Salah Posisi Hubungan Intim Boleh Akibatkan Kecederaan Penis

Salah Posisi Hubungan Intim Boleh Akibatkan Kecederaan Penis

Jika selama ini saat ereksi zakar melambangkan kejantanan seorang lelaki, bagaimana pula reaksi anda apabila zakar anda hilang fungsinya? Mungkin tidak ramai lelaki yang menyedari bahawa zakar boleh patah ketika sedang melakukan hubungan intim dengan pasangan.

Hakikatnya, walaupun trauma yang dikenali sebagai fraktur penis ini jarang dibincangkan, ia perlu diberi perhatian sekiranya ia berlaku kepada anda.

Bagaimana fraktur penis boleh terjadi? Walaupun zakar tidak mempunyai tulang, namun ia boleh patah disebabkan insiden tertentu. Lazimnya kecederaan yang mengerikan ini berlaku akibat posisi hubungan seksual.

Fraktur penis terjadi kerana ada tekanan traumatik pada corpus cavernousum, iaitu lapisan silinder zakar. Corpus cavernousum mengandungi jaringan ereksi yang mengandungi darah ketika berlakunya ereksi. Apabila tekanan traumatik ini berlaku ketika zakar sedang ereksi, satu bunyi sentakan atau retakan akan kedengaran.

Keadaan ini menyebabkan zakar berubah menjadi hitam dan kebiruan. Ia disertai dengan rasa sakit yang terlampau dan bengkak. Ada kalanya berlaku pendarahan yang keluar melalui saluran kencing dan ini menandakan kecederaan tersebut serius. Fraktur penis atau zakar patah ini bagaimanapun usah gusar kerana keadaan ini jarang berlaku.

Masalah zakar patah berlaku disebabkan zakar tertusuk tulang tundun atau perineum pasangan sewaktu melakukan hubungan intim. Hasil kajian yang dilakukan mendapati penyebab fraktur penis paling banyak berlaku adalah kerana kecuaian sewaktu bersama. Antara punca lain termasuklah terjatuh di permukaan keras ketika zakar sedang mengalami ereksi.

Selain itu, fraktur penis juga terjadi kepada atlet olahraga terutamanya pemain bola sepak. Malah, masturbasi yang berlebihan juga turut menyumbang kepada masalah ini.

Untuk mengenal pasti terjadinya fraktur penis ini, lazimnya satu pemeriksaan MRI atau diagnostic cavernosography akan dilakukan.

Pemeriksaan ini dijalankan untuk melihat tahap kecederaan zakar. Pembedahan kecemasan perlu dilakukan bagi mengelakkan berlakunya disfungsi ereksi. Zakar yang patah biasanya mengambil masa enam minggu untuk sembuh bagi membolehkan individu terbabit kembali beraksi.

Kecederaan yang tidak dirawat boleh menyebabkan komplikasi yang lebih teruk seperti disfungsi ekreksi yang berpanjangan, kesakitan terlampau dan bentuknya turut berubah. Dalam sesetengah kes, ada lelaki yang tidak mengalami kesakitan serius dan terus melakukan hubungan seksual seperi biasa. Namun demikian, tindakan tersebut hanya akan memudaratkan lagi dirinya.

Berdasarkan kaji selidik, hampir 90 peratus lelaki yang mengalami fraktur penis pulih seperti sediakala. Malakala lima peratus lagi mengalami perubahan bentuk di mana zakar mereka kelihatan sedikit bengkok.

~ MW



 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular