Goda, bogel, seluk saku

Hampir terbeliak mata seorang pemandu teksi apabila seorang penumpang wanita yang dibawa tiba-tiba menawarkan hubungan seks sebelum sengaja mahu berbogel sambil menggoda dan meraba tubuh pemandu teksi berkenaan.

Wanita berusia lewat 40-an itu tanpa segan silu memujuk pemandu teksi melakukan hubungan seks dengannya dengan alasan sudah lama kegersangan.

Bagaimanapun, aksi melampau itu hanyalah sebahagian daripada taktik jahatnya untuk menggoda pemandu teksi terbabit sebelum menyeluk saku pemandu terbabit tanpa disedari.

Difahamkan, wanita itu yang bijak berlakon masih bergiat aktif melakukan babak drama `panas’ berkenaan sejak sekian lama dengan menjadikan pemandu teksi sekitar Lembah Klang sebagai sasaran.

Seorang daripada mangsa, Kamaruddin Mohd Ali, 59, berkata, kejadian mencemaskan itu dialaminya Jumaat lalu ketika dia baru selesai menunaikan solat Jumaat dan menyambung tugas untuk mencari penumpang di sekitar ibu kota.

Dia yang sudah memandu teksi sejak lima tahun lalu mendakwa ditahan seorang wanita berusia lewat 40-an berhampiran Bukit Bintang sebelum diminta dihantar ke Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar.

“Saya langsung tidak mengesyaki apa-apa sebelum wanita berpakaian seksi itu membuka pintu teksi dan duduk di sebelah saya.

“Bagaimanapun hati saya mula berdebar apabila tangan wanita terbabit tiba-tiba merayap sebelum menyentuh paha saya. Saya yang terkejut dengan perbuatan itu cuba mengelak dengan mengalihkan kaki.

“Gelagat liar wanita terbabit semakin melampau apabila jarinya mula beralih hingga menyentuh bahagian sulit saya,” katanya.

Menurutnya, dia yang berang dengan perbuatan wanita berkenaan kemudian bertanya apa yang dimahukan wanita itu.

“Tanpa segan silu, wanita berambut paras bahu itu memberitahu dia sudah lama tidak melakukan hubungan seks dan rindukan nikmat bersama lelaki.

“Wanita itu yang memberitahu kemaruk untuk disetubuhi beraksi lebih ‘panas’ sebaik teksi yang saya pandu tiba di hadapan sebuah pasar raya di Brickfields, di sini,” katanya.

Kamaruddin berkata, wanita itu tanpa segan silu sengaja membuka butang baju dipakainya satu persatu hingga menampakkan payu daranya.

“Saya yang bersikap acuh tak acuh dengan tindakan wanita itu cuba sedaya upaya memandu teksi dengan laju untuk segera sampai ke destinasi yang ingin dituju wanita itu.

“Bagaimanapun, wanita itu seolah-olah tidak berputus asa memaksa saya memegang dan menyentuh payu daranya,” katanya.

Menurutnya, dia yang tidak tahan dengan gelagat lucah wanita itu nekad memberhentikan teksinya di bahu jalan tidak jauh dari Stesen LRT berkenaan.

“Saya mengarahkan wanita itu keluar dari kenderaan saya namun dia terus menunjukkan pelbagai aksi menggoda sambil merengek manja kepada saya.

“Malah wanita itu terus membuka bajunya hingga bogel sebelum menerpa dan memeluk saya. Saya cuba menolak tubuh wanita itu yang bertindak lebih ganas meraba badan saya,” katanya.

Namun selepas bergelut beberapa minit, dia akhirnya meleraikan pautan wanita itu sebelum menghalaunya keluar.

“Wanita itu tanpa wajah bersalah keluar dari teksi sambil membetulkan baju dipakai. Sebelum beredar pergi dan sempat berpesan menghubunginya jika berhajat untuk melakukan hubungan seks.

“Saya tanpa memandangnya terus memecut teksi dari kawasan itu. Namun kira-kira 10 minit kemudian, hati saya mula rasa curiga sebelum memeriksa dompet dalam poket seluar saya,” katanya.

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Sri Ayu Kartikawati Amri


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Paris Hilton Dedah Gambar Bogel

Selebriti Paris Hilton membuka rahsia kepada wartawan apabila dia menunjukkan gambar bogelnya bersama seekor anjing peliharaannya, lapor sebuah akhbar semalam.

Pendedahan itu dilakukan ketika dia ditemu ramah oleh wartawan majalah dalam talian iaitu Access Hollywood.

Paris mengundang wartawan majalah itu untuk melawat rumah mewahnya di Beverly Hills, Amerika Syarikat (AS).

Pelakon siri realiti The Simple Life itu turut memberikan penerangan berhubung beberapa koleksinya seperti lampu gantung dan gambar ikon pelakon seksi, Marilyn Monroe.

Dalam satu gambar, Paris memeluk satu patung kucing.

Satu lagi gambar menunjukkan dia berada dalam kenderaan Hummer bersama anjing kesayangannya, Chihuahua Tinkerbell dalam keadaan bogel.

Paris semakin mendapat perhatian setelah dia dirakamkan menghabiskan masa bersama bekas pemain kelab bola sepak Manchester United (MU), Christiano Ronaldo baru-baru ini. - Agensi


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Ketagih teman siber

Dia tidak pernah meninggalkan solat selain pandai mengaji al-Quran, namun memiliki perangai pelik iaitu gemar berbual lucah dan menggoda teman siber di laman sembang.

Apabila ditegur supaya menghentikan perbuatan itu, lelaki terbabit naik angin lalu membelasah isterinya hingga cedera sebelum melakukan seks ganas terhadapnya.

Kepala wanita itu turut dihantuk ke dinding, ditumbuk dan dipijak dalam bilik air menyebabkan mangsa tinggal nyawa-nyawa ikan.

Dia hanya menghentikan tindakan gila dan kejam itu selepas melihat darah mengalir di tubuh isterinya.

Kehidupan penuh penderitaan itu didedahkan mangsa yang juga seorang pegawai kanan kerajaan kepada Harian Metro, baru-baru ini.

Dia yang mahu dikenali sebagai Julia, 30-an, turut menunjukkan lebih 10 laporan polis berkaitan tindakan ganas suaminya.

Menurut Julia, dia tidak menyangka suaminya yang alim dan pandai mengaji al-Quran gemar melayari laman sembang untuk menggoda dan berbual lucah dengan gadis sunti dan pelajar perempuan.

“Suami saya yang berusia 40-an mula menggatal ketika menjalinkan hubungan intim dengan teman siber yang kebanyakan gadis muda.

“Bukan itu saja, dia sering berbual melalui video secara langsung dengan gadis yang menjadi teman sibernya sambil menggunakan perkataan lucah dan menggoda bagi merangsangkan diri dan gadis terbabit,” katanya.

Katanya, dia pernah terserempak pelbagai perkataan dan gambar lucah digunakan suami yang mungkin untuk menaikkan keghairahan gadis siber yang menjadi temannya.

“Apabila saya dapat menghidu perbuatan suami, bermula derita saya yang dijadikan tempat untuk dibelasah sehingga berdarah dan lebam di beberapa bahagian badan.

“Paling terbaru, apabila berlaku sedikit perselisihan sebelum saya dibelasah dan dicekik sebelum dicampakkan di atas katil.

“Suami turut menekan tangan saya dengan lutut dan menggigit dagu hingga berdarah selain beberapa kali meludah muka saya,” katanya yang mempunyai tiga anak berusia tiga dan tujuh tahun.

Julia juga mendakwa pernah diugut dibakar mukanya menggunakan pemetik api oleh lelaki terbabit.

Malah, muka wanita itu pernah cedera akibat disambar api yang diacukan.

Sambil menitiskan air mata, wanita itu menyatakan dia sudah mengambil beberapa langkah bagi mempertahankan diri termasuk membuat 10 laporan polis bagi mengelak daripada terus menjadi belasahan suami.

Dia pernah membawa polis ke rumah selepas dibelasah hingga cedera, tetapi sebaik polis pulang, suaminya terus membelasah diri tanpa mampu mempertahankan diri.

“Saya cuba mendapatkan perlindungan untuk tinggal berasingan melalui proses undang-undang, tapi tidak diendahkan suami yang terus menerus membelasah saya dengan mencekik dan mengugut mahu mencederakan muka saya,” katanya yang mengakui suami sudah dikenakan tindakan undang-undang apabila ingkar arahan berkenaan.

Katanya, dia sudah melakukan sebaik mungkin sebagai isteri bagi mempertahankan usia perkahwinan yang sudah menjangkau lebih 10 tahun.

Menurutnya, dia tidak mempunyai pilihan selain mengemukakan tuntutan fasakh di mahkamah syariah dan berharap permohonan itu dapat disegerakan.

“Sebagai wanita yang sudah diperlakukan sebagai binatang, saya sudah tidak ada perasaan lagi terhadap lelaki terbabit.

“Apa yang mahu saya lakukan sekarang adalah keluar daripada kehidupan seperti haiwan itu dan dapat membesarkan anak dengan penuh kasih sayang,” katanya yang masih trauma walaupun suaminya itu sudah tinggal berasingan sekarang.

Bagaimanapun, Julia masih bimbang tindakan tidak menentu suami apabila mengetahui tuntutan di mahkamah syariah sudah dilakukan.

Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

Kedai Syahwat

Ia bukan pusat hiburan dan bukan juga rumah urat atau spa. Yang pasti, ia menyediakan wanita yang sedia memberi khidmat seks dan lebih membimbangkan, ia dibuka seawal jam 12 tengah hari dan ditutup pada jam 8 malam.

Premis seperti ini kini menjadi tumpuan lelaki hidung belang, termasuk yang berkahwin, untuk melampiaskan nafsu serakah kerana tidak perlu menunggu waktu malam untuk menjalankan ‘projek’ masing-masing.

Sebaliknya, mereka sering mengunjungi premis yang selayaknya digelar ‘kedai syahwat’ itu ketika waktu rehat makan tengah hari atau selepas pulang dari pejabat sekitar jam 5 atau 6 petang.

“Memang pelanggan biasanya datang pada waktu makan tengah hari dan sekitar jam 5 petang. Kebanyakan mereka datang memakai pakaian kemas kerana baru pulang daripada kerja,” kata Mala, 19, pelayan di sebuah kedai syahwat yang dikesan Metro Ahad di bandar raya ini.

Rakan sekerjanya yang hanya dikenali sebagai Rita, 24, berkata kebanyakan lelaki yang datang melanggannya sudah berumah tangga.

“Saya juga suka memilih pelanggan berkahwin kerana mereka lebih ‘pandai’ melayan saya dan tidak kedekut memberi tip,” katanya.

Wartawan mengesan kewujudan kedai syahwat itu selepas diberitahu oleh seorang pengunjung tetapnya yang hanya mahu dikenali sebagai Mahadi.

Menurut lelaki yang berusia 33 tahun dan berkahwin itu, ada sekurang-kurangnya tiga kedai syahwat di sekitar bandar raya ini, namun hanya satu yang biasa dikunjunginya.

“Bukan semua orang boleh masuk (ke kedai syahwat) kerana pintu hanya dibuka jika wajah pelanggan dikenali,” katanya.

Mahadi berkata, konsep kedai syahwat itu memang ‘caca merba’ kerana di dalamnya ada bar, mesin judi, sofa dan meja.

“Jika datang ke situ kita hanya perlu pesan minuman. Kemudian muncullah wanita berpakaian seksi untuk melayan kita.

“Pelayannya pula bukan seperti GRO (pelayan pelanggan di pusat karaoke) kerana mereka sedaya upaya mahu mengadakan hubungan seks dengan kita.

“Jika sekadar ‘ringan-ringan’, mereka tidak mendapat komisen daripada ibu ayam yang menetapkan kadar bayaran untuk hubungan seks. Jika pelanggan baik hati, dapatlah tip,” katanya.

Bagi membuktikan kebenaran dakwaan itu, wartawan Metro Ahad dibawa Mahadi ke kedai syahwat yang biasa dikunjunginya.

Sebaik tiba di lokasi, wartawan Metro Ahad cuba masuk tanpa ditemani Mahadi, namun pintu tidak dibuka. Selepas Mahadi muncul, baru pintu yang dilengkapi kamera litar tertutup, dibuka secara automatik.

Sebaik masuk, kami disambut seorang wanita lanjut usia yang dipanggil ‘mummy’ oleh Mahadi. Kedai itu dibahagi kepada tiga ruang utama iaitu ruang tengah, kiri dan kanan.

Ruang tengah menempatkan bar dan beberapa mesin judi dengan lampu suram, manakala ruang kiri adalah tempat untuk pelayan wanita melayan pelanggan sebelum dibawa ke ruang kanan untuk mengadakan hubungan seks.

Ruang kiri dan kanan disediakan tanpa lampu dan perlukan lampu suluh untuk ke ruang berkenaan.

Mahadi berkata, dengan hanya menggunakan sofa yang tempat sandarnya tinggi, di situlah hubungan seks dilakukan.

“Pelanggan lain tak nampak apa yang kita buat sebab tempatnya gelap.

“Ruangan itu boleh memuatkan empat pasangan pada satu-satu masa. Jika penuh, pelanggan perlu menunggu,” katanya.

Selepas memesan minuman dan duduk di ruang sebelah kiri, dua wanita datang melayan kami iaitu Mala dan Rita. Tanpa berselindung, mereka menawarkan perkhidmatan seks dengan bayaran RM110.

Mala yang berasal dari Indonesia memberitahu, dia sememangnya ditugaskan menggoda pelanggan supaya bersetuju mengadakan hubungan seks.

“Kami bukan seperti GRO. Jika sekadar datang untuk minum, lebih baik tidak payah datang.

“Kami mahu pelanggan yang menerima tawaran kami kerana daripada perkhidmatan itu baru kami mendapat wang. Jika tidak, kami sekadar mampu meminta tip yang biasanya diberi dalam jumlah kecil,” katanya.

Menurut Mala, sepanjang tiga tahun bekerja dia melayan pelbagai jenis pelanggan, termasuk golongan profesional berjawatan eksekutif dan jurutera.

Rita pula memberitahu, pelanggan yang datang bukan sekadar memuaskan nafsu di kedai syahwat, malah ada yang sanggup mengeluarkan duit lebih untuk membawanya keluar ke tempat lain.

“Kami dibayar hingga RM250 untuk langganan satu malam. Itu kelebihan bekerja di sini,” katanya.

Pemantauan wartawan Metro Ahad di dalam kedai syahwat itu mendapati ada sekurang-kurangnya lima pelanggan di dalamnya, ada yang memadu asmara dan bermain mesin judi.

Pelayan yang sedia memberi khidmat seks pula seramai lima orang dan semuanya warga Indonesia.

Oleh ASMIZAN MOHD SAMIRAN dan SHAMRAN SARAHAN


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Rogol 10 lelaki

Seorang wanita Rusia yang merupakan pengumpul filem ngeri dan labah-labah, Valeria K. dibicarakan di sebuah mahkamah di sini kerana memberi ubat tidur kepada 10 lelaki sebelum merogol mereka, lapor sebuah akhbar semalam.

