya merah cerah.
7. Mereka yang berkepala kecil, payudaranya besar menonjol, berkulit kuning, jalannya bagai orang lapar dan matanya sayu.
8. Mereka yang bongkok udang, pada tangan dan kakinya ditumbuhi bulu halus, sedikit bertmisai, punggungnya lebar, bermulut luas, tatapan matanya tajam dan berambut berombak.
9. Mereka yang berhidung kecil, mulutnya kecil dan berbibir tipis nampak selalu basah, bermata redup, berdagu bulat telur dan payudaranya menonjol.
10. Mereka yang berkulit kuning langsat, bertubuh ramping, rambut berombak, suaranya serak-serak basah dan payudaranya kecil.
11. Mereka yang bertubuh kecil, berwajah bulat telur, sinar matanya tajam, kaki berisi bagai batang padi dan payudaranya menonjol.
12. Mereka yang bertubuh kecil rendah, kaki berisi bagai batang padi, dada lebar, berdirinya tegap.
13. Mereka yang berpunggung lebar, rambut berombak dan mulut lebar dengan bibir sedang.
14. Mereka yang bermata lebar, tajam sinar matanya, berhidung kecil, mulut kecil dan bibir tipis selalu kelihatan basah, serta rambutnya berombak.
15. Mereka yang matanya besar, alisnya lebar, kaki dan tangannya mempunyai bulu-bulu halus, sedikit berkumis dan suaranya merdu.

Remaja terlena selepas seks dibelasah abang teman wanita

Remaja terlena selepas seks dibelasah abang teman wanita

Seorang remaja lelaki berusia 17 tahun yang terlena selepas dipercayai melakukan hubungan seks dengan pelajar perempuan berusia 14 tahun dalam bilik di rumah teman wanitanya itu, cedera dibelasah abang pasangannya, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 4 pagi di Gugusan Felda Jelai dekat sini, remaja lelaki itu dipukul selepas ditemui tidur lena dalam keadaan bogel dan berpelukan dengan pelajar itu.

Pelajar berkenaan yang ditemani ahli keluarganya, kemudian membuat laporan polis sebelum remaja lelaki itu ditahan, kira-kira jam 8.30 pagi.

Ketua Polis Daerah Tampin, Superintendan Zull Aznam Haron ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu.

Menurut sumber, remaja lelaki terbabit memasuki bilik pelajar berkenaan melalui tingkap yang tidak dikunci, kira-kira jam 12 tengah malam selepas menerima khidmat pesanan ringkas (SMS) berbunyi: "Kalau nak, datanglah seperti biasa ikut tingkap bilik."

Bagaimanapun, abang remaja perempuan itu mengesyaki sesuatu apabila melihat lampu bilik adiknya menyala ketika hendak ke bilik air.

Oleh Jaafar Mulup


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Lelaki Juga Risau Di Ranjang

Kebimbangan Lelaki Ketika Di Ranjang

Jejaka idaman anda kelihatan tampan, bertubuh sempurna dan sukses dalam kariernya. Meskipun nampak sempurna secara zahirnya, namun tahukah anda bahawa kebanyakan lelaki memiliki ketakutan yang mereka sembunyikan. Hmm…pastinya yang berkait rapat dengan seksual.

Ingin tahu apa dia masalah utama dan jalan penyelesaiannya, cuba ikuti saranan berikut:

Masalah 1:
Biasanya mereka cukup takut mengalami impotens (tidak mampu beraksi baik ketika bersama pasangan masing-masing). Jika terjadi juga, ia seolah-olah mencabar kelakian mereka. Bagaimanapun tahukah anda, ia juga boleh berlaku apabila mereka kerap memikirkannya.

Penyelesaiannya:
Jika pasangan anda salah seorang darinya, jangan melulu menuduhnya dengan kata-kata yang mengguris hati. Apatah lagi mencadangkan dia membeli alat bantuan seksual. Sebaliknya dorong dia agar dia lebih positif seyiap kali bersama, supaya dia tidak terlalu memikirkan sama ada dia mampu mempamerkan aksi terbaik atau tidak.

Masalah 2:
Takut tidak dapat memuaskan hati isteri, atas alasan “wanita selalu tidak pernah puas” merupakan hal yang selalu menghantui minda mereka. Walhal ia sama sekali tiada kena mengena dalam hubungan seksual setiap pasangan kerana paling penting, belajar menerima kenyataan bahawa kalian sebenarnya saling memerlukan.

Penyelesaiannya:
Umum mengetahui setiap lelaki menyenangi pujian dari pihak isteri, atas usahanya. Jadi, apapun usaha yang telah dilakukannya untuk anda katakana bahawa anda senang dengannya. Percayalah, pujian dari anda akan membuat dirinya terasa hebat di dunia!

Masalah 3:
Ada lelaki lebih rela berkepala botak dan memiliki perut buncit daripada menerima keluhan pasangannya bahawa ‘Mr Happynya’ berukuran ‘S’. Kononnya juga wanita lebih menyukai yang berukuran ‘XL’. Ini membuatkan mereka obsess ketika bersama.

Penyelesaiannya:
Jika dia memaksa supaya anda memberikan pendapat akan ukuran ‘barang miliknya’, berilah jawapan terbaik namun jangan sampai dia tersinggung pula. Tidak salah jika anda berkata “saya bangga dengan apa yang awak miliki”. Sekurang-kurangnya jawapan anda membuatkan dia percaya dirinya, tidak seperti yang disangka.

Masalah 4:
Ada yang berkata sesungguhnya perkara pertama paling ditakuti ialah ejakulasi diri. Kedua, cinta yang ditolak oleh wanita tercinta. Ia sering terjadi apabila seorang lelaki telah meningkat usianya sehingga menyebabkan dia mula memikirkan hal tidak sewajarnya. Psikologinya akan terus terganggu jika tidak segera diubati.

Penyelesaiannya:
Anda harus memainkan peranan utama dalam perkara ini agar dia, dapat keluar dari masalah yang membelenggu dirinya. Pengertian serta kata-kata perangsang dari anda cukup bermakna agar pulih kembali dari menganggap dirinya taida kemampuan. Membawanya bertemu pakar sakit tuan juga salah satu jalan penyelesaian terbaik. Ini kerana dia tentunya akan diberi penerangan sewajarnya yang dapat membantunya menghadap hari-hari mendatang.

Masalah 5:
Sering fikir apakah hubungan seksual yang dilakukan bersama pasangan adalah normal atau menyimpang dari sepatutnya. Walaupun pasangan tidak pernah merungut dan mengikut saja rentak anda, ia sentiasa mengganggu fikirannya. Terfikir juga untuk menanyakannya kepada pasangan tetapi takut…

Penyelesaiannya:
Jika anda merasakan dia dalam dilema, berterus-terang dengannya dan katakan, dari membuang masa memikir serta membandingkan aksi kalian dengan rakan-rakannya yang lain. Lebih baik merasakan sendiri apakah aktiviti tersebut menyakiti dirinya sendiri. Tidak pun buat anda, pasangan anda.

Kalau memang apa yang dia lakukan ternyata menyenangkan dua pihak, maka normal atau tidak, perlu dibuang jauh agar tidak mengganggu fikirannya. Jalanilah kehidupan bersama yang menyenangkan, tidak gitu?


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seni Ciuman Asmara

Seni Ciuman Dan Gigitan Ala Kamasutera

Hubungan seks memiliki sejuta variasi dan fantasi kenikmatan. Bukan hanya sekadar berpelukan serta teknik bagaimana menggomol pasangan semata-mata , tetapi, proses berciuman dan menggigit pasangan di kala bercinta pun patut dipelajari. Kitab “Shu Ni Cing” dari Tinokok kuno memberi panduan cara bercium dan menggigit pasangan secara mesra dan penuh sensasi.

Ia akan menjadi panduan dalam perjalanan anda menuju berahi dan kenikmatan seksual.

Dalam seni bercinta berciuman adalah salah satu kegiatan antara lelaki dan wanita yang sangat digemari. Berciuman juga merupakan satu fasa dalam pemanasan sebelum hubungan seks.

Berciuman memiliki seni dan caranya sehingga baik bagi lelaki maupun wanita dapat merasakan kenikmatannya. “Shu Ni Cing” membagi cara berciuman dan gigitan menjadi sepuluh bentuk, iaitu lima bentuk ciuman dan lima bentuk gigitan.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Berikut ini kita semak seni berciuman dan gigitan dari kitab “Shu Ni Cing” yang paling memabukkan dan romantis sebagai salah satu seni bercinta.

Ciuman Sensasi

Menurut “Shu Ni Cing” ini adalah teknik menggoda pasangannya sehingga merasa kenikmatan dan kemudian dilanjutkan dengan ciuman yang lebih bergelora. Caranya wajah sang lelaki mendekati ke wajah pasangannya, kemudian sentuh bibir pasangannya dengan bibir atas sambil mendesah penuh godaan. Setelah bibirnya terbuka kerena berghairah kemudian sentuhkan ujung lidah pada bibirnya secara perlahan.

Ciuman Keliling

Maksud dari teknik ciuman ini adalah lidah masuk ke dalam rongga mulut pasangan dan di sana menjelajah ke mana-mana sesuka anda. Mula-mula lidah menelusuri langit-langit mulut dan kemudian berputar bersama lidah pasangan.

Ciuman Singa Menari

Ciuman singa menari adalah mencium seluruh bagian tubuh pasangan dengan sentuhan sentuhan bibir yang romantis. Ciuman ini dimulai dari bibir atas, lalu bibir bawah, leher, belakang telinga, dada perut, daerah antara perut dan kemaluan, selangkangan, kemaluan, betis, paha, dan kaki.

Ciuman Bergema

Teknik ciuman ini dilakukan dengan tambahan suara erangan sehingga menimbulkan nafsu bagi pasangan. Caranya tempelkan bibir pada ujung rahang yang berdekatan dengan telinga, kemudian geserkan bibir menyeberang pada sisi rahang yang lain sambil mengerang. Lalu bibir mendekati telinga kemudian mainkan lidah di atas lubang telinga. Erangan-erangan ini akan membangkitkan ghairahnya.

Ciuman Ikan Cupang Beradu

Ciuman ini melibatkan dua lidah yang bersatu di dalam rongga mulut salah satu pasangan. Baik itu di pasangan lelaki ataupun wanita. Lidah yang beradu di rongga mulut itu bagaikan sepasang ikan cupang di dalam sebuah bejana yang saling beradu. Kedua lidah ini berjalin, saling memutar untuk mendapatkan kepuasan.

Gigitan Batu Giok

Proses gigitan ini tidak perlu melihat sasaran menempelkan giginya. Hanya cukup dekatkan pada bahagian paling menggiurkan pada pasangan anda. Gigitlah dengan lembut disertai kecupan dari bibir untuk menambah rangsangan. Bila pasangan Anda menggeliat berarti dia menikmati gigitan itu.

Gigitan Menusuk

Gigitan ini hanya menggunakan dua gigi yang paling depan. Bibir tidak perlu menempel pada kulit. Agar terasa nikmat gigitan tersebut harus dilakukan secara perlahan-pahan, tidak perlu terburu-buru cara melakukannya, yang penting kualiti gigitannya cukup bagus.

Gigitan Gelap

Bentuk gigitan ini tidak dapat ditunjukkan secara teknik. Terserah pasangan menempatkan gigitan yang dikenal gigitan tanpa makna ini. Yang menarik adalah adanya jilatan lidah oleh si penggigit. Agar lebih merangsang, dan sangat menarik untuk dilakukan pada saat mengalami orgasme.

Gigitan Menghisap

Rabalah bahagian payudara dan bahu, kemudian tempelkan bibir lalu keluarkan gigi Anda untuk melakukan gigitan kecil sambil menghisap. Menurut Kitab “Shu Ni Cing”, gigitan ini akan memberi bekas tanda merah di atas tubuh yang baru digigit(alaa..love bite laaa tu). Gigitan ini sangat baik digunakan bagi pasangan yang nafsunya menggebu-gebu.

Gigitan Angin malam

Menurut “Shu Ni Cing”, gigitan ini sangat serasi dipakai oleh pasangan yang masih berkasih kasihan. Angin malam yang dimaksud adalah proses gigitan yang tidak menyertakan kegiatan seksual. Caranya tidak harus didahului hubungan badan, cukup berciuman lalu gigitlah secara mantap.


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini

Tabiat onani masa muda menghantui bakal suami

Saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Jadi, saya sungguh khuatir jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Untuk pengetahuan doktor, saya sebenarnya suka beronani, lebih-lebih lagi dengan wujudnya telefon mudah alih yang canggih dewasa ini, jadi ia sangat menyenangkan saya untuk menonton rakaman yang saya muat turun.

Sekarang saya sungguh khuatir apabila mengenangkan tarikh kahwin yang semakin hampir kerana saya beronani pun tidak sampai dua minit, jadi ini lagi menambahkan kekusutan saya bagi menghadapi saat bahagia yang akan menjelma tidak lama lagi.

Apa perlu saya lakukan bagi membaiki diri ini dan menghadapi perkahwinan yang bakal menjelma? Tolonglah saya memulihkan semangat dan kekuatan kelakian saya.

-----------------------------

Anda menggunakan teknologi canggih terkini secara negatif, iaitu muat turun klip lucah untuk anda mendera anggota kelamin yang anda sendiri tahu akan melemahkan lagi fungsinya.

Bayangkan keadaan anda bukan hanya akan mengalami masalah cepat klimaks akibat kecuaian itu, malah boleh mengalami mati pucuk (kerosakan tisu lembut dan tisu pengembang zakar) dalam umur yang muda! Bertaubatlah dan jangan sia-siakan kehidupan anda.

Mungkin untuk mengenali fungsi syahwat dan ejakulasi anda mencuba mengurut anggota kelamin dan anda mengenali proses itu yang akan berlaku apabila anda kahwin kelak.

Pengenalan itu mencukupi bagi anda untuk menjinakkan diri dengan pasangan anda dan sama-sama menikmati keseronokan syahwat serta membantu satu sama lain dalam hubungan intim.

Ini yang sepatutnya, tapi untuk anda lain pula cerita, mendera dan membelasah anggota kelamin untuk seronok sendiri dan kemudian khuatir pula dan takut tidak dapat memuaskan pasangan.

Saranan saya kepada anda ialah, hentikan amalan onani dan amalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan lakukan senaman berkala.

Senaman dapat membina tenaga dan stamina, sekali gus secara langsung dapat meningkatkan daya dan tumpuan minda dan dapat meningkatkan keyakinan diri.

Anda akan dapati apabila mula serasi dengan pasangan anda dan dia juga mengalami keadaan sama, ia akan membuatkan anda berdua menghayati keseronokan hubungan intim tanpa batasan.

~ Dr Ismail Thamby


Panduan Seks Untuk Suami

Ego punca suami kecundang di ranjang

Walaupun dikatakan handal dalam permainan seks namun ada kalanya lelaki turut melakukan kesilapan ketika hubungan intim bersama pasangan. Kesalahan yang dilakukan pula kerap kali tidak disedari hingga kadang kala menyinggung perasaan isteri. Kesalahan ini dikatakan lebih banyak dipengaruhi dengan sifat lelaki yang cenderung ego. Oleh itu para suami sangat disarankan membacanya sebagai panduan.

1. Tidak mengatur tempat
Mengatur dan menyediakan tempat yang selesa untuk hubungan intim bukanlah sesuatu yang sukar. Malah ia akan memudahkan proses mencumbu dan merayu pasangan tatkala memulakan hubungan seks. Keselesaan isteri akan memudahkan tugas suami, oleh itu rapikanlah tempat tidur, pasang lampu malam, muzik yang lembut untuk menyenangkan hatinya dan mencipta suasana romantis.

2. Melupakan pemanasan
Pemanasan atau foreplay merupakan bahagian penting sebuah hubungan intim. Ia adalah perkara yang merangsang nafsu seks wanita. Namun begitu ramai lelaki mahupun suami menganggap pemanasan hanya perkara membuang waktu dan seterusnya tergesa-gesa melakukan hubungan intim. Pemanasan ibarat makanan pembuka mulut yang perlu sebelum hidangan utama. Oleh itu lakukan perkara seperti mengusap, mencium, membisikkan ungkapan-ungkapan seksi, selain menyentuh bahagian sensitive isteri. Walaupun dianggap remeh oleh lelaki namun inilah sebenarnya bahagian yang paling disenangi oleh isteri.


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

3. Terlalu cepat
Belajar menahan keinginan di tempat tidur akan membuat pasangan anda semakin terangsang. Wanita seperti yang diketahui memerlukan masa yang lama untuk berghairah, oleh itu janganlah mementingkan diri. Puaskanlah terlebih dahulu keinginan isteri sebelum mengakhiri hubungan intim. Jangan biarkan isteri terbaring dalam keadaan kecewa kerana gelora nafsunya tidak dipenuhi. Percayalah perkara inilah yang membuatkan isteri lebih menyayangi pasangannya.

4 Mengabaikan bahasa tubuh
Wanita sememangnya jarang untuk meluahkan kemahuannya tentang apa yang diinginkan di tempat tidur. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dibaca dengan petunjuk bahasa tubuh. Perhatikan gerakan-gerakan tubuh isteri yang sebenarnya mungkin ingin memberitahu sesuatu kepada pasangannya secara verbal. Perhatikan bagaimana pasangan anda memberi reaksi terhadap sentuhan. Jika anda melihat tubuhnya tegang ketika disentuh, ubahlah cara sentuhan sehingga isteri berasa nyaman dan senang. Sebaliknya jika ia masih belum memberi kesan, inilah waktunya untuk meningkat volume sentuhan.

5 Mempraktikkan gaya yang keterlaluan
Ada lelaki yang mempunyai fantasi yang tinggi dan selalu ingin mencuba gaya baru di tempat tidur. Mereka terus mempraktikkannya tanpa mengambil kira kesediaan isteri, dan inilah kesilapannya. Ada pasangan yang tidak dapat menerima aksi-asi baru terutama yang keterlaluan. Sekiranya suami mahu mencuba sebaiknya perkenalkanlah posisi dan fantasi baru perlahan-lahan. Di mulai dengan merayu secara halus dan lembut sehinggalah isteri memberi persetujuan. Tetapi perhatikanlah juga reaksi isteri dalam mempraktikkan gaya tersebut kerana kemungkinan pasangan tidak menyukainya.

6 Mengabaikan pasangan
Semua wanita akan rasa kecewa bila pasangan mengabaikan dirinya ketika di tempat tidur. Selalunya ia berlaku apabila suami telah mencapai ejakulasi. Sungguhpun kepenatan namun janganlah mengabaikan isteri setelah anda menikmati kepuasan. Perlakukan pasangan seperti sedang bercumbu, peluk dan cium dan genggamlah tangannya. Seharusnya inilah masanya suami menunjukkan rasa cinta dengan setia menyenangkan isteri walaupun sudah merasai kepuasannya.

7 Melupakan bahagian sensitif
Lelaki memang lebih tertarik untuk terus memusatkan perhatian ke alat kelamin wanita ketika hubungan seks sehingga lupa bahawa tubuh wanita dipenuhi dengan bahagianbahagian sensitif yang lain. Sebolehnya ketika bersama isteri, cium bahagian belakang, leher dan dadanya. Usaplah punggung dan kakinya. Lakukan dengan lembut kerana wanita akan merasakan kesan yang luar biasa setiap kali suami melakukannya.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Pengeluaran air mani tanpa rangsangan seksual

Pengeluaran air mani atau air mazi tanpa rangsangan seksual dikenal pasti menjadi masalah kepada ramai lelaki dan pakar perubatan sebelum ini menyifatkannya sebagai masalah kesihatan yang boleh memudaratkan.

Keputusan doktor pakar ketika itu dibuat kerana kepercayaan air mani dijadikan daripada darah dan tulang sumsum.

Oleh itu, pengeluarannya tanpa rangsangan boleh membuatkan lelaki pucat, lemah, mandul dan mati pucuk.

Kepercayaan itu masih berkekalan walaupun perkara ini ditafsirkan pakar terkini sebagai perkara semula jadi dan tidak perlu dibimbangkan.

Pengeluaran air mani tanpa rangsangan seksual juga satu ketika dilabelkan sebagai ‘Spermatorrhea Panic’ atau pengeluaran air mani akibat kegelisahan.

Perkara itu boleh berlaku mengikut keadaan seperti ketika mandi tanpa stimulasi seksual, ketika buang air kecil atau air besar, ketika menukar atau memakai pakaian, ketika menjalani pemeriksaan, ketika bersukan dan juga keletihan fizikal.

Pakar Psikologi, Dr Alfred Kinsey, pernah menterjemahkan ‘Panic Spermatorrhea’ sebagai fenomena semula jadi lelaki muda. Katanya, jika disalah tafsir, perkara itu boleh menjadi tekanan kepada lelaki berkenaan.

Di sesetengah negara seperti Pakistan, India, Bangladesh dan Nepal, pengeluaran air mani tanpa rangsangan seksual dianggap penyakit lemah tenaga batin.

Mereka berpendapat fenomena itu membuatkan mereka lemah dan tidak bertenaga. Fenomena bergelar ‘Sindrom Dhant’ itu masih lagi menular di kalangan lelaki muda dan berusia. Mereka juga masih percaya kemudaratan masalah itu.

Jadi tidak hairan jika masyarakat kita di sini juga terpengaruh dengan fenomena seumpama itu dan menganggapnya sebagai penyakit atau musibah.

Pengeluaran air mani tanpa rangsangan yang berlaku dalam keadaan saya senaraikan tadi sebenarnya memang ada elemen perasaan dan emosi, yang turut mempengaruhi rangsangan badan yang boleh mencetuskan ejakulasi.

Yang penting, seseorang lelaki itu jangan khuatir mengenai perkara seperti itu dan perlu sedar bila dia dalam situasi akan mengeluarkan air mani tanpa rangsangan.

Sebenarnya, mungkin secara tidak sedar seseorang itu mengalami sedikit rangsangan secara tidak langsung, maka berlakulah pengeluaran air mani.

Jangan bimbang kerana ia tidak memerlukan apa-apa rawatan kecuali memberi keterangan dan maklumat mengenai fenomena itu supaya individu yang mengalaminya seperti anda tidak tertekan.

Bagaimanapun, ada ubat yang boleh diberi seperti ubat mengurangkan keresahan supaya minda lega

~ Dr.Ismail Thamby


Paris Hilton trauma video seksnya

Selebriti Paris Hilton mendedahkan dia masih trauma berhubung penyebaran video yang menunjukkan dia dan bekas teman lelakinya, Rick Salomon melakukan hubungan seks, lapor sebuah akhbar semalam.

Bagaimanapun, video seks yang disebarkan oleh Salomon pada 2003 itu membantu melonjakkan populariti Paris di Hollywood dan antarabangsa.

Mengulas mengenainya baru-baru ini, Paris berkata, dia tidak akan memaafkan Salomon kerana mempergunakan dirinya.

"Episod video seks itu amat menyakitkan. Apabila anda menyintai dan mempercayai seseorang tetapi dikhianati, anda akan mengingatinya pada setiap hari," katanya.

Sehingga kini, Paris hanya berdiam diri mengenai skandal itu tetapi dia akan mendedahkan semua kisah dalam dokumentari terbaru terbitan MTV berjudul Paris Not France. - Agensi



Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Punca Seks Hambar Di Ranjang

Selalunya perasaan bosan akan hadir apabila kita melakukan perkara yang sama berulang kali. Ia boleh dirasai dalam pekerjaan, perhubungan malah tak terkecuali dalam aktiviti seks juga. Bayangkan kalau anda dihadapkan dengan lokasi seks yang sama, posisi atau teknik yang tidak berubah atau pun gaya pemanasan yang sama selama hampir 15 tahun, sudah akan timbul perasaan jenuh timbul di hati bukan!

Sebaiknya jangan biarkan perasaan ini muncul dalam aktiviti ranjang anda. Pastikan anda membuat perubahan demi perubahan agar anda dan pasangan berasa teruja untuk melakukan hubungan intim. Dalam pada itu elakkan dari melakukan perkara berikut yang akan membuatkan acara ranjang anda membosankan.

1. Meminta izin
Jangan sekali-kali meminta keizinan daripada pasangan untuk berhubungan intim. Bunyi seperti kelakar tapi memang ada yang melakukan perkara ini. Sebagai suami atau isteri anda seharusnya telah mengetahui mood pasangan dengan hanya memerhati sikapnya. Malah anda boleh melihat keinginan pasangan daripada ekor mata pasangan dan sentuhannya. Bila pasangan menerima dan memberi respons terhadap sentuhan, itu tandanya pasangan telah sedia untuk melakukan yang lebih jauh.

2. Mudah dijangka
Perkara ini akan berlaku dalam perkahwinan yang lebihi usia lima tahun. Perkara-perkara yang dilakukan ketika aktiviti seks sudah dapat dijangka oleh pasangan. Apa yang akan anda lakukan sebelum seks, sentuhan yang bagaimana malah tekniknya sudah diduga oleh pasangan. Jika ini berlaku maka anda memang memerlukan perubahan dalam aktiviti seks anda. Anda perlu lakukan sesuatu yang baru agar hubungan intim kembali segar dan tidak dapat diteka lagi oleh pasangan anda. Berikan sentuhan dan teknik seks yang berbeza, mencari tempat selain ranjang adalah antara perkara yang boleh anda lakukan untuk mencipta kelainan. Dalam hal ini apa yang penting anda perlu buangkan rasa mahu dan takut untuk mencuba sesuatu yang baru.

3. Hubungan intim tanpa kemesraan
Sebahagian besar wanita akan bersetuju bahawa hubungan intim tanpa kemesraan adalah suatu hal yang menjemukan. Tiada seorang isteri pun yang mahu diperlukan sepertiini. Bayangkan sedang anda lena tidur, suami datang ‘menerjah’ tubuh anda. Anda ‘memberi’ dalam keadaan separuh sedar dan separuh rela. Seks seperti ini memang tidak memberi kenikmatan apatah lagi kepuasan sebaliknya mungkin kesakitan. Anda harus tahu walau bagaimana dinginpun pasangan tapi mereka tetap mahukan kepuasan yang disertai dengan keselesaanseperti yang ingin dirasakan oleh seorang lelaki. Jadilah pasangan yang dapat mewujudkan impiannya.

4. Lokasi yang sama
Hubungan intim yang dilakukan hanya di tempat tidur saja pasti membosankan. Tidak undang-undang yang menyatakan bahawa aktiviti ini perlu dilakukan di atas katil saja. Jadi, tidak salah sekiranya anda cuba melakukannya di lokasi-lokasi baru. Gunakan fantasi anda dan tentunya ia mesti bebas dari penglihatan orang lain.

5. Terlalu banyak cakap atau terlalu diam
Keduanya boleh membosankan pasangan. Terlalu banyak berbicara dalam berhubungan intim boleh mematikan mood pasangan malah membuatkan dirinya rimas. Begitu juga kalau terlalu diam, tanpa sepatah kata, pasangan mungkin tidak tahu respons anda. Justeru itu bersuaralah sekadar yang patut tanpa mengganggu aktiviti anda. Selain itu pilihlah kata-kata yang tepat kerana ia juga dapat membantu merangsang pasangan.

6. Tidak mahu mencuba sesuatu yang tidak pernah dialami
Bagi menghindari rasa bosan dalam hubungan seks, kenapa tidak mencuba sesuatu yang belum pernah alami selama ini. Misalnya mewujudkan apa yang menjadi fantasi anda selama ini ataupun menjadikan impianpasangan anda satu realiti.

Seks Dalam Tandas!

Masa : 8.30 Pagi
Tempat : Kelas Tkn 6 Melur
Situasi : Pelajaran Bahasa Melayu. Cikgu Sahab meminta pelajar menghuraikan pendapat dan pandangan masing-masing mengenai tajuk "Kenapa Remaja Melakukan Maksiat Dalam Tandas Awam"

Sharifah Aina Binti Jeffry Anas : pada pendapat saya, remaja yang sanggup melakukan maksiat dalam tandas adalah dari kalangan mereka yang tidak berkemampuan menyewa bilik hotel.

Zakaria Bin Mohammad Khuzairi : Saya tidak bersetuju kerana ada diantara mereka yang datang dari golongan berkemampuan tetapi masih melakukan perkara sedemikian.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Menurut firasat saya, remaja tersebut berada dalam keadaan kelam kabut. Tak sempat cari hotel. Dan sebab utama yang lain, mereka buta tentang agama.

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Saya tidak bersetuju bahawa pelajar tersebut buta tentang agama.

Khairil Osman Bin Abd. Rahman : Kenapa pulak? bukankah umat yang melakukan maksiat sebegini sebenarnya tidak tahu atau tidak menghayati pendidikan agama?

Cikgu Sahab : ( bertanya kepada Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan) Mengapa kamu tidak bersetuju dengan pendapat Khairil Osman Bin Abd. Rahman?

Sofri Sufian Bin Ahmad Azlan : Sebenarnya mereka amat arif dengan agama. Sebab mereka tahu yang malaikat TIDAK akan masuk tandas. Oleh itu, jika mereka melakukan maksiat dalam tandas, malaikat tidak dapat menulis amalan buruk yang mereka lakukan.

Cikgu Sahab : ?!!



Kisah Malam Pengantin

Seorang lelaki bernama Baskon yang baru saja menjalani malam pertama bersama isterinya, menceritakan tentang kemuskilannya kepada seorang kawan, Abon.

"Wah, gila juga! Ternyata memang benar," ujar Baskon. "Kebiasaan yang sering kita lakukan ketika masih bujang, boleh berulang pada malam pengantin."

"Sebenarnya apa yang berlaku semalam?" si Abon ingin tahu.

"Begini. Kau kan tau kalau sewaktu bujang aku suka melanggan perempuan."

"Ho oh."

"Nah, terus malam pengantin semalam, setelah selesai melakukan hubungan, tanpa sengaja aku memberikan wang RM 100 pada isteri aku."

"Wah, gila kau!" Abon terperanjat. "Bagaimana? Isteri kau marah?"

"Itulah masalahnya," Baskon menjawap. "Dia malah memberikan pulangan wang RM 25 kat aku!"


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini

Pengalaman Pertama Seorang Gadis

Sebaik sahaja anda baring, anda mula merasakan otot-otot anda mula menegang. Anda cuba mengelak dengan cuba memberi alasan, tetapi dia enggan menerima alasan anda bahkan semakin merapati anda. Dia bertanyakan adakah anda takut. Tetapi anda dengan berani menggelengkan kepala. Jari-jemarinya mula meneroka untuk mencari apa yang dihajati. Dan kali pertama jarinya menyentuh tempat yang betul. Semakin dalam dia menusuk semakin kuat anda mengerang.

Tetapi dia masih dengan sikapnya dan melakukannya dengan selembut yang boleh sebagaimana yang telah dia janjikan. Dia merenung jauh ke dalam mata anda dan mahu anda percayakannya. Ini bukanlah kali pertama bagi dirinya.

Dia terus tersenyum dan anda mamberi lebih ruang masuk kepadanya. Anda mula merayu agar dia mempercepatkannya. Tetapi dia masih lagi melakukannya dengan perlahan agar anda merasakan kesakitan yang paling minimum. Semakin dalam tusukkannya semakin anda merasakan tisu-tisu anda koyak. Kesakitan makin terasa diikuti dengan sedikit darah mengalir. Dia merenung kepada anda dan bertanyakan adakah ianya menyakitkan?. Mata anda digenangi dengan airmata tetapi anda menggelengkan kepala dan mahu dia terus melakukannya. Dia meneruskan dengan apa yang patut dilakukan. 


Terus keluar masuk. Tetapi anda sudah mula merasa kebas dan tidak lagi merasakan apa-apa. Beberapa ketika kemudian anda merasakan sesuatu memancut dan dia mengeluarkannya dari anda. Anda terbaring dengan wajah yang pucat. Dia menghamparkan sekuntum senyuman kepada anda dan mengatakan anda adalah antara yang terdegil tetapi telah memberinya banyak pengalaman. Anda hanya tersenyum tawar dan juga inilah pengalaman pertama anda. Dengan senyuman yang tawar andapun mengucapkan terima kasih kepada doktor kerana mencabut gigi anda.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini

 

Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rahsia Seks Hebat
Seks Hebat. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seks Di Pejabat

Hari pertama Chot kerja jadi Pak Guard, dia dapat tangkap 2 orang staf sebab melakukan sex di dalam pejabat.

Chot: Aha! Ini dah menyalahi undang-undang syarikat!

Lelaki: Undang-undang apa?

Chot: Tak pakai uniform!


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

2 jam tapi tiada kemuncak

Saya keguguran pada April lalu. Selepas sebulan mengalami keguguran, saya dan suami tidak mengadakan hubungan seks sehingga sebulan kemudiannya.

Sejak itu, saya mengalami perubahan yang ketara pada diri saya apabila mengalami kesukaran untuk mencapai klimaks ketika mengadakan hubungan seks dengan suami sehinggakan kami mengambil masa sehingga sejam atau lebih. Pernah juga ia berlangsung hampir dua jam.

Bagi suami saya, dia tiada masalah apabila hubungan seks kami berlangsung sehingga dua jam kerana dia amat menikmatinya, tetapi hubungan seks kami sering berakhir tanpa saya mencapai klimaks.

Saya pula sering membohongi suami dengan mengatakan saya sudah mencapai klimaks kerana malu untuk mengakuinya.

Adakah saya dikategorikan sebagai tidak normal atau bermasalah kerana tidak mencapai klimaks setiap kali mengadakan hubungan seks?

Bagaimana cara untuk saya mengatasi masalah ini supaya kembali normal? Adakah saya tidak berpeluang untuk hamil kerana saya tidak mencapai klimaks atau dengan erti kata lain, adakah telur tidak dapat disenyawakan?

ZILA,
Kuala Lumpur

ANDA mempunyai dua masalah yang tidak berkaitan, tetapi penting.

Untuk membuahkan kehamilan, ia tidak memerlukan seseorang wanita untuk mencapai klimaks.

Asalkan anda mengalami ovulasi telur yang kemudian dibawa masuk ke dalam tiub falopio yang berfungsi elok, telur ini dapat disenyawakan oleh sperma suami anda jika komposisi air maninya normal.

Setelah persenyawaan ini berlaku, embrio yang terbentuk kemudian akan sampai ke dalam ruang rahim untuk mengalami implantasi, ini dinamakan kehamilan.

Klimaks lelaki perlu untuk pancutan air mani yang mengandungi berjuta-juta sperma ke dalam faraj. Klimaks wanita pula tidak mengawal ovulasi. Itulah sebabnya wanita berisiko hamil jika dirogol pada sekitar waktu suburnya.

nda mungkin masih belum pulih sepenuhnya daripada keguguran lalu. Bukan mudah untuk mengatasi trauma selepas keguguran.

Memandangkan anda pernah mengalami klimaks dahulunya (tidak seperti segolongan wanita lain yang tidak pernah mengalami klimaks), sepatutnya anda juga tidak mempunyai masalah untuk klimaks seperti dahulu.

Mungkin ada masalah yang masih menghantui fikiran anda. Tidak perlu anda berbohong dengan suami, ia hanya akan menambah tekanan perasaan anda saja.

Suami juga mungkin akan berkecil hati kelak, bukankah masalah ini sepatutnya dikongsi bersama?

Bayangkan jika suami pula yang berbohong. Jika perlu, berjumpalah pakar sakit puan atau pakar psikiatri untuk nasihat profesional.

Dr. Adilah Ahmat

Perempuan simpanan nekad

Berang kerana kemahuan tidak dipenuhi, seorang wanita dipercayai perempuan simpanan seorang ahli perniagaan mengancam terjun dari tingkat dua sebuah rumah teres di Kuchai Lama di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, wanita warga China berusia 27 tahun itu dilihat cuba melompat keluar dari koridor hadapan rumah teres berkenaan.

Sumber polis berkata, gelagatnya yang berdiri dan cuba melompat keluar dari tingkat atas rumah berkenaan menimbulkan kebimbangan orang ramai sebelum menghubungi polis serta bomba.

Bagaimanapun, katanya, anggota polis dan bomba sukar memujuk wanita itu kerana dia tidak boleh bertutur Bahasa Melayu, Inggeris atau Kantonis.

“Wanita itu hanya boleh bertutur loghat suku kaum di pedalaman China yang sukar difahami warga tempatan.

“Akibatnya, usaha pihak berkuasa memujuknya menghadapi kesukaran akibat masalah komunikasi,” katanya.

Menurutnya, wanita terbabit yang memakai kemeja-T dan jeans dilihat menangis sambil membebel dalam bahasa yang sukar difahami walaupun masyarakat Cina tempatan.

“Wanita terbabit yang agak jelita beberapa kali cuba terjun, namun teragak-agak meneruskan niatnya mungkin kerana keliru.

“Berikutan itu, pihak penyelamat mengambil masa hampir dua jam untuk memujuknya sehingga keadaan menjadi kritikal apabila usaha itu menemui jalan buntu,” katanya.

Berdasarkan perbualan dengan beberapa penduduk, mangsa mengugut mahu membunuh diri selepas teman lelakinya enggan memberikan wang seperti diminta.

Katanya, anggota polis dan bomba yang tiada pilihan lain kemudian menggunakan taktik menyusup dan cuba menghampirinya yang ketika itu masih berdiri di balkoni.

“Kesempatan ketika mangsa terleka digunakan sebaik mungkin anggota bomba dan polis untuk menangkap sebelum menariknya dari koridor berkenaan.

“Wanita itu bagaimanapun terus meronta-ronta sebelum ditenangkan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL),” katanya.

Menurutnya, polis menyiasat pemilik rumah berkenaan dan rakan wanita itu.


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Pelajar Perempuan Bergaduh Mafia Betina


Tiga pelajar perempuan tingkatan satu layak digelar ‘mafia betina’ ketika membelasah dan mendera dua rakan sebaya, baru-baru ini.

Ini kerana mangsa bukan setakat ditampar dan diterajang, malah dipaksa bergusti sesama sendiri. Lebih mengejutkan, penderaan itu dilakukan di dalam surau di luar sekolah!

Tidak cukup dengan itu, aksi kejam kira-kira 30 minit itu dirakam dan diedarkan di kalangan rakan sebelum dimuat turun ke dalam Internet melalui laman You Tube menyebabkan kedua-dua mangsa kini malu dan trauma untuk berhadapan dengan pelajar lain di sekolah.

Difahamkan, kejadian bermotifkan dendam kira-kira jam 2.30 petang itu bermula apabila seorang mangsa, Azani Jusharmiela Mohd Jaafar, 13, yang belajar di sebuah sekolah menengah di Dungun, dijemput tiga pelajar terbabit dari rumahnya sebelum membonceng motosikal ke sebuah surau kira-kira empat kilometer dari situ.

Sejurus tiba, dia melihat seorang lagi rakannya yang juga pelajar sebuah sekolah di Kerteh berada di situ.

“Sebaik memasuki surau, saya dan rakan ditampar dan dihentak ke pintu menyebabkan kepala saya benjol.

Katanya, selepas ketiga-tiga pelajar perempuan samseng itu puas membelasah, dia dipaksa bergusti dengan rakannya sambil aksi mereka dirakam menggunakan telefon bimbit.

Bimbang terus dibelasah, kedua-dua mangsa terpaksa mengikut ‘skrip’ arahan tiga ‘mafia betina’ terbabit.

“Kami terpaksa bergusti sesama sendiri dan mengikut semua arahan mereka bagi mengelak terus dibelasah. Mereka juga mengugut kami supaya tidak beritahu guru dan ibu bapa.

“Selepas tiga hari kejadian, saya bertemu tiga pelajar samseng terbabit di sekolah dan hanya mendiamkan diri apabila bersua muka.

“Sebelum itu, kami tak tahu rakaman itu disebarkan dalam You Tube sehinggalah saya melihatnya sendiri sebaik mendapat maklumat daripada seorang rakan,” katanya di sini, semalam.

Azani Jusharmiela berkata, dia yang trauma beberapa minggu selepas kejadian, kemudian mengadu kepada seorang kakaknya kerana tidak tahan dengan sikap tiga mafia betina terbabit yang berbangga dengan perbuatan mereka.

Kakaknya, Azani Juhaiza Mohd Jaafar, 23, yang bekerja di ibu negara berkata, dia terperanjat dan marah dengan tindakan tiga pelajar perempuan terbabit yang mengaibkan adiknya di Internet.

Katanya, dia hanya mengetahui perbuatan itu ketika pulang ke rumahnya di Kampung Felda Kerteh untuk bercuti dan naik darah sebaik diceritakan adiknya.

“Sesiapa pun pasti berang dengan perbuatan kurang ajar itu dan tindakan pihak sekolah saja tidak cukup untuk menghukum mereka.

“Mereka baru berusia 13 tahun tapi berani melakukan jenayah seperti ini. Jika besar nanti saya tak tahulah macam mana kejamnya lagi mereka.

“Jika saya sendiri membalas perbuatan mereka, kes ini akan mungkin jadi lebih panjang, oleh itu biarlah pihak polis saja menyelesaikannya,” katanya selepas membuat laporan kes itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu, kira-kira 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, adiknya kini malu bersemuka dengan rakan selepas tersebar rakaman itu di Internet dan menjadi pendiam serta jarang keluar rumah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, mengesahkan kejadian itu dan berkata kes berkenaan akan dipindahkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut.


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Ujian kesuburan

Sejak kecil saya tidak pernah melakukan onani. Masalahnya sekarang, saya mahu melakukan ujian kesuburan sebab saya belum mendapat anak walaupun sudah tiga tahun berkahwin.

Saya tidak dapat mengeluarkan air mani secara onani dan menyebabkan saya sukar melakukan ujian kesuburan. Saya pernah cuba guna gel yang doktor berikan untuk memudahkan onani, tapi masih tidak berjaya.

Saya juga melakukan onani dengan bantuan tangan isteri, namun tidak berjaya. Bagaimanakah cara atau adakah langkah lain untuk membuat ujian berkenaan?

DIN
Changkat Jering, Perak

----------------



Tindakan anda dan pasangan anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan dan ujian kesuburan memang tepat malah Perbadanan Kesihatan Sedunia menggalakkan pasangan berjumpa doktor jika mereka sudah cuba sekurang-kurangnya setahun untuk mendapat anak.

Pemeriksaan awal membabitkan ujian air mani untuk suami dan kepastian ovulasi atau kemampuan menghasilkan telur untuk wanita.

Jadi ujian air mani itu mustahak untuk lelaki. Sampel air mani dikeluarkan melalui ‘masturbation’ atau merangsang zakar dengan tangan.

Jika anda tidak dapat mengeluarkan sampel air mani anda untuk dibuat ujian kerana tidak biasa menggunakan tangan untuk mengeluarkannya, itu tidak mengapa kerana anda boleh menggunakan kondom plastik atau kondom silikon untuk mengumpul air mani melalui persetubuhan dengan pasangan.

Kondom biasa mengandungi bahan yang membunuh sperma, jadi ia tidak sesuai digunakan.

Anda boleh juga memberi sampel air mani dengan cukup melalui kaedah al-Azal iaitu bersetubuh dengan pasangan dan ketika air mani hampir terkeluar, zakar dicabut keluar dan ejakulasi dilakukan di luar tubuh isteri dan seboleh-bolehnya dipancut ke dalam bekas yang disediakan.

~ Dr Ismail Thamby


Lelaki & masalah seks

Ego serta malu berterus-terang mengenai isu 'dalam seluar' menjadi punca segelintir lelaki memilih jalan sendiri mengatasi masalah sakit tuan atau konflik dalam hubungan kelamin.

Bagi lelaki yang tidak berfikir panjang, jalan penyelesaian mudah tentunya tonik, ubat kuat dan peralatan khusus di pasaran - yang kononnya mampu meningkatkan prestasi lelaki di ranjang.

Selain itu, ada juga lelaki tidak tahu pada siapa atau institusi mana yang boleh dikunjungi untuk berbicara soal seks termasuk bertanya perihal sakit tuan dan hubungan kelamin.

Jika adapun hasrat menemui doktor di hospital kerajaan, niat terbantut apabila memikirkan perlu berdepan ramai orang - daripada jururawat, pesakit dan orang awam yang memenuhi ruang menunggu tanpa mengira waktu.

Atas kesedaran ini, Unit Urologi, Jabatan Surgeri, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di bawah ketuanya iaitu Perunding Urologi, Prof Dr Zulkifli Md Zainuddin menubuhkan Klinik Kesihatan Lelaki di pusat perubatan itu.
PROF Dr Zulkifli Md Zainuddin sedang memberi penerangan kepada pesakitnya.

Beroperasi sejak 2005, Klinik Kesihatan Lelaki mendapat sambutan menggalakkan dari kaum lelaki seluruh negara. Malah, wanita tidak ketinggalan berkunjung ke klinik ini untuk berkongsi masalah yang dihadapi bersama suami. Ada wanita datang berteman, tidak kurang juga datang bersendirian kerana suami malu berkongsi cerita dalam kelambu.

Bersama Kolum Tanya Pakar, ikuti temu bual bersama perunding kesihatan jejaka XY - Ikon Lelaki, Dr Zulkifli mengenai Klinik Kesihatan Lelaki Pusat Perubatan UKM serta pelbagai isu membabitkan kesihatan pemilik kromosom XY ini.

Boleh Dr Zulkifli ceritakan sejarah penubuhan Klinik Kesihatan Lelaki dan faktor mendorong pentadbiran Pusat Perubatan UKM menyediakan kemudahan khusus seumpama ini untuk lelaki?

Klinik ini dibuka pada 2005. Pada mulanya, kita melihat lelaki di Malaysia tidak tahu di mana tempat mereka boleh mengemukakan kemusykilan atau sebarang pertanyaan mengenai seks dan sakit tuan.

Malah, hingga hari ini kita lihat masih ada lelaki tidak tahu pada siapa atau tempat mana harus dituju untuk mereka berkongsi masalah kesihatan lelaki. Disebabkan itulah, klinik khusus untuk lelaki ini dibuka sejak empat tahun lalu.

Apakah klinik khusus untuk lelaki ini yang pertama seumpamanya dibuka di hospital kerajaan di Malaysia? Apa keistimewaan klinik ini?

Saya fikir ini antara klinik terawal yang dibangunkan khusus untuk lelaki dan menawarkan perkhidmatan serta rawatan mengatasi sakit tuan atau sebarang isu yang membabitkan soal kelakian dan hubungan kelamin.

Apa yang membezakan klinik ini daripada kemudahan lain ialah kita menawarkan privasi 100 peratus kepada pesakit. Kita juga didatangi wanita atau isteri yang mahu berkongsi masalah dihadapi pasangannya atau suami.

Bagaimana pesakit dilayan di klinik ini?

Kita sediakan khidmat dan rawatan secara eksklusif dan privasi di klinik ini. Dalam hal ini, pesakit tidak perlu mendapat surat rujukan dari klinik am sebaliknya mereka hanya perlu menghubungi klinik dan tetapkan tarikh temu janji dengan doktor pakar.

Jadi, apa yang mereka perlu lakukan hanyalah menelefon dan tentukan tarikh temu janji. Ini menjimatkan banyak masa selain pesakit tidak perlu bertemu ramai orang atau menunggu terlalu lama di ruang menanti.

Klinik ini memang dibuka dalam persekitaran kondusif tanpa gangguan... Anda tidak akan melihat jururawat berkeliaran di sana-sini. Doktor juga melayan pesakit dengan baik dan bersikap terbuka. Apa yang penting, kita perlu raih kepercayaan dan keyakinan pesakit. Kita juga tidak mengehadkan tempoh setiap sesi rundingan dan rawatan.

Untuk makluman, klinik ini dibuka setiap Selasa mulai jam 2.30 petang hingga 5 petang. Klinik ini mempunyai tiga doktor pakar dan empat pegawai perubatan selain saya sendiri yang bertindak sebagai pakar perunding.

Bagaimana sambutan orang ramai terutama kaum lelaki terhadap klinik ini?

Cukup menggalakkan... Selain lelaki, ada juga kaum ibu yang menghubungi klinik dan membuat temu janji. Tetapi mereka datang bersendirian, bukan ditemani suami. Tetapi kita minta mereka datang bersama suami kerana klinik ini adalah klinik lelaki dan merekalah yang akan diperiksa.

Kita galakkan pasangan suami isteri datang bersama kerana dalam memberi rawatan, maklum balas kedua-dua pihak amat penting dalam menentukan kaedah rawatan yang diberi berkesan.

Jadi lebih ramai pesakit datang bersendirian di klinik ini walaupun sebenarnya ia membabitkan masalah mereka berdua atau pasangan?

Kita perhatikan, hampir 95 peratus pesakit yang mahu mendapatkan nasihat dan rawatan di klinik ini datang bersendirian. Kita galakkan mereka datang bersama pasangan.

Kita perhatikan ada lelaki tidak mahu berkongsi masalah atau isu yang dihadapi dengan isteri. Ada juga lelaki enggan beritahu isteri soal rawatan yang sedang diterima. Sedangkan maklum balas atau pandangan dari isteri penting dalam memastikan rawatan berkesan.

Lazimnya apa yang dimaklumkan kepada kepada pesakit yang datang bersendirian?

Apabila individu datang mendapatkan nasihat termasuk mereka yang tampil bagi pihak suami, sudah tentu kita mendengar masalah yang dihadapinya dari sebelah pihak.

Tetapi untuk temu janji susulan atau seterusnya, kita mahu mereka datang berdua iaitu bersama suami atau pasangan masing-masing untuk memastikan rawatan diberi berkesan.

Ini kerana kita mahu melihat bagaimana respons isteri atau maklum balas isteri terhadap rawatan... Ini kerana ada kes di mana isteri tidak suka dengan rawatan diberi. Ini boleh membawa kepada masalah atau salah faham antara mereka.

Mengikut pemerhatian doktor, apa punca sebenarnya suami tidak mahu datang ditemani isteri bagi mendapatkan rawatan?

Mengikut pemerhatian saya, ada lelaki malu dan tidak mahu isteri tahu masalah dihadapinya. Baginya, ini mungkin soal ego. Segelintir lelaki cenderung tidak berkongsi masalah yang dihadapi dengan sesiapa, lebih-lebih lagi masalah sulit seperti sakit tuan dan kelakian diri.

Namun, ada juga lelaki yang tampil ke klinik ini kerana didesak oleh isteri. Lelaki sebegini selalu menerima teguran dan rungutan daripada isteri hingga mendorong beliau mencari jalan mengatasi masalah bilik tidur yang dihadapi mereka.

Kelompok usia lelaki bagaimanakah yang sering datang ke klinik ini untuk mendapatkan nasihat mengenai sakit tuan?

Pelbagai peringkat usia... Daripada remaja belasan tahun hingga warga tua atau emas yang melewati usia 88 tahun. Pesakit ini datang atas pelbagai masalah dihadapi.

Ada juga pasangan melewati usia 60-an datang dan berkongsi masalah. Golongan seperti ini saya lihat berfikiran terbuka dan tidak malu berkongsi masalah kerana menyedari ia untuk kepentingan dan kepuasan diri sendiri.

Ada juga warga tua yang datang untuk memeriksa tahap kemampuan diri kerana berhasrat mendirikan rumah tangga sekali lagi.

Boleh doktor jelaskan jenis masalah sakit tuan yang sering dikemukakan kumpulan usia muda?

Bagi pesakit usia muda iaitu dalam lingkungan belasan tahun hingga 20-an, perkara yang sering dibangkitkan ialah soal prestasi ketika melakukan hubungan seks dan soal kebimbangan atau anxiety melakukannya.

Dalam kelompok usia begini, kita juga menerima pesakit yang menghadapi masalah psychogenic sexual disorder, erektil disfungsi (ED), tekanan, kebimbangan ketika melakukan hubungan seks dan masalah gaya hidup seperti ketagih alkohol yang boleh memberi kesan dalam hubungan bilik tidur.

Secara purata, 90 peratus daripada pesakit yang datang mendapatkan rawatan di klinik ini menghadapi masalah ED. Manakala selebihnya termasuk lima peratus membabitkan masalah pancutan pra matang serta isu-isu lain.

Nampaknya masalah ED paling banyak dikemukakan pesakit anda?

Ya... Masalah ED ini berkait rapat dengan pelbagai faktor termasuk gaya hidup. Perlu saya tekankan, rundingan dan rawatan terhadap ED ini membolehkan pesakit mendapat tahu status kesihatan dirinya.

Ini kerana kita juga akan menyemak kadar kolesterol atau memeriksa sama ada pesakit menghidap kencing manis atau masalah jantung. Andai kita mengesan pesakit menghadapi masalah selain ED atau isu sakit tuan lain, kita akan merujuk pesakit terbabit kepada pakar berkenaan.

Komen doktor terhadap kecenderungan lelaki mendapatkan ubat tepi jalan atau gajet tertentu yang dikatakan dapat mengembalikan kelakian atau menjamin hubungan bilik tidur yang hangat?

Pertamanya, cetek pengetahuan dan lambakan ubat, tonik dan perkakasan yang dikatakan boleh mengembalikan kejantanan menjadi punca ramai lelaki terdorong ‘mengubat’ sendiri masalah sakit tuan.

Bagi segelintir lelaki, soal seks hanyalah soal penetrasi dan persoalan tertumpu pada hakikat apakah mereka mampu melakukan penetrasi hebat. Lelaki begini tidak melihat seks dari aspek keseluruhan atau merasa enjoy dengan seks dalam erti kata sebenarnya.

Apabila mereka tidak mencapai kenikmatan, lelaki seperti ini cenderung meninjau produk di pasaran termasuk yang dijual di tepi jalan. Ubat seperti ini tidak sepatutnya diambil kerana kita tidak tahu kandungannya. Kadang-kadang ubat seperti ini mengandungi sedikit streroid dan bahan toksid yang boleh memudaratkan badan. Ini pasti memberi kesan kepada buah pinggang dan hati.

Ada juga lelaki cenderung mendapatkan rawatan batin melalui urutan zakar. Kita pernah melihat bagaimana amalan ini mendatangkan komplikasi apabila ia membengkak akibat kesan urutan salah.

Dalam hal ini, lebih baik bagi lelaki mendapatkan rawatan moden yang terbukti selamat dan berkesan.

Bagaimana pula tabiat segelintir lelaki menambah gelang atau ketulan seperti bebola atau ball bearing dalam zakar untuk menambah keseronokan?

Banyak ditemui kes di mana proses memasukkan alat ini pada zakar tidak dilakukan secara bersih atau bebas kuman. Akibatnya, berlaku infeksi atau jangkitan kuman pada zakar hingga perlu menjalani pembedahan untuk membuang alat yang dimasukkan tadi.

Seperkara lagi, ada lelaki begitu obses mendapatkan zakar panjang hingga berlaku komplikasi apabila silikon berlebihan dimasukkan hingga zakar membesar hingga hilang bentuk atau distorted.

Boleh doktor berkongsi kes pelik yang pernah dirujuk kepada anda?

Saya pernah menemui pesakit yang lebih puas melakukan onani dalam keadaan kering berbanding melakukan hubungan seks bersama isteri. Ada juga pesakit mengaku tertekan kerana mempunyai keinginan kuat melakukan seks bersama anak perempuan sendiri.

Selain itu, ada juga kes botol kaca tersumbat pada batang zakar dan zakar luka akibat digigit biawak. Semua ini dirawat dan bagi kes membabitkan psikologi dan orientasi luar tabii termasuk hubungan sesama jenis misalnya, kita rujuk pesakit kepada pakar psikitari.

Nasihat doktor kepada kaum lelaki mengenai penjagaan kesihatan dan seks?

Saya fikir kaum lelaki perlu mula menjaga kesihatan diri dari peringkat awal... Ini saya lihat semakin ramai kaum lelaki sudah mula mengambil berat soal kesihatan dan penjagaan diri.

Selain itu, ada banyak pusat atau kemudahan seperti klinik kesihatan ini yang boleh dituju jika kaum lelaki menghadapi masalah. Seperkara lagi, usah percaya kepada ubat yang dijual di tepi jalan, anda hanya membuang duit. Lebih baik bertemu pakar jika menghadapi sebarang masalah.

Kaum lelaki juga perlu memilih gaya hidup sihat, lakukan senaman dan jadilah pasangan seks yang hebat. Seks bukanlah soal penetrasi semata-mata sebaliknya lelaki juga perlu percaya kepuasan pasangan penting untuk memperoleh seks seimbang.

INFO: Klik kesihatan lelaki


Klinik Kesihatan Lelaki Pusat Perubatan UKM di Jalan Yaacob Latiff, Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur dibuka setiap Selasa mulai jam 2.30 petang hingga 5 petang. Hubungi 03-91455555 sambungan 7067 untuk temu janji.


Oleh Shamshul Azree Samshir




Goda, bogel, seluk saku

Hampir terbeliak mata seorang pemandu teksi apabila seorang penumpang wanita yang dibawa tiba-tiba menawarkan hubungan seks sebelum sengaja mahu berbogel sambil menggoda dan meraba tubuh pemandu teksi berkenaan.

Wanita berusia lewat 40-an itu tanpa segan silu memujuk pemandu teksi melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan sudah lama kegersangan.

Bagaimanapun, aksi melampau itu hanyalah sebahagian daripada taktik jahatnya untuk menggoda pemandu teksi terbabit sebelum menyeluk saku pemandu terbabit tanpa disedari.

Difahamkan, wanita itu yang bijak berlakon masih bergiat aktif melakukan babak drama `panas’ berkenaan sejak sekian lama dengan menjadikan pemandu teksi sekitar Lembah Klang sebagai sasaran.

Seorang daripada mangsa, Kamaruddin Mohd Ali, 59, berkata, kejadian mencemaskan itu dialaminya Jumaat lalu ketika dia baru selesai menunaikan solat Jumaat dan menyambung tugas untuk mencari penumpang di sekitar ibu kota.

Dia yang sudah memandu teksi sejak lima tahun lalu mendakwa ditahan seorang wanita berusia lewat 40-an berhampiran Bukit Bintang sebelum diminta dihantar ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar.

“Saya langsung tidak mengesyaki apa-apa sebelum wanita berpakaian seksi itu membuka pintu teksi dan duduk di sebelah saya.

“Bagaimanapun hati saya mula berdebar apabila tangan wanita terbabit tiba-tiba merayap sebelum menyentuh paha saya. Saya yang terkejut dengan perbuatan itu cuba mengelak dengan mengalihkan kaki.

“Gelagat liar wanita terbabit semakin melampau apabila jarinya mula beralih hingga menyentuh bahagian sulit saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang berang dengan perbuatan wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang dimahukan wanita itu.

“Tanpa segan silu, wanita berambut paras bahu itu memberitahu dia sudah lama tidak melakukan hubungan seks dan rindukan nikmat bersama lelaki.

“Wanita itu yang memberitahu kemaruk untuk disetubuhi beraksi lebih ‘panas’ sebaik teksi yang saya pandu tiba di hadapan sebuah pasar raya di Brickfields, di sini,” katanya.

Kamaruddin berkata, wanita itu tanpa segan silu sengaja membuka butang baju dipakainya satu persatu hingga menampakkan payu daranya.

“Saya yang bersikap acuh tak acuh dengan tindakan wanita itu cuba sedaya upaya memandu teksi dengan laju untuk segera sampai ke destinasi yang ingin dituju wanita itu.

“Bagaimanapun, wanita itu seolah-olah tidak berputus asa memaksa saya memegang dan menyentuh payu daranya,” katanya.

Menurutnya, dia yang tidak tahan dengan gelagat lucah wanita itu nekad memberhentikan teksinya di bahu jalan tidak jauh dari Stesen LRT berkenaan.

“Saya mengarahkan wanita itu keluar dari kenderaan saya namun dia terus menunjukkan pelbagai aksi menggoda sambil merengek manja kepada saya.

“Malah wanita itu terus membuka bajunya hingga bogel sebelum menerpa dan memeluk saya. Saya cuba menolak tubuh wanita itu yang bertindak lebih ganas meraba badan saya,” katanya.

Namun selepas bergelut beberapa minit, dia akhirnya meleraikan pautan wanita itu sebelum menghalaunya keluar.

“Wanita itu tanpa wajah bersalah keluar dari teksi sambil membetulkan baju dipakai. Sebelum beredar pergi dan sempat berpesan menghubunginya jika berhajat untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tanpa memandangnya terus memecut teksi dari kawasan itu. Namun kira-kira 10 minit kemudian, hati saya mula rasa curiga sebelum memeriksa dompet dalam poket seluar saya,” katanya.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sri Ayu Kartikawati Amri


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Paris Hilton Dedah Gambar Bogel

Selebriti Paris Hilton membuka rahsia kepada wartawan apabila dia menunjukkan gambar bogelnya bersama seekor anjing peliharaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dilakukan ketika dia ditemu ramah oleh wartawan majalah dalam talian iaitu Access Hollywood.

Paris mengundang wartawan majalah itu untuk melawat rumah mewahnya di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS).

Pelakon siri realiti The Simple Life itu turut memberikan penerangan berhubung beberapa koleksinya seperti lampu gantung dan gambar ikon pelakon seksi, Marilyn Monroe.

Dalam satu gambar, Paris memeluk satu patung kucing.

Satu lagi gambar menunjukkan dia berada dalam kenderaan Hummer bersama anjing kesayangannya, Chihuahua Tinkerbell dalam keadaan bogel.

Paris semakin mendapat perhatian setelah dia dirakamkan menghabiskan masa bersama bekas pemain kelab bola sepak Manchester United (MU), Christiano Ronaldo baru-baru ini. - Agensi


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular