Lelaki muda aktif seks berisiko dapat barah prostat

Lelaki yang amat aktif secara seksual pada usia 20-an dan 30-an berisiko tinggi mendapat barah prostat, menurut kajian baru.

Kajian ke atas lebih 800 lelaki, diketuai Universiti Nottingham, juga mendapati aktiviti seksual kerap di kalangan lelaki berusia 40-an tidak banyak menjejaskan kesihatan dan jika dilakukan pada usia 50-an, ia sebaliknya memberi perlindungan daripada penyakit itu.


Rahsia Malam Pengantin. Keterangan lanjut, sila klik sini.

Bagaimanapun, kajian oleh penyelidik Britain diketuai Dr Polyxeni Dimitropoulou merujuk kebanyakan perbezaan itu kepada melakukan onani berbanding melakukan hubungan seks.

Penyelidik meneliti amalan seksual lebih 431 lelaki yang didiagnos dengan barah prostat sebelum usia 60 tahun, bersama-sama dengan 409 yang dapat mengawalnya.

Semua lelaki berkenaan disoal semua aspek kehidupan seks mereka daripada usia 20-an ke atas, termasuk berapa usia ketika mereka aktif secara seksual, berapa kerap mereka melakukan onani dan melakukan hubungan seks, berapa ramai pasangan seksual dan sama ada mereka dijangkiti sebarang penyakit jangkitan seksual.

“Kami benar-benar mahu melihat kaitan antara aktiviti seksual dan lelaki muda kerana banyak kajian barah prostat memberi tumpuan kepada lelaki tua sedangkan penyakit itu lebih lazim di kalangan lelaki berusia 50-an.

“Hormon memainkan peranan penting dalam penyakit itu dan amat biasa untuk merawat lelaki dengan terapi bagi mengurangkan hormon yang disangka merangsang sel barah. Dorongan seks lelaki juga diatur oleh paras hormon, jadi kajian meneliti teori memiliki dorongan seks tinggi menunjukkan risiko barah prostat,” katanya.

Beliau menambah, apa yang membuat kajian mereka lebih menonjol ialah mereka memberi tumpuan kepada kumpulan berusia lebih muda berbanding normal dan memasukkan kedua-dua hubungan seks dan amalan onani pada pelbagai tahap kehidupan peserta. - Agensi

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular