Dispareunia: Sakit semasa melakukan hubungan kelamin

DISPAREUNIA dalam istilah perubatannya bermaksud sakit semasa melakukan hubungan seksual.

Kesakitan ini boleh berlaku dalam dua keadaan, pertama ketika zakar disalurkan ke dalam faraj, juga dikenali sebagai superficial dyspareunia atau kesakitan yang dialami di permukaan faraj.

Kedua, semasa zakar bergerak dalam faraj, atau dipanggil sebagai deep dyspareunia atau kesakitan yang dialami di dalam faraj.

Punca masalah ini berlaku untuk kedua-dua situasi itu amat berbeza. Dispareunia dalaman boleh berlaku akibat beberapa sebab antaranya:

*Keradangan pelvis

*Pembedahan pada bahagian bawah perut

*Ketumbuhan dalam rahim atau faraj

*Ketumbuhan seperti fibroid

*Penyakit kencing kotor

*Sista ovari dan

*Penyakit kelamin yang menyebabkan parutan dalam perut dan kekurangan penghasilan cecair pada faraj.

Jarangkali dispareunia dalaman berlaku akibat perubahan posisi hubungan kelamin.

Dispareunia permukaan faraj atau kesakitan kepada bahagian luar kemaluan biasa berlaku dan mempunyai banyak sebab.

Kebiasaannya wanita tidak meminta bantuan kerana mengharapkan ia akan beransur pulih.

Kerap juga berlaku di mana wanita yang mengalami dispareunia permukaan faraj mengelakkan hubungan kelamin sebagai cara untuk mengelakkan masalah tersebut.

Bagaimanapun, keadaan ini boleh menimbulkan tekanan pada hubungan intim dan boleh mengancam hubungan suami isteri.

Apabila ini berlaku barulah wanita itu mencari jalan untuk mengatasi masalahnya dengan berjumpa doktor.

Gejala atau kesan kesakitan pada permukaan kemaluan dirasai seperti:

*Kesakitan,

*Keperitan atau

*Perasaan mencucuk.

Pada bahagian tersebut ia akan berwarna kemerah-merahan dan radang.

Ada kalanya, tiada apa-apa perubahan yang kelihatan pada bahagian yang sakit itu. Sebahagian perasaan sakit ada kaitan dengan tindak balas urat saraf yang tidak kelihatan.

Kesakitan boleh bermula apabila hubungan seksual berlaku atau boleh berlaku tanpa hubungan seksual seperti semasa berjalan atau semasa mengayuh basikal.

Masalah yang berlaku kepada kulit bahagian kemaluan dan faraj juga seperti ekzema, ketuat, psoriasis dan kekeringan kulit.

Keadaan ini boleh menyebabkan kulit merekah dan mudah luka. Perkara ini mudah berlaku di bahagian pembukaan faraj. Sebab-sebab lain termasuk jangkitan kulat, kayap atau herpes dan kudis faraj.

Keradangan boleh berlaku kepada bahagian permukaan kemaluan (vulvitis) dan merebak kepada pembukaan faraj (vulvovaginitis, vulvodynia dan vulvovestibulitis). Malangnya, kesemua masalah ini menyakitkan.

Kadangkala alahan kulit berlaku apabila kulit kemaluan terdedah dengan minyak wangi, sabun kosmetik, bahan spermisid (perancang keluarga) dan kondom.

Sakit semasa bersetubuh dan perasaan takut kepada sakit semasa bersetubuh boleh mencetuskan situasi yang dikenali sebagai cengkaman otot kemutan faraj atau vaginismus.

APA ITU VAGINISMUS?

Vaginismus seperti yang tersirat dalam buku perubatan bermaksud cengkaman otot bahagian pembukaan faraj tanpa kawalan.

Ini menyebabkan bahagian luar pembukaan faraj tertutup dan mengakibatkan kesukaran untuk menyalurkan zakar.

Atau mengakibatkan kesakitan ketika zakar disalurkan.

Vaginismus boleh menyebabkan wanita berasa tertekan, resah dan rendah diri.

Masalah ini boleh berlaku dalam pelbagai keadaan. Biasanya sebagai tindak balas pada perkara yang tidak diingini seperti perasaan sakit atau pengalaman yang menyakitkan semasa bersetubuh.

Vaginismus primer berlaku kepada wanita yang belum pernah melakukan hubungan seksual.

Vaginismus sekunder pula berlaku kepada wanita yang pernah melakukan hubungan seksual tanpa masalah dan kemudiannya mengalami masalah.

PUNCA

Punca vaginismus berlaku termasuk kepercayaan yang faraj itu kecil dan sempit, perasaan serba salah jika dilakukan tanpa perkahwinan atau perasaan bahawa seks itu menyakitkan dan memudaratkan.

Selain itu, penderaan seks yang berlaku dulu, kecederaan kepada faraj akibat kelahiran sebelum ini dan menyakitkan, hubungan seksual yang pertama kali dilakukan yang begitu menyakitkan, takut hamil, kurang maklumat tentang fungsi seksual dan kepercayaan yang seks itu tidak suci dan hanya untuk lelaki dan wanita perlu menderita.

Ke arah kesejahteraan seksual yang membina

Wanita perlu terima bahawa penghayatan seksual ialah fitrah semula jadi makhluk Tuhan. Ia bukan satu hukum atau suatu penyeksaan yang perlu diterima.

Wanita perlu bertanggungjawab kepada kesihatan anggota seksualnya. Ini termasuklah penjagaan dan penghayatan kepada anggota tersebut.

Oleh yang demikian, dia tidak perlu rasa malu atau kekok memeriksa anggota kemaluan.

Antaranya mengenali bahagian-bahagian anggota tersebut, seperti bibir besar, bibir kecil, klitoris dan pembukaan faraj.

Begitu juga pembukaan lubang kencing dan keadaan luar biasa kulit anggota tersebut yang lembut, tidak bersisik dan licin.

Memang mustahak untuk wanita yang telah baligh mengetahui anggota kemaluannya supaya dapat melakukan amalan yang sihat semasa membuang air kecil dan besar dan cara memakai tuala pelekat atau tampon ketika kedatangan haid.

Pemeriksaan ini dikenali sebagai pemeriksaan kendiri kemaluan wanita atau vulva yang juga dikenali sebagai VSE atau Vulva Self Examination.

Kepada wanita yang telah mula melakukan hubungan seksual, mustahak untuk dia amalkan pemeriksaan kendiri vulva, sekurang-kurangnya sebulan sekali dan pada bila-bila masa dia rasa kurang selesa pada bahagian itu.

Tidak salah menyentuh bahagian-bahagian yang mudah terangsang untuk mengenali keadaannya, tetapi perbuatan ini setakat untuk mengetahui dan bukan untuk melakukan amalan merangsangkan anggota secara sendiri.

Kepada wanita yang telah memulakan hubungan seksual, mereka boleh mengenali bahagian-bahagian yang mudah memerangsangkan mereka.

Ini bagi membantu pasangan mereka melakukan rangsangan kepada bahagian tersebut supaya mereka dapat menikmati tahap rangsangan yang memudahkan mereka menghayati orgasma.

Pemeriksaan lain yang perlu dijalani wanita yang telah memulakan hubungan seksual ialah pemeriksaan ujian PAP smear. Ini boleh dilakukan tiga tahun sekali atau mengikut nasihat doktor.

Semasa wanita itu melakukan pemeriksaan kendiri vulva dan mendapati ada perubahan yang dikhuatiri seperti kemelecetan, ruam, pengeluaran cecair atau keradangan pembukaan faraj.

Juga, jika ada gejala seperti melecit atau perit semasa atau selepas bersetubuh, jangan teragak-agak berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan vulva dan pemeriksaan pelvik.

Jangkitan sistem reproduktif boleh berlaku pada bila-bila masa dan boleh memberi tekanan hubungan seksual dan mengakibatkan dispareunia.

Hubungan seksual yang membina dan yang memerangsangkan memberi nikmat hidup yang sejahtera.

Jadi masalah seksual yang berlaku kepada wanita yang selama ini menghayati hubungan intim yang sempurna akan menekankan kesejahteraan kehidupannya.

Jadi jangan biarkannya berlaku. Dapatkan bimbingan dan penyelesaian bersama pasangan melalui bimbingan, rawatan dan kaunseling dengan doktor atau pembimbing yang arif dalam hal seksualiti wanita.


Seks Hebat. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Menghairahkan Isteri. Keterangan lanjut, sila klik sini.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

I will right away grasp your rss feed as I can not find your email subscription link or newsletter service.

Do you've any? Please allow me understand in order that I may subscribe. Thanks.

My web blog :: Orange County catering

Tanpa Nama berkata...

I am in fact thankful to the holder of this web site who has shared this wonderful article at here.



Also visit my page; bubble butt guy

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular