Janda Sepi Mangsa Kasanova

Seorang kasanova yang menggelar dirinya ‘penyelamat ibu tunggal’ dikatakan memiliki kepakaran luar biasa apabila berupaya menggoda wanita sepi hingga menjadi pemuas nafsu serakahnya.

Wanita terbabit sanggup berhabis wang ringgit demi cinta mereka dengan lelaki hidung belang terbabit.

Lelaki berusia 46 tahun itu pernah ditangkap khalwat bersama seorang ibu tunggal oleh Jabatan Agama Johor (JAJ) selain beberapa mangsa membuat laporan polis di Johor Bahru dan Maran, Pahang mengenai kegiatannya itu.

Namun, dia masih tetap melakukan kegiatan tidak bermaruah itu dengan mencari mangsa baru.

Lelaki mata keranjang itu begitu mudah menjerat mangsa, terutama janda muda dengan hanya menaburkan janji kononnya mahu memberi kehidupan baru kepada wanita yang sedang dahagakan kasih sayang serta perlindungan lelaki.

Dia yang sudah berumah tangga dan mempunyai anak menggunakan talian khidmat mencari rakan sembang sebagai taktiknya untuk menjerat wanita sepi.

Jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini dan IPD Maran ketika dihubungi mengesahkan menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasaan JAJ, Mohd Nooh Kadri, pula menyatakan lelaki terbabit dicekup bersama seorang wanita kerana berkhalwat sebelum didakwa di Mahkamah Rendah Syariah tahun lalu.

“Dia ditangkap penguat kuasa agama JAJ kerana melakukan jenayah syariah pada 29 Jun 2007 bersama wanita berusia 39 tahun. Mereka didapati bukan mahram ketika ditahan dan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Wartawan Harian Metro menemubual seorang bekas kekasih lelaki itu dikenali sebagai Zainab, 35.

Zainab yang bekerja sebagai jurujual menyifatkan hidupnya sepanjang enam tahun lalu bersama lelaki itu umpama dalam neraka.

“Saya yakin dia mengamalkan ilmu songsang sehingga berjaya mempengaruhi saya untuk menyerahkan wang RM10,000 secara berperingkat bagi membantunya setiap kali menghadapi masalah.

“Ketika dipujuk rayu, saya seperti terpukau dan cepat simpati terhadapnya walaupun banyak kali memberikan wang simpanan dan gaji kepadanya,” katanya yang membuat laporan dua kali termasuk di Balai Polis Kulai pada 12 Februari dan 24 Disember 2008 di Balai Polis Bandar Seri Alam Masai di sini.

Menurutnya, dia tidak menyangka perkenalan dengan lelaki itu yang mulanya dianggap sebagai pengganti teman hidup selepas bercerai dengan suami, mengundang pelbagai masalah tidak berkesudahan.

“Dia pandai bermain kata-kata dan berlagak romantik bagi memenangi hati saya supaya percaya janji manisnya.

“Malah, dia turut memenangi hati dua anak saya berusia 12 dan 13 tahun apabila sering datang ke rumah untuk menjenguk mereka.

“Akibat cair dengan ayat cinta yang selalu dilafazkan setiap kali bertemu, saya akhirnya tunduk kepada kehendaknya sehingga sanggup bersekedudukan selepas dijanjikan mahu mendirikan rumah tangga,” katanya.

Sejak itu, bermula episod hitam dalam hidup Zainab apabila tanpa disedari, lelaki itu mengikis semua wang simpanannya sebelum terbongkar rahsia dia sebenarnya sudah beristeri dan mempunyai anak.

Selepas mengetahui status sebenar lelaki terbabit, katanya, dia cuba menjauhkan diri daripada lelaki terbabit.

Bagaimanapun, lelaki itu tidak mudah mengalah lalu menimbulkan pelbagai gangguan secara berterusan.

Lebih mengejutkan Zainab apabila isteri lelaki terbabit turut bersekongkol.

“Dia bertindak di luar batasan, termasuk mengugut dan memukul saya kerana tidak berpuas hati dengan tindakan saya yang enggan lagi meneruskan hubungan.

“Pada 12 Februari tahun lalu, saya ditampar manakala 24 Disember lalu, dia bersama isterinya menyerang saya di sebuah pasar raya di Masai sebelum pertengkaran itu dileraikan pengawal keselamatan,” katanya.

Zainab berkata, dia bernasib baik kerana kedua-dua anaknya memahami keadaan dan memberikan semangat untuk meneruskan hidup walaupun masih diganggu lelaki buaya darat itu.

Dia difahamkan ada ramai ibu tunggal menjadi mangsa kasanova terbabit, termasuk seorang yang bergelar Datin di Gombak untuk mendapatkan wang mudah daripada wanita berduit.



Kamasutra Bergambar Melayu, sila
klik sini


Rahsia Malam Pertama. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Melambatkan Pancutan. Keterangan lanjut, sila klik sini.


Pancutkan Suami. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Rahsia Lelaki

Arkib Blog

Malam Pertama

Pelawat

Artikel

Follow

Twitter Rss Feed Icons

Catatan Popular