Lelaki Satu Kerandut Zakar

Jarang berlaku fenomena lelaki hanya mempunyai sebiji buah zakar kecuali sebab semula jadi atau sebenarnya ia ada, cuma tersangkut di dalam dan mungkin tidak aktif.

Pembedahan boleh dijalankan untuk menurunkan buah zakar itu ke dalam kerandut, tetapi seelok-eloknya ia dilakukan sebelum berumur dua tahun iaitu selepas doktor melakukan pemeriksaan terhadap bayi dan mendapati berlaku fenomena berkenaan.

Jika pembedahan lambat dilakukan selepas dikesan, buah kerandut itu mungkin terencat tetapi jika lelaki berkenaan sudah dewasa, tidak mengapa jika prosedur kesihatan terbabit tidak dijalankan.


Kamasutra Bergambar Melayu, sila klik sini

Bagaimanapun lelaki perlu tahu, kemungkinan buah zakar yang tersangkut itu menjadi kanser adalah tiga atau empat kali ganda berbanding yang normal.

Ada segelintir pakar menyarankan buah zakar yang tersangkut itu dibuang melalui pembedahan dan ada yang tidak mengesyorkan apa-apa.

Kini dengan ujian darah, perubahan kanser dapat dipantau dari semasa ke semasa dan tumbesaran buah zakar yang tersangkut itu dapat dilakukan melalui imbasan MRI atau CATS.

Berkaitan kesuburan, tiada sebab kenapa lelaki tidak subur jika buah zakar yang satu itu sihat. Bagaimanapun, jika ia kecil atau terencat, sudah tentu ia mampu mengganggu kesuburan.

Perkara berkaitan kesuburan jika mempunyai hanya sebiji buah zakar itu boleh dikesan melalui ujian air mani, tetapi tidak digalakkan menjalani ujian itu tanpa sebab.

Jika lelaki berkenaan berkahwin lebih setahun dan kerap bersetubuh tetapi tidak mempunyai zuriat, mungkin ujian air mani itu boleh dijalankan.

Bagaimanapun, lelaki berkenaan tidak perlu risau jika hasil ujian dijalankan normal, malah tidak perlu risau sekarang ini kerana ramai lagi yang mempunyai sebiji buah zakar.

Ramai lelaki yang mengalami masalah berkenaan kini sudah berkahwin dan mempunyai zuriat.

~ Dr.Ismail Thamby ( Harian Metro )


Seni Ciuman. Keterangan lanjut, sila klik sini.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Sya berumur 13 tahun Mempunyai sebiji buah zakar

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular