Mencari Titik G-Spot Wanita


Ramai wanita memberi pendapat berbeza mengenai kemuncak kenikmatan seksual yang dirasai mereka ketika melakukan hubungan seks dengan pasangan.

Majoriti wanita melaporkan bahawa kehangatan seksual bermula daripada kawasan vagina, iaitu bahagian bawah trek pembiakan perempuan. Malah ada juga memberitahu, proses tersebut melibatkan pembuangan cecair daripada tiub uretra, yang berfungsi sebagai duktus ejakulasi. Cecair itu kelihatan seperti susu cair.

Menurut kajian yang dilakukan Ketua Setiausaha, Persatuan Kesihatan Seksual Sedunia, Dr. Beverly Whipple, titik Grafenberg atau lebih dikenali sebagai G-spot (titik keghairahan), adalah kawasan kemuncak kenikmatan seksual dan merupakan kawasan paling sensitif di dinding vagina.

Kajian seksual yang dilakukan bersama Pakar Seksualiti, Dr. John Perry itu telah menamakan titik Grafenberg selepas Dr. Ernst Grafenber menulis artikel berkaitan seksual pada tahun 1950.

Katanya, G spot tidak terletak pada dinding vagina, tetapi ia boleh dirasai di seluruh kawasan tersebut. Selalunya, keghairahan itu boleh dirasai di antara bahagian bawah tulang pubik dan serviks. Rasanya juga seperti ketulan kecil yang membonjol atau berlegar di kawasan rangsangan.

"Apabila kali pertama pasangan menyentuh kawasan tersebut, ramai wanita memberi maklum balas bahawa apabila mereka sedang dirangsang, mereka merasakan seakan-akan seperti hendak membuang air kecil, walaupun ketika itu pundi kencing tidak mengumpul air kencing.

"Bagaimanapun, anda seharusnya memberikan masa dua hingga 10 minit untuk mengurut atau bermain di kawasan tersebut, agar dapat menguatkan lagi tahap kepuasan seksual.

"Perkara yang menimbulkan masalah bagi wanita itu sendiri ialah mereka sukar mengetahui kawasan rangsangan titik keghairahan dan berasa sakit sewaktu pasangan menyentuh di kawasan vagina, kecuali menggunakan alat perangsang seks seperti dildo atau vibrator," katanya pada pembentangan kajian yang dijalankan pada tahun 2008, bertajuk Kerunsingan Wanita Terhadap Hubungan Seksual, bertempat di Tenji Japanese Restaurant, Solaris Mont Kiara, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Lebih menyukarkan wanita, jelasnya lagi ialah untuk merasai titik G spot dengan sendirinya, di mana anda memerlukan saiz jari yang panjang atau vagina yang pendek untuk mencapai kawasan tersebut ketika anda berbaring di atas katil.

Sementara itu, Whipple berkata, lebih ramai wanita melaporkan bahawa mereka lebih senang merasai puncak keghairahan G spot dengan sendirinya sewaktu berada di dalam tandas.

"Selepas membuang air kecil, mereka akan meneroka seluruh kawasan hadapan (atas dan bawah), dinding vagina sehingga ke kawasan bawah pusat," tambahnya.

Malah, katanya, ada dalam kalangan mereka juga berkata, mereka lebih selesa dengan cara meneroka kawasan bawah perut, dekat organ seks dengan tangan, sehingga di kawasan bawah tulang pubik atau di bahagian atas garisan bulu pubik.

"Anda memerlukan tekanan yang kuat apabila pasangan menyentuh klitoris dan anda juga akan merasai nikmat kepuasan apabila pasangan melakukan rangsangan terhadap klitoris," beritahu Whipple.

Selepas meneroka titik G spot itu, anda sudah pastinya mahu berkongsi pengalaman itu bersama pasangan. Titik keghairahan akan lebih terangsang sekiranya pasangan menggunakan jari atau kemaluannya.

Manakala posisi paling mudah untuk merasai kenikmatan bersama ialah apabila wanita berada di atas pasangannya.

"Mereka secara automatik akan merasai kehangatannya dan menjadi lebih selesa dan gembira setelah sama-sama mencapai puncak kenikmatan seks.

"Namun, paling penting anda seharusnya menjelaskan ketidakselesaan yang dirasai sewaktu pasangan sedang meneroka titik keghairahan anda," tambahnya.

Oleh Noor Hasliza Nusi


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini


Pancutkan Isteri Anda. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Petua Seks Hebat, sila klik sini.


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Rahsia Lelaki

Arkib Blog

Malam Pertama

Pelawat

Artikel

Follow

Twitter Rss Feed Icons

Catatan Popular