Rahsia Ciuman Pertama

Ciuman pertama dalam perhubungan mungkin menyediakan pelbagai maklumat penting mengenai lelaki dan wanita.

Ahli antropologi di Universiti Rutgers New Jersey mendapati, ciuman itu membolehkan lelaki mengesan paras estrogen wanita sekali gus mengetahui kitar kesuburannya.

"Lelaki sukakan kucupan yang basah," kata Helen Fisher.

Pada masa yang sama, wanita pula tanpa menyedari boleh mendapat maklumat sama ada bakal pasangan mempunyai sistem imuniti yang berbeza dari mereka.

Mengahwini seseorang yang mempunyai sistem imuniti berbeza boleh menyumbang kepada ketahanan penyakit yang lebih tinggi sekali gus menghasilkan zuriat yang lebih sihat.

Semasa pembentangan laporan tersebut di persidangan American Association for the Advancement of Science di Chicago, Fisher berpendapat bahawa maklumat itu adalah permulaan untuk penemuan lebih banyak mekanisme yang tanpa disedari, telah kita gunakan menilai sifat biologi seseorang.


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular