Pesakit intai jururawat dalam tandas kena cekup

Gara-gara terlalu lama menunggu untuk mendapatkan rawatan, seorang lelaki yang mengalami sakit kulit memasuki tandas wanita di Hospital Sultan Ahmad Shah (Hoshas) di Temerloh, dan mengintai seorang jururawat pelatih membuang air kecil, Rabu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 tengah hari itu, lelaki terbabit dikatakan membongkokkan tubuh dan mengintai jururawat pelatih berusia 21 tahun melalui bawah pintu bilik air, sebelum rakan mangsa melihat kelibat lelaki terbabit dan menjerit meminta tolong.

Suspek yang terkejut dengan jeritan itu kemudian melarikan diri sebelum dikejar dua jururawat pelatih terbabit sehingga ke bilik pengawal keselamatan.

Seorang pengawal keselamatan yang bertugas berjaya menahan suspek sebelum menghubungi polis untuk melaporkan mengenai kejadian itu.

Difahamkan, lelaki berusia 34 tahun dari Mentakab yang sudah berkahwin dikatakan memasuki tandas wanita selepas melihat dua jururawat pelatih memasuki tandas berkenaan.

Seorang daripada jururawat pelatih terbabit berada dalam bilik air, manakala seorang lagi mencuci muka di sinki tanpa menyedari kehadiran suspek.

Ketua Polis Daerah Temerloh, Asisten Komisioner Ahmad Fadzillah Mohamed, mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan suspek sudah dituduh di Mahkamah Majistret Temerloh, kelmarin.

Beliau berkata, suspek yang didakwa mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan kerana pencerobohan jenayah mengaku tidak bersalah.

Info Menarik
Seni Melambatkan Pancutan!
Petua Seks Hebat! Hangatkan ranjang anda!
Isteri Dingin Seks? Rahsia mengghairahkan isteri!
Pelajari Teknik Rahsia Pancutkan Isteri!!
Seni dan Teknik Ciuman Hangat!
Rahsia Kecurangan Pasangan Terbongkar!
Rahsia Malam Pertama
Rahsia Doa Pengasih
Kamasutra Melayu Bergambar

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular