Padah intai wanita buang air kecil

Gara-gara mengintai seorang wanita membuang air kecil dalam tandas, seorang jurujual didenda RM800 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini.

Majistret Zulkpli Abdullah menjatuhkan hukuman itu terhadap Bobby Ng Hock Ann, 31, selepas dia mengaku bersalah terhadap pertuduhan mengintai wanita berusia 33 tahun itu dengan niat hendak mengaibkan kehormatan wanita tersebut.

Dia yang tinggal di Taman Bukit Maluri, Kepong, didakwa melakukan kesalahan itu di tandas wanita, Aras LG, Kompleks Desa, Jalan Kepong, Kepong di sini pada 11 pagi, semalam.

Dia didakwa mengikut seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda, atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, tertuduh memanjat dinding di tandas bersebelahan tandas wanita itu dan kemudian mengintai dari atas semasa wanita itu membuang air kecil.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri memberitahu mahkamah bahawa kesalahan yang dilakukan Ng adalah serius.

"Saya mohon maaf atas kejadian itu. Saya benar-benar insaf dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan sama kerana saya budak baik dan tidak ada rekod jenayah," katanya sambil memohon mahkamah menjatuhkan hukuman ringan kepadanya.

Ng membayar denda tersebut.

Di Mahkamah Majistret berasingan, seorang pengawal kelab didenda RM400 atau penjara empat hari selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan memiliki sepasang gari dan anak kunci gari itu, sedangkan dia bukan seorang anggota polis.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Mohamad Asri Zainuddin, 24, yang didakwa melakukan kesalahan itu di persimpangan Jalan Sultan Ismail dan Jalan Raja Abdullah, Dang Wangi pada 11.35 malam, 12 Julai lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 89 (a) Akta Polis 1967 yang membawa hukuman penjara maksimum enam bulan atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wong Chai Sia manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama


Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

Masalah kesuburan: Lelaki juga mandul

Masalah kesuburan bukan pelik. Malah, kebanyakan pasangan baru berkahwin mengalami masalah ini, di mana mereka sukar mendapat zuriat. Namun, ia boleh berlaku kepada mereka yang lama berkahwin atau ada anak.

Seorang wanita pernah memberitahu dia berusaha mendapatkan anak ketiga namun masih gagal selepas empat tahun mencuba.

Ini menunjukkan ia boleh terjadi kepada sesiapa, tidak kira jika pada awalnya mereka ‘subur’ dan berjaya mendapatkan anak. Pendek kata, kesuburan manusia tidak kekal selama-lamanya.

Sama ada lelaki atau perempuan, kedua-duanya berisiko menghadapi masalah ini. Bagi lelaki, sperma dalam air mani boleh berkurangan atau tidak aktif selepas beberapa tahun meskipun sebelum itu ia aktif. Adakala, ada juga lelaki langsung tiada sperma selepas mempunyai dua atau tiga zuriat.

Bagi lelaki yang ada masalah seperti ini, ia digelar kemandulan. Istilah ini digunakan bagi mereka yang tidak dapat menghasilkan benih atau sperma.


Untuk suami yang mengalami masalah mandul selepas mempunyai anak, ia dipanggil masalah kemandulan sekunder, iaitu dia pernah subur tetapi kini tidak.

Mereka yang mengalami masalah ini perlu menjalani ujian air mani. Mereka juga perlu menjalani pemeriksaan lebih komprehensif.

Bagi pasangan yang mahu menambah cahaya mata, si suami terutamanya perlu mengamalkan gaya hidup sihat. Merokok, obesiti dan malas bersenam hanya menambah masalah kesuburan.

Merokok dikenal pasti boleh menyebab kemandulan lelaki. Obesiti dan memakai pakaian dalam ketat membuat buah zakar terperangkap dalam lemak badan, maka dengan suhu badan tinggi, kilang sperma tidak dapat berfungsi dengan baik.

Obesiti boleh menyebabkan tahap hormon testosterone menurun dan secara tidak langsung mengganggu proses penghasilan sperma.

Kepada lelaki yang mengalami masalah kesuburan sekunder, hentikan merokok dan jika ada masalah obesiti, turunkan berat badan serta guna pakaian dalam longgar.

Bagaimanapun, jarang keradangan boleh berlaku kepada buah zakar akibat infeksi kuman virus seperti ‘begok’ atau ‘non-specific’. Namun, jika keradangan buah zakar ketara, kilang buah zakar boleh rosak dan ia tidak dapat menghasilkan sperma.

Kini dengan rawatan moden, sperma boleh disedut daripada salur kecil sperma dalam buah zakar untuk tujuan untuk disuntik kepada telur isteri dalam kaedah ICSI (Intracytoplasmic Sperm Injection Technique) dan hasilnya dimasukkan ke dalam rahim seperti kaedah bayi tabung uji.

Seperti saya syorkan kepada suami, mereka harus jalani pemeriksaan komprehensif dengan doktor pakar seperti ujian darah untuk mengukur tahap hormon FSH (hormon kesuburan) dan doktor akan beri rawatan sewajarnya selain mengamalkan gaya hidup sihat.

Kepada yang mengalami masalah terbabit, teruskan usaha untuk mendapatkan anak. Mudah-mudahan berjaya. Sesiapa yang berminat berhubung dengan saya sila ke www.dsh.com.my atau dr_tambi@yahoo.com.

Dr. Ismail Thamby
Harian Metro

Buah zakar berkudis dan berjerawat

Kantung atau buah zakar saya mengalami kudis dan jerawat serta kulit menjadi kering dan bertukar warna. Kulit di kerandut zakar juga boleh tertanggal jika saya menggosoknya dan ia seolah-olah bersisik. Adakah masalah ini serius dan boleh memudaratkan kesihatan saya?

-----------

Masalah kulit yang anda alami dikenali sebagai ‘eczema’. Kulit kerandut buah zakar yang lembut dan mengandungi bulu roma serta pundi peluh dan pundi pelembap semula jadi ‘apokrin’ boleh meragam apabila ia kering dan tidak selesa dan akhirnya akan menjadi gatal.

Menggaru akan membuatkan kulit kerandut menjadi radang dan secara tidak langsung membuatkan perasaan gatal itu lebih ketara.

Jika kulit kerandut tercedera, kuman atau kulat akan memasuki alat kelamin dan menjadi aktif. Ini akan menambah kerosakan apabila masalah itu diberatkan lagi dengan jangkitan kuman.

Paling penting, lelaki yang mengalami kegatalan kerandut zakar perlu menggunakan krim pelembap untuk melembutkan kulit kerandut dan menghentikan sementara tabiat mencukur bulu roma.

Begitupun, jika anda gemar mencuci kerandut zakar dengan sabun, anda perlu menyapu krim pelembap selepas mengelapnya.

Memakai pakaian dalam yang selesa, longgar dan terdedah yang memudahkan kulit menjadi kering dapat membantu membendung gejala gatal kulit dan eczema.

Apabila kulit kerandut mengalami gejala gatal, luka, bersisik dan radang, mustahak untuk berjumpa doktor dan menjalani pemeriksaan dengan pakar sakit kulit.

Doktor akan lakukan pemeriksaan untuk memastikan jika ada ciri tertentu mengenai gejala penyakit dan memberi rawatan sewajarnya.

Untuk menjaga kulit kerandut buah zakar supaya selesa dan segar, lelaki perlu menggunakan pelembap selepas mencuci anggota kelamin atau selepas mandi.

~Dr. Ismail Thamby

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular