Beza Air Mani Dan Mazi

Memang wujud banyak kekeliruan di kalangan lelaki muda berkaitan cairan yang keluar daripada anggota sulit ketika dan sewaktu buang air kecil atau besar.

Ini menyebabkan ada lelaki yang bimbang kerana menyangka mereka sudah ‘klimaks’ walaupun ketika buang air besar atau kecil.

Sebenarnya, air mani hanya keluar secara ejakulasi ketika lelaki terbabit mencapai klimaks selepas melakukan hubungan seks atau beronani. Jika lelaki itu teruja ketika dalam khayalan seksual, dia juga boleh mengeluarkan cairan tetapi ia bukan air mani sebaliknya air mazi.

Oleh itu, ada lelaki menganggap cairan yang keluar ketika berkhayal mengenai seks sebagai air mani sedangkan ia sebaliknya.

Jadi, jangan keliru antara air mani dan air mazi. Memang segelintir lelaki menghasilkan banyak cairan ketika dalam keadaan teruja seksual atau sedang mengemut ketika selesai buang air besar atau air kecil.

Mungkin kerana banyak sangat cairan itu maka lelaki berfikiran ia air mani. Air mazi bukan saja berwarna jernih malah kelabu dan kekuningan selain berkrim.

Apabila di luar, ia berubah warna jernih atau sedikit kekuningan. Jadi, dari segi keagamaan, jika keluar air mazi tidak perlu mandi hadas besar. Ia bagaimanapun perlu dibersihkan sebelum sembahyang. Untuk maklumat juga, air mazi boleh mengandungi sedikit sperma.

1 ulasan:

izham berkata...

askum syer izham ingin bertanya sayu soalan :apabila syer beronani,ia keluar satu cecair pada bahagian kemaluan syer,wrnenye jrnih dn mlkit,adkah ia air mani atau air mazi.lgi satu soalan:adkah air mazi bleyh mnghmilkan ssorng

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Malam Pertama

Pelawat

Artikel

Catatan Popular