Polis terkejut apabila mendapati wanita berusia 32 tahun itu merogol 10 lelaki kerana dia memiliki perwatakan yang lemah lembut dan pendiam.

Wanita itu turut diberi jolokan Black Widow kerana minatnya terhadap labah-labah.

Menurut polis, Valeria akan berkenalan dengan mangsa sebelum menjemput dan memberi mereka minuman yang mengandungi bahan clonidine sehingga menyebabkan mangsanya tertidur hampir 24 jam.

Dia kemudian membuka pakaian dan merogol mangsa dengan mengikat kemaluan mereka dengan seutas tali.

Semua mangsanya itu hanya sedar ketika dirawat di hospital akibat keracunan clonidine selain mengalami trauma kerana zakar mereka diikat.

Namun, mereka dapat mengingati wajah seorang gadis cantik yang memberi minuman itu.

Polis berjaya mengenal pasti penjenayah tersebut dan menangkapnya selepas mangsa memberitahu rupa wanita itu.

Setakat ini, polis mengenal pasti 10 mangsa namun seorang daripada mereka enggan membuat laporan.

"Apa yang berlaku kepada diri saya adalah hebat. Saya suka wanita yang ganas. Saya cuma berharap dia tidak meracuni saya dengan clonidine," kata lelaki yang enggan membuat laporan polis itu. - Agensi


Rahsia Kecurangan Pasangan. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Seks Dan Rakam

Bagai satu fenomena hari ini apabila rakaman gambar lucah, khususnya wanita, menjadi perangkap untuk mengugut mangsa, sama ada terus meratah tubuh mereka atau mendapatkan wang.

Malah, ada lelaki bernafsu syaitan dan tidak berhati perut meminta wang saraan setiap bulan daripada bekas teman wanitanya sebagai ganti jika tidak mahu gambar bogel atau seks mereka disebarkan.

Membimbangkan, gejala merakam aksi lucah dan seks berlaku di kalangan pasangan bercinta, berkahwin, penuntut serta golongan eksekutif atau profesional.

Terbaru, tersebar di Internet gambar separuh bogel milik Exco Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, 37. Penyebaran gambar Ketua Penerangan Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu menyebabkan Elizabeth menawarkan diri meletak jawatan Exco Selangor dan Adun Bukit Lanjan.

Selain Elizabeth, ramai wanita menjadi mangsa ‘lelaki gila’ apabila gambar lucah mereka disebarkan di Internet.

Metro Ahad mendapatkan pengalaman mereka, yang ada antaranya mengaku berhabis ribuan ringgit demi memenuhi tuntutan bekas teman lelaki di samping menjadi pemuas nafsu.

KES 1: Anisa, 21 tahun, Seri Kembangan


“KERANA Internet, maruah saya tergadai, malah hidup saya musnah. Bukan itu saja, wang simpanan dan juga pinjaman pelajaran, lebur begitu saja kepada bekas teman lelaki.

Saya mengenali lelaki itu melalui laman web sembang dua tahun lalu. Ketika itu saya masih menuntut di sebuah universiti di pinggir Kuala Lumpur dalam bidang agama.

Saya tidak tahu bagaimana saya yang boleh dikatakan berpegang teguh dengan ajaran agama musnah dalam sekelip mata angkara lelaki ini.

Selama beberapa bulan kami bersembang di Internet selain berbual melalui telefon sehingga saya jatuh hati dengannya. Pada satu hari kami mengambil keputusan berjumpa di sebuah bandar di selatan tanah air.

Pada hari itu, saya berseorangan menemuinya kerana yakin dan percaya dia lelaki baik, jujur dan bertanggungjawab.

Namun, saya sangat terkejut, hari itu juga detik hitam dalam hidup saya. Selepas menjamu selera dengannya, kepala saya terasa sakit dan seperti hendak pitam. Lelaki yang saya panggil abang Zed, berusia lingkungan 30-an, membawa saya ke lokasi yang saya tidak ketahui.

Apabila terjaga daripada tidur keesokannya, saya dapati saya tidur dalam keadaan bogel di sebuah hotel. Zed pula ketika itu mengaku meratah tubuh saya beberapa kali.

Lebih mengejutkan, dia turut merakam gambar bogel saya dalam pelbagai sudut. Malah, dia mengugut menyebar gambar berkenaan di Internet jika saya tidak menurut kemahuannya.

Saya takut, menangis dan bimbang serta tidak tahu hendak buat apa. Sejak itu, diri saya tertekan. Hampir setahun saya ikut kemahuan Zed, jika dia hendak tubuh saya, saya akan ikuti kemahuannya.

Di dalam kereta, hotel, tepi tasik atau di mana saja tempat yang ada peluang, kami melakukan seks dengan harapan gambar bogel saya dihapuskan.

Lebih kejam lagi, wang pinjaman PTPTN yang saya dapat hampir RM15,000, semuanya terpaksa diserahkan kepada Zed.

Selain meratah tubuh saya, dia dapat wang. Di universiti, bukan tiada lelaki berminat mendekati saya kerana saya boleh dikategorikan wanita cantik dan memiliki tubuh menawan.

Namun kerana Zed, pintu hati saya tertutup kerana sifat benci kepada golongan itu, malah selama setahun saya menjadi hambanya, saya tidak ceritakan masalah ini kepada sesiapa sehingga pada satu hari, saya disahkan hamil.

Ketika itu saya buntu sehingga berita saya hamil diketahui universiti. Selain terpaksa menanggung malu, saya akhirnya dibuang, malah sehingga kini terpaksa menanggung bayaran pinjaman PTPTN.

Seperti biasa, Zed tidak mengaku atau mahu bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku kepada diri saya, malah dia sanggup bersumpah.

Sehubungan itu, saya membuat laporan polis dan kini masih dalam siasatan.”

KES 2: Alis, 27, Cheras

“KAMI bercinta hampir lima tahun dan hidup bersama bagaikan pasangan suami isteri dan tinggal sebumbung di sekitar Cheras, Kuala Lumpur.

Namun, hubungan ini bertukar menjadi mimpi ngeri kepada saya apabila berpisah dengan kekasih sejak Julai lalu, akibat bergaduh dan tiada persefahaman untuk bersama lagi.

Gara-gara membenarkan bekas kekasih merakam aksi ketika melakukan seks menggunakan telefon bimbit, ia menjadi modal kepadanya mengugut saya supaya terus tinggal bersama dan mendapat habuan seks.

Jika saya enggan dan cuba meninggalkannya, dia (bekas kekasih) mengugut menyebarkan klip video lucah membabitkan hubungan asmara kami berdua yang dirakam sebelum ini di Internet.

Kerana terpaksa, saya tinggal bersamanya dan di layan seperti hamba seks selama lebih enam bulan. Dia enggan berpisah kerana mendakwa masih mencintai saya.

Bimbang klip video itu tersebar, saya turuti kemahuannya. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana tidak mahu perkara memalukan ini diketahui orang, terutama keluarga.

Lama kelamaan saya tidak mampu bertahan lagi. Saya tekad untuk membuat aduan dengan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) dan berharap masalah ini dapat diselesaikan.

Selepas itu saya membuat laporan polis. Kini semuanya selesai, tapi hidup saya masih tidak tenteram kerana takut bekas teman lelaki ‘menganiaya’ saya lagi.”

KES 3: Marina, 26, Petaling Jaya

“HIDUP saya hampir musnah apabila aksi melakukan hubungan seks bersama bekas tunang tersebar di Internet. Cuma saya bernasib baik kerana klip video berkenaan tidak mendedahkan wajah.

Bagaimanapun, itu hanya ugutan bekas tunang supaya saya akur terhadap segala permintaan, sama ada memberi habuan seks dan wang.

Bekas tunang mengugut mendedahkan klip video yang menunjukkan wajah kami ke Internet, termasuk gambar bogel saya, jika enggan menunaikan segala permintaannya.

Setiap kali memerlukan wang, dia hubungi saya. Jika saya enggan memberi wang, dia ugut hendak sebarkan klip video berkenaan dan menghantarnya kepada keluarga saya.

Perkara itu berlarutan hampir tiga bulan dan duit gaji hampir RM4,000 sudah saya beri kepadanya. Tidak setakat itu, dia juga ambil kesempatan ‘meniduri’ saya.

Perkara terbabit tidak berlanjutan. Selepas itu saya nekad mendedahkan perbuatan keji bekas tunang kepada keluarganya.

Ibu bapa saya marah kerana dapat tahu saya terlanjur dengan bekas tunang. Namun, saya tiada pilihan dan mahu semua (ugutan) itu tidak berlaku lagi.”

KES 4: Erin, 24, Bandar Tun Razak

“IA umpama bala dalam hidup saya. Saya terpaksa berhempas pulas mencari wang sebanyak RM14,000 untuk membayar balik wang dan barang yang pernah dibelikan bekas suami kepada saya.

Bekas suami mengugut akan menyebarkan gambar bogel dan klip video seks ketika kami bersama hampir setahun menjadi pasangan suami isteri.

Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, saya terpaksa menunaikan permintaannya. Malah, barang kemas yang pernah dia belikan untuk saya terpaksa saya pulangkan kepadanya.

Separuh daripada wang gaji yang saya peroleh setiap bulan terpaksa diberi kepada bekas suami. Saya tidak dapat berbuat apa-apa kerana klip video itu hanya mendedahkan wajah saya.

Mahu atau tidak, saya turuti permintaan bekas suami walaupun saya sedar ia tidak wajar dilakukan bekas suami.

Yang saya risaukan, jika saya dapat menjelaskan wang yang dimintanya, adakah dia akan berhenti ‘menagih’ wang daripada saya.

Saya menyesal kerana sanggup membiarkan bekas suami merakam aksi kami ketika berasmara.”

KES 5: Illa, 22, Subang Jaya

“SAYA pernah terlanjur dengan teman lelaki, tetapi tidak tahu bagaimana gambar panas saya dirakam dan boleh tersebar. Begitupun, tidak semua gambar berkenaan adalah tubuh saya kerana ada antaranya saya percaya menggunakan teknik pertindihan.

Saya pernah mendapatkan penjelasan bekas teman lelaki, tetapi dia enggan mengaku menyebarkan gambar bogel terbabit.

Penyebaran gambar berkenaan menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan melampau dan malu kepada rakan dan saya membuat laporan polis di Balai Polis Subang Jaya.

Begitupun, hidup saya tertekan selepas itu, apatah lagi rakan juga memperoleh gambar terbabit.

Dalam satu gambar, ia menunjukkan seorang wanita dalam keadaan bogel yang menyerupai fizikal saya duduk di atas katil dan menampakkan payu dara.

Bagaimanapun, ia sangat memalukan, terutama apabila diketahui keluarga saya, sekali gus memberi tanggapan buruk terhadap perilaku saya.

Memburukkan keadaan apabila e-mel peribadi saya turut diceroboh sebelum ia diubah suai individu tertentu dengan niat memalukan saya.

Saya mengesyaki penggodam yang memecah masuk e-mel saya adalah bekas kekasih yang dikenali sebagai K yang sukar menerima hakikat perpisahan kami.

Kekasih berusia 32 tahun dan bekerja sebagai arkitek itu pernah memberitahu saya, dia tidak akan membiarkan saya hidup bahagia kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang berani memutuskan hubungan cinta.”

- HARIAN METRO


Rahsia Doa Pengasih. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Ikat, kurung isteri tiga malam kerana cemburu

Gara-gara cemburu, seorang lelaki mengikat tangan dan kaki isteri sebelum mengurungnya dengan hanya berpakaian dalam selama tiga hari di sebuah bilik rumah mereka di Bukit Setongkol, di sini.

Mangsa yang turut cedera di seluruh badan akibat diseksa dan dipukul suaminya, diselamatkan polis kira-kira jam 5 pagi kelmarin selepas dia berjaya menghubungi talian kecemasan 999 setengah jam sebelum itu.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah, Deputi Superintendan Kamaruzzaman Jaafar, berkata wanita berusia 32 tahun itu menghubungi 999 kira-kira jam 4.30 pagi selepas dapat melepaskan ikatan di kakinya tanpa disedari suami yang sedang tidur.



"Mangsa menyeret telefon bimbit suaminya ke dalam tandas di bilik utama dan mendail talian kecemasan dengan kakinya serta mengaktifkan alat pembesar suara telefon bimbit itu kerana tangannya masih terikat," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, semalam.
Polis pergi ke rumah berkenaan sebaik menerima panggilan itu dan menahan suami mangsa, manakala wanita berkenaan dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Afzan.

Lelaki berusia 41 tahun itu dan tidak bekerja, direman 14 hari bermula kelmarin untuk disiasat mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan berhubung kurungan salah dan Seksyen 506 kerana ugutan jenayah.

Kamaruzzaman berkata, siasatan awal mendapati mangsa diikat dan diseksa kerana bermotifkan cemburu.

Beliau berkata, suami mangsa mendakwa isterinya menjalin hubungan sulit dengan bapa saudaranya dan beberapa saudara lelaki lain sejak dua tahun lalu.

"Mangsa yang sebelum ini menetap di Kuala Lumpur juga mendakwa sering dipukul suaminya atas motif yang sama.

"Anak mangsa pula tidak berani melaporkan kepada polis kerana takut dipukul bapanya. Kita sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kejadian itu termasuk mendapatkan keterangan jiran mereka," katanya.

Alat sulit tiada klitoris

Saya mempunyai masalah berkaitan alat sulit yang tidak mempunyai biji (kelentit). Sebelum ini alat sulit saya mempunyai biji itu dan di bahagian kulit biji itu agak terkoyak. Selepas beberapa hari, baru saya perasan yang biji berkenaan tidak ada.

Adakah saya akan mengalami masalah kesihatan dan adakah ia akan menjejaskan hubungan kelamin apabila saya berkahwin kelak? Saya sangat risau mengenai keadaan ini.

MEENA,
Kajang.

JAWAPAN


Istilah perubatan bagi kelentit adalah klitoris. Klitoris adalah organ seksual wanita yang boleh diumpamakan seperti zakar (penis) bagi lelaki.

Klitoris boleh menegang (walaupun tidak begitu nyata kelihatan seperti zakar) apabila mengalami rangsangan seksual. Anda boleh berjumpa pakar sakit puan untuk pemeriksaan fizikal ke atas luaran organ genital anda.



Klitoris tidak mudah ‘tertanggal’ jika kulit yang menyelaputinya koyak seperti yang anda percayai. Ini kerana klitoris bukanlah biji saja tetapi mempunyai dasar perlekatan pada beberapa bahagian seperti arkus pubis, mons pubis dan bibir kemaluan. Ia juga melekat kepada sebahagian saluran kencing uretra dan faraj.

Ia terdiri daripada glans yang mempunyai banyak saraf dan tisu erektil bulbar yang mampu menegang. Klitoris bersama tisu di bahagian penghujung uretra dan faraj pula dikatakan mempunyai hubung kait dalam lokasi G-spot (Grafernberg spot) rangsangan seksual wanita dan orgasma.

~ Dr. Adilah Ahmat

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular