Tiram Perangsang Agen Seksual

Acap kali tiram menjadi sajian bufet di restoran atau hotel. Sama ada diambil mentah dengan perahan lemon, dimasak atau jusnya diproses menjadi sos, tiram sememangnya menjadi menu eksotik bagi kebanyakan kita.

Tiram atau oyster sebenarnya dikatakan telah dihadam manusia sejak ratusan tahun lalu lagi. Namun, rahsia manfaat kesihatan hidupan eksotik marin ini, jarang diperkatakan atau didedahkan.

Walaupun, ada beberapa kenyataan mengaitkan tiram dengan kebaikan terhadap prestasi seksual, namun ia tidak dibekalkan dengan sokongan kajian terperinci. Bagaimanapun kebelakangan ini, populariti tiram yang menjadi bahan masakan untuk pelbagai bentuk kulinari, menyebabkan saintis mula menunjukkan minat meneliti kebaikan zat haiwan ini.

Secara amnya, tiram menawarkan nutrien zat besi, kalsium, fosforus, zink, magnesium dan kuprum. Tiram juga adalah tinggi dengan vitamin A, B1(thiamin), B2 (riboflavin), B3 (niacin), C (asid askorbik) dan D (kalsiferol).

Institut Jantung dan Paru-paru Kebangsaan (Amerika Syarikat) mencadangkan agar tiram dimasukkan sebagai salah satu diet bagi mereka yang inginkan hidangan yang rendah kolesterol.

Afrodisiak

Kualiti afrodisiak yang terdapat tiram telah lama diperakui. Baru-baru ini saintis mendedahkan kandungan tiram yang kaya dengan zink adalah penyebab hidupan itu adalah sumber afrodisiak yang baik.

Afrodisiak merupakan agen untuk merangsang keseronokan seks dan meningkatkan mood dan prestasi seksual seseorang.

Menurut saintis zink adalah sumber yang diperlukan untuk menghasilkan hormon testosteron. Selain itu, kandungan asid amino yang baik dalam tiram juga mencetuskan peningkatan ke atas hormon seks.

Lelaki yang aktif juga disarankan mengambil diet yang mengandungi zink yang lebih sedikit berbanding yang dicadangkan iaitu 15 miligram sehari.

Anemia


Satu lagi penemuan yang didedahkan saintis adalah keupayaan tiram dalam mengatasi penyakit anemia.

Penyelidik Harold Levine, Roe Remington, F. Bartow dan C.B. Anderson dari Jabatan Nutrisi, Kolej Perubatan South Carolina, Amerika Syarikat menyatakan tiram mempunyai nilai yang tinggi untuk mengatasi anemia atau kekurangan darah, jauh lebih baik daripada kerang-kerangan lain.

Dalam kajian ke atas haiwan, mereka mendapati selepas mengambil diet tiram selama lebih lapan minggu, regenerasi (pertumbuhan semula) hemoglobin berlaku. Mereka mendapati kandungan kuprum dalam tiram adalah jawapan kepada hasil eksperimen itu.

Biomineralisation


Sementara itu, seorang ahli biologi Perancis menyatakan tiram menghasilkan nacre iaitu sejenis komposit yang membentuk bahagian dalam cangkerang tiram selain mutiara. Isi tiram yang turut mengandungi nacre menawarkan rawatan dan pencegahan untuk penyakit seperti osteoporosis, artritis dan sesetengah masalah kulit.

"Kuncinya adalah biomineralisatition," ujar Christian Milet di Paris.

"Tiram dan manusia berkongsi kapasiti yang sama untuk pembaikan diri. Tuang manusia boleh retak dan sembuh, begitu juga dengan cangkerang tiram. Kami percaya nacre yang ada pada isi tiram atau kulitnya boleh digunakan untuk merangsang pertumbuhan tulang."

Proses biomineralisation tiram katanya telah dipraktikkan manusia sejak lebih ratusan tahun lalu lagi. Puak Maya di tengah Amerika menyedari yang nacre bukan hanya untuk kecantikan tetapi kulit itu sangat keras dan tahan lama. Jadi mereka menggunakannya untuk membuat gigi palsu.

Di China dan Mesir pula, sebatian yang diperbuat daripada nacre digunakan sebagai krim kecantikan.


Super Isteri. Nak tau, sila klik sini

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Arkib Blog

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular