Sentuhan Di Ranjang

Kebahagiaan rumah tangga adalah gabungan tanggungjawab, pengertian, akhlak dan cinta yang tulus. Keharmonian rumah tangga boleh dicapai jika suami isteri memberi kerjasama dan memahami tugas masing-masing.

Tidak dapat dinafikan, aktiviti seksual penting dalam kehidupan berumah tangga, malah ia adalah tuntutan agama bagi mengelakkan manusia melakukan perhubungan seks bebas.

Setiap pasangan perlu mengetahui teknik dalam hubungan kelamin supaya nikmat dapat dirasakan kedua-dua pihak.

Antara anggota tubuh badan penting yang dikurniakan Allah ialah jari yang mampu melakukan sentuhan kenikmatan.

Apabila suami isteri bersentuhan, ia akan mempengaruhi perasaan dan melahirkan rasa kasih sayang.

Kesan sentuhan bukan saja dilakukan isteri tetapi suami. Sentuhan jari boleh melahirkan rangsangan naluri manusia.

Di sini diberi beberapa panduan kepada suami isteri mengenai kesan sentuhan dan bunyi dalam hubungan seksual yang sihat.

- Sentuhan suara

Nada bunyi dalam rumah tangga menentukan situasi pasangan masing-masing. Tinggi rendah nada suara memainkan peranan penting dalam hubungan seksual.

Jeritan kecil daripada mulut menimbulkan rangsangan. Begitu juga suasana bising dan tegang di bilik tidur sama ada gangguan dari luar atau dalam rumah boleh mempengaruhi mood seksual.

- Sentuhan jari

Ia adalah alat untuk merapatkan kemesraan suami isteri. Sebaiknya anda usah berkuku panjang kerana ia boleh menganggu sentuhan jari ketika hubungan seksual.

Kadangkala sentuhan jari tangan atau kaki lebih ‘berkuasa’ daripada mengeluarkan kata-kata. Benar kata pujangga, sunyi itu adalah suatu nikmat dan jari memainkan peranan untuk saat-saat kesepian itu.

- Sentuhan bibir

Anda jangan mudah terpengaruh dengan filem Barat yang gemar menonjolkan adegan bercium antara lelaki dan wanita dalam keadaan mengghairahkan.

Kadangkala teknik bercium cukup sekadar anda mengucup bibir atau dahi kerana ia menggambarkan betapa anda sayang kepada pasangan anda.

Sentuhan bibir di bahagian lain juga boleh menaikkan nafsu pasangan tetapi perlu dilakukan dengan lembut dan romantik terutama di bahagian sensitif.

- Sentuhan perasaan

Sentuhan ini lahir daripada dalam diri manusia, hanya mereka yang mengenali antara satu sama lain tahu bagaimana untuk melahirkan sentuhan ini.

Seseorang itu tidak perlu mengucapkan kata-kata tetapi riak wajah, senyuman dan kenyit mata boleh menggambarkan keseluruhan perasaan terhadap pasangan anda. Selamat mencuba!

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Malam Pertama

Pelawat

Artikel

Catatan Popular