Tiada keseronokan berhubungan intim dengan suami

Setiap kali bersama suami, saya tiada rasa apa-apa. Tiada yang seronok pun. Adakah saya tidak normal? Hal ini membuatkan saya tidak bersemangat setiap kali suami mahu bersama? Ada ke ubat untuk masalah saya ini?

JAWAPAN

Saya kira terdapat juga segelintir wanita yang tidak mengalami klimaks melalui hubungan seks. Klimaks atau rasa seronok ini dipanggil dalam istilah perubatan sebagai orgasma ('orgasm'). Jangan gusar dan yakinlah pada diri sendiri bahawa saudari adalah seorang wanita yang normal. Saudari sepatutnya berbincang secara terbuka dengan suami mengenai perkara ini agar beliau lebih memahami. Perasaan kebimbangan terhadap perkara negatif berkait hubungan seks yang anda pernah dengar juga perlu diketepikan. Kelak, anda akan mula mengenali keseronokan hubungan seks suami isteri. Tanamkan semangat yang kental dan usaha bersungguh-sungguh untuk mengatasi masalah ini. Justeru, kemesraan dan kepuasan hubungan seks sewajarnya dinikmati kedua-dua belah pihak.

Mengurangkan tekanan

Kepuasan dalam seks merupakan ubat penenang bagi mengurangkan tekanan. Tekanan dapat diredakan hasil hormon yang dirembeskan selepas mencapai klimaks. Wanita lazimnya sukar atau lambat mengalami rangsangan seksual berbanding lelaki. Juga, kepuasan seks wanita berbeza-beza, ada yang memerlukan orgasma manakala yang lain merasa cukup puas dengan hubungan seks sahaja. Suami memainkan peranan penting agar sabar melayani isteri agar isteri dapat mengalami rangsangan seksual dahulu sebelum kemasukan zakar. Jika tidak, kekeringan faraj juga boleh menyebabkan rasa sakit dan ini selanjutnya akan membantutkan isteri untuk terangsang.

Hubungan seks bukan hanya sekadar dorongan nafsu semata-mata. Setiap perilaku dalam hubungan seks perlulah dilakukan dengan ilmu yang dipelajari. Ilmu seks perlu turut dipelajari dengan ilmu untuk mengekal kasih sayang dan cinta suami isteri. Kenikmatan seks bukan untuk seorang. Kenikmatan seks adalah untuk suami dan isteri yang melakukan hubungan seks. Setiap pasangan perlu tahu bagaimana untuk memuaskan pasangannya dan kenapa ia dilakukan.

Saudari tidak perlu mengambil apa-apa ubatan bagi merawat masalah ini. Saya harap saudari boleh mencuba beberapa tips bagi mengatasi masalah yang dihadapi atau banyak membaca buku berkenaannya.

Makanan

Untuk pengetahuan saudari ada makanan yang boleh menaikkan nafsu. Coklat, tiram dan asparagus adalah antara makanan yang boleh menaikkan nafsu seks. Jadikan ia hidangan utama sewaktu makan malam atau coklat dan ais krim sebagai pencuci mulut. Makanan bercoklat juga dapat menaikkan nafsu berahi seseorang. Makan makanan berkhasiat untuk menjaga badan supaya sentiasa sihat. Badan yang sihat akan membuat otak pun sihat dan segar. Otak adalah organ seks yang paling utama.

Wangian

Saudari boleh juga mencuba tips yang lain pada masa yang sama. Beli minyak wangi yang berjenama dan simpan khusus untuk tujuan seks. Wangian yang bersesuaian akan merangsangkan otak yang merupakan organ seks yang utama. Begitu juga sebelum melakukan hubungan seks, mandi dengan haruman lembut dan bersih. Wangikan bilik dengan haruman yang menyenangkan. Ia akan menimbulkan rasa keselesaan dan kesenangan dan rasa berahi yang tinggi. Kebersihan diri juga amatlah penting dan patut diamalkan oleh anda berdua. Mandi dengan haruman dan gosok gigi. Rasa bersih, selesa dan senang akan menimbulkan kehendak seks yang tinggi.

Anda berdua boleh mulakan hubungan seks dengan pemanasan atau permainan sebelum hubungan seks ('foreplay'). Mulakan dengan belaian lembut, mainan lembut dan ciuman manja. Mulakan rabaan tangan dengan gosokan di belakang badan barulah ia dikembangkan kepada bahagian-bahagian lain. Ciuman di telinga dan leher akan menimbulkan rasa berahi kepada wanita dan lelaki. Pastikan semua bahagian badan dibelai dan dirangsangkan sebelum melakukan hubungan seks. Luangkan masa 10 hingga 15 minit untuk pemanasan sebelum seks.

Peranan suami

Suami saudari juga hendaklah mengenali klimaks wanita. Ramai lelaki tidak tahu bagaimana wanita klimaks atau mencapai orgasma. Yang lagi merumitkan, setiap wanita ada caranya tersendiri. Tanda yang biasa kepada semua wanita sewaktu orgasma atau klimaks adalah berlakunya serangan kuat berserta badan menggigil dan pelukan kuat diberikan pasangannya. Jika berkesempatan, akan kelihatan badan memerah terutama seluruh muka. Pelbagaikan juga posisi seks jika inginkan kelainan. Permainan selepas hubungan seks ('afterplay') juga penting. Istilah 'afterplay' merupakan gambaran perlakuan pasangan suami-isteri sesaat setelah berhubungan seksual sebelum tidur atau melakukan kegiatan lain. 'Afterplay' yang hangat dan penuh kasih sayang penting untuk meningkatkan hubungan seksual. Setiap orang biasanya menjadi lebih peka antara satu sama lain setelah berhubungan seksual. Ini juga merupakan saat yang terbaik untuk mengekpresikan cinta dan perhatian pada pasangan. ~uTusan

1 ulasan:

zue berkata...

Kepada suami-suami yang menghidapi masalah seksual, LUQMAN HERBS CENTRE - Pusat rawatan tradisional kaedah Ayurveda akan menganjurkan seminar PERCUMA seperti di bawah:-

i) RAHSIA TENAGA BATIN LELAKI
- Penjagaan dan Rawatan Pemulihan

Tarikh: 22 April 2012 - Ahad
Waktu: 2 petang hingga 6 petang - (4 jam)
Lokasi: Taman Kajang Prima, Kajang, Selangor.
(Berhampiran restoran REST' 1 dan ENOPI)

* Seminar ini akan dikendalikan oleh Dr Luqman Malik (pengamal perubatan Ayurveda). Maklumat lanjut ttg beliau sila layari: http://www.luqmanherbscentre.com

** Tempat adalah terhad kepada 25 peserta sahaja.

*** Kedua-dua seminar adalah percuma dan terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin menghadiri.

Sebarang pertanyaan dan permohonan untuk menghadiri seminar ini, sila email ke: unseen.virago@gmail.com.

* Dr Luqman akan ke udara dalam program REMEDI terbitan TV9 pada bulan Mei nnt. Maklumat lanjut: www.mazlinnordin.blogspot.com (Mazlin Nordin merupakan penerbit eksekutif Media Prima)- Sedikit catatan dari Cik Mazlin Nordin ttg rakaman penggambaran di Pusat Rawatan LUQMAN HERBS CENTRE.
"Remedi bersama Fakhrulradhi-UNIC.......", muka surat 3.

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular