Onani buat zakar gelap dan geleber

Amalan onani boleh menyebabkan kulit zakar kelihatan lebih gelap dan geleber akibat kehilangan kuasa elastik kulit. Sama juga kepada otot dalaman zakar yang kurang memadat kerana ia tidak mengembang sepenuhnya untuk mengizinkan darah masuk dengan penuh. Ini tindak balas otot yang stres.

Justeru, tidak hairan jika mereka yang beronani mendapati perubahan kepada tindak balas zakar ketika dia mengurutnya semakin lama semakin kurang berinteraksi. Ini akan berlaku apabila perasaan ghairah mula menurun dan perasaan teruja mula menyejuk.

Perubahan itu boleh dikatakan perubahan semula jadi. Sudah menjadi fitrah, amalan baru memberi tindak balas yang sangat memberangsangkan dan apabila ia menjadi biasa, kehebatan awal berkurangan.

Jika seseorang itu menghentikan perbuatan onani, sudah tentu beberapa lama kemudian apabila dia teruja seksual secara spontan, tindak balasnya menjadi lebih membina.

Bagaimanapun, perkara sebaliknya juga boleh berlaku. Seseorang itu akan mendapati pada peringkat awal dia mula mengurangkan amalan onani, ereksi spontan pagi akan berkurangan.

Jika berlaku, ia tidak sepadat dulu dan lama kelamaan akan mendapati, kekerapan ereksi pagi akan berkurangan. Ini juga perubahan semula jadi.

Anggota yang biasa dirangsang secara tetap lebih aktif jika dibanding dengan keadaannya yang kurang aktif apabila tidak dirangsang secara tetap.

Perubahan itu hanya berlaku untuk seketika. Apabila individu terbabit mula aktif secara menyeluruh iaitu mengamalkan gaya hidup sihat, menjaga berat badan, tidak merokok dan tidak minum minuman keras, tidak terbabit dengan penyalahgunaan dadah, melakukan senaman berkala dan tidak lagi fokus kepada 'seks', keadaan menjadi lebih selesa dan penuh yakin.

Dalam usia muda, seseorang itu sepatutnya menumpukan perhatian kepada masa depan dan kerjaya. Jika kedua-dua ini cerah, tentu keyakinan diri semakin mantap dan akan rasa lega dan bebas daripada tekanan.

Tekanan membuatkan kita bergantung kepada perkara menyeronokkan seperti onani dan amalan negatif yang bersangkut paut dengannya.

Jika dilakukan berlebihan akan memberatkan lagi keadaan tekanan. Tindak balas yang kelihatan kurang ketika melakukan onani bukan petanda seseorang itu mati pucuk atau akan mengalami masalah seksual.

Apabila berumahtangga dan memulakan hubungan seksual dengan pasangan dan berdepan masalah seksual, anda dan pasangan boleh mendapat bimbingan dan rawatan walaupun masalah itu berlaku kepada anda.

Sebahagian besar daripada masalah seksual, sama ada untuk lelaki atau perempuan, ada cara atau pendekatan untuk mengatasinya.
Oleh Dr Ismail Thamby

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular