Saksi kecurangan isteri dengan teman baik sendiri

Saksi kecurangan isteri dengan teman baik sendiri

Irfan tersenyum sendirian, dia terkenang majlis perkahwinannya bersama pilihan hati Maria. Dia bangga kerana dalam ramai lelaki, Maria memilih untuk sehidup semati dengannya.

Bukan Irfan tidak tahu, Maria menjadi kegilaan di pejabat. Apa tidaknya, Maria bukan sahaja cantik dan pandai bergaya malah lebih membuatkan lelaki cair adalah sikap Maria yang manja. Kini wanita idaman Malaya itu sudah menjadi isterinya yang sah. Irfan berasa dirinya sangat bertuah. Hari-hari yang dilalui dirasakan begitu bermakna. Namun panas yang disangka hingga ke petang rupanya hujan di tengah jalan. Sikap Maria yang boros berbelanja membuatkan Irfan pening kepala membayar hutang piutang setiap bulan. Lebih parah lagi, kad kredit Irfan kini sudah disenarai hitam. Sudah acap kali dia menasihati Maria namun teguran itu dipandang sepi. Maria masih dengan sikap lamanya.


Keadaan itu juga menyebabkan Irfan selalu saja merungut, hampir setiap hari Maria mendengar bebelan suaminya malah kadang kala timbul rasa menyesal mengahwini Irfan. Sangkanya Irfan mampu memberi kemewahan kepadanya namun yang berlaku adalah sebaliknya. Dia pula disuruh Irfan bersederhana. Semakin hari sikap Maria semakin menjadi- jadi. Irfan sudah tidak kuasa menegur sikap isterinya. Kadang kala dia sengaja pulang lewat ke rumah kerana bosan melayan karenah Maria yang mengada-ngada. Baru kini Irfan sedar, dia mencari isteri yang cantik bukannya isteri solehah. Saat itu, Irfan teringat pesanan arwah ibunya. Kata ibu, jika ingin mencari isteri, jangan dilihat kepada paras rupa sebaliknya pandang agamanya serta keperibadiannya.

Menyesal pun tak guna kerana kini Maria sudah menjadi tanggungjawab Irfan. Untuk menghilangkan kebosanan, Irfan sering mengajak kawan baiknya, Zakri lepak di rumah ketika Maria bertugas di luar daerah. Mulanya sekali dua sahaja Zakri menumpang tidur di rumah Irfan namun lama-kelamaan Zakri bagaikan penghuni tetap. Irfan tidak membantah tambahan pula Maria kelihatan selesa berkawan dengan Zakri. Irfan berterima kasih kepada Zakri kerana sejak kawannya itu menetap di rumah mereka, Maria tidak lagi merungut.

Mereka bertiga sering keluar bersama atau sekadar berbual kosong di rumah. “Zakri, aku kena pergi Jakarta seminggu. Masa aku tak ada nanti, kau tolonglah tengok-tengokkan Maria ye”.
“Alah Irfan, aku tahulah. Kau jangan bimbang, aku akan hiburkan Maria”.
“Eh tapi aku tak ada nanti, takkan kau nak tidur rumah aku juga”.
“Ish! Kau ni Irfan. Aku tidur rumah akulah nanti apa pula kata orang”.
“Okaylah, kalau macam tu nanti kalau apa-apa hal kau telefon aku. Satu lagi, esok kau tolong hantar aku ke KLIA ”.
“Ok, tak ada masalah bos,” teringat lagi Irfan tentang kata-kata kawannya itu.

Saat itu Irfan memang gembira kerana punya kawan yang sanggup bersusah senang dengannya. Akan tetapi sewaktu berada di Indonesia entah kenapa Irfan sering teringatkan Maria. Dia berasa tidak sedap hati. Kerana itu juga Irfan sanggup menghabiskan urusan kerja secepat mungkin. Dia pulang dua hari lebih awal dari tarikh yang sepatutnya. Irfan tiba di Lapangan Terbang Anatarbangsa Kuala Lumpur pada jam 10.30 malam, pada mulanya dia ingin menelefon Zakri mengambilnya namun mengenangkan tindakannya akan menyusahkan Zakri di malam-malam begini, akhirnya Irfan menaiki teksi menuju ke rumahnya di Kelana Jaya.

Harapkan pagar, pagar makan padi
Dari luar Irfan melihat keadaan rumah gelap gelita, hanya lampu tidur di bilik utama yang terpasang. Fikir Irfan mungkin isterinya sudah tidur. Dia membuka pintu rumah dengan berhati-hati kerana tidak mahu mengejutkan isterinya. Selepas meletakkan beg, langkahnya terus menuju ke bilik tidur. Namun, belum sempat membuka pintu, dia mendengar suara rengekan manja Maria dan suara lelaki ketawa. Jantung Irfan berdegup kencang, dia terus menguak pintu bilik.

Alangkah terkejutnya Irfan bila melihat isterinya dan Zakri terbaring di katil tanpa seurat benang. Sebaik melihat Irfan, keduanya dengan pantas menarik selimut menutup tubuh. Irfan tidak dapat menahan marah, dia tidak sangka kawan yang paling dipercayai sanggup meniduri isterinya. Sejak itu hubungannya dengan Zakri dan Maria terputus. Maria diceraikan malam itu juga. Zakri pula sanggup berhenti kerja agar tidak bertembung lagi dengan dirinya. Walaupun peristiwa ini sudah lima tahun berlalu namun luka di hati Irfan masih berdarah. Dia serik untuk berumah tangga lagi. Hatinya seolah-olah tertutup untuk wanita.

9 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

perempuan neraka........

Tanpa Nama berkata...

yes ur right

terbakor berkata...

cantik tak semestinya bagus. cantik ni luaran je. yang penting dalaman tu yang kita nak...

Tanpa Nama berkata...

apa punya bodoh punya suami.... duit dan buri.... mana boleh percaya ....

sai berkata...

Tu mmg patut cerai...bb bkas janda aku pn penah buat cmto...tpi skrg aku dn ank ak dah bhagia dengan isteri baru aku...

sai berkata...

Xsmesti'y lawa hati'y mulia dn suci...pmpuan lawa dn cantik lah yg byak kecewakn lelaki...

Tanpa Nama berkata...

tulahh..pempuan skarang mne blh dipercayai..semua samee je

Tanpa Nama berkata...

Penghuni neraka

Sapura berkata...


Awek paling nakal

Koleksi kisah-kisah pengajaran

Dari studio rakaman

Kaki-kaki lucah

Untuk yang nakal sahaja

Kalau basah, guna tissue untuk lap

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular