Sudah kahwin tapi masih dara

Cerita pasangan suami isteri tidak pernah mendapat kepuasan dalam hubungan seks penetratif atau persetubuhan kerana tidak pandai `beraksi' mungkin lucu bagi sesetengah orang, tetapi sebenarnya banyak pasangan, termasuk yang berkahwin beberapa tahun, mengalami masalah ini.

Agak malang bagi segelintir isteri yang masih `dara' walaupun berkahwin lebih setahun gara-gara si suami gagal dan tidak tahu peranannya apabila melakukan persetubuhan.

Saya mendapat banyak aduan daripada wanita mengenai suami masing-masing yang menurut mereka memiliki kesihatan baik, tetapi gagal apabila hendak bersama. Dalam erti kata lain, zakar gagal mencapai ereksi ketika mahu bersetubuh.

Masalah yang juga dikenali sebagai `mati pucuk malam pertama' ini boleh membuatkan suami mengalami tekanan hingga takut untuk bersetubuh dengan isteri.

Dalam masa sama, isteri akan rasa bersalah kerana merasakan dirinya tidak mampu melayan suami. Apabila tiada jalan penyelesaian, keharmonian rumah tangga terjejas.

Selain suami, isteri juga berdepan masalah berkenaan seperti `vagisnismus' atau kesempitan faraj apabila tidak berdaya melegakan pembukaan faraj, menyebabkan kesakitan apabila suami cuba memasukkan zakar.

Jika mengalami dua masalah ini, pasangan suami isteri terbabit perlu berjumpa doktor sebelum ia mengganggu keharmonian rumah tangga.

Selain berjumpa doktor, anda boleh mendapatkan banyak bahan bacaan yang memberi penerangan mengenai 'malam pertama' dan kaedah terbaik melakukan persetubuhan, termasuk doa.

Pasangan yang mahu mendirikan rumah tangga perlu belajar dan memahami teknik hubungan suami isteri. Sekurang-kurangnya anda tidak mengalami masalah untuk beraksi pada malam pertama, sekali gus membantu meningkatkan kebahagiaan rumah tangga.

Saya juga pernah mengeluarkan cakera padat video (VCD) bertajuk Cinta, Perkahwinan dan Kesihatan Seksual yang turut menayangkan dilema pasangan suami isteri yang bermasalah dalam hubungan seksual selain tips sesuai.

Baru-baru ini saya bersama penceramah bebas, Ustaz Dr Zahazan Mohamed mengeluarkan buku panduan pengantin bertajuk Adab Malam Pengantin yang menghuraikan cara melakukan sentuhan intim pertama berserta doa.

Pendek kata, banyak buku panduan dan tips untuk pasangan yang mahu mendalami ilmu hubungan seksual dalam usaha meningkatkan kebahagiaan rumah tangga.

Pasangan yang bermasalah sedemikian juga boleh mendapatkan maklumat di laman web saya iaitu www.dsh.com.my.

Jangan biarkan masalah ini berterusan. Kegagalan dalam hubungan seksual suami isteri ada penawarnya kerana kebanyakannya berpunca daripada kurang ilmu pengetahuan dan keyakinan diri.

Oleh Dr Ismail Thamby

Sumber: MA, Mar 11, 2012

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular