Tertekan faraj gelap dan lebam

Saya seorang wanita dan akan berkahwin tidak lama lagi. Bagaimanapun, saya mempunyai masalah faraj yang seakan-akan lebam dan bibir vagina saya menjadi makin gelap. Saya berkulit cerah dan tidak pernah melakukan persetubuhan sepanjang hidup saya.

Saya ingin mengetahui cara mengatasi masalah ini dan adakah produk yang baik untuk menghilangkan lebam dan warna vagina yang gelap ini. Saya harap doktor dapat membantu saya mengatasi masalah ini dan mengesyorkan produk apa yang terbaik untuk saya guna?

-----------------------

Saya dapati ramai wanita keliru mengenai anggota kelamin mereka kerana istilah bahagian anggota kelamin seperti faraj dan vagina tidak digunakan dengan betul. Faraj dan vagina adalah sama dan ia bukanlah keseluruhan anggota kelamin wanita.

Anggota kelamin wanita itu mempunyai dua bahagian; bahagian luar yang diberi nama ‘vulva’ dan bahagian dalam yang terdiri daripada faraj, rahim, salur telur dan sepasang ovari.

Vulva terdiri daripada tundun atau ‘mons veneris’, bibir besar, bibir kecil yang bertemu di atas untuk menjadi kulup klitoris atau ‘kelentit’. Sesetengah wanita mempunyai bibir kecil kecil yang tidak kelihatan apabila bibir besar menutupinya, dan ada pula yang mempunyai bibir besar yang panjang dan ada juga yang mempunyai bibir besar yang tidak seimbang iaitu satu kecil dan satu besar.

Semua ini normal! Bahagian di antara bibir kecil bergelar ‘vestibule’ yang mana pembukaan lubang kencing di bahagian atas dan pembukaan faraj di bahagian bawah, berdekatan lubang najis. Jadi, jika ditinjau, warna kulit badan dan warna kulit bahagian luar anggota kelamin perempuan yang bergelar tundun atau ‘mons veneris' tampak sama.

Yang kelihatan ‘gelap’ atau pudar atau comot ialah kulit bahagian ‘dalam’, bahagian di antara pembukaan bibir besar, bahagian dalam yang mendedahkan bibir kecil dan ‘vestibule’.

Kulit bahagian ini adalah jenis kulit yang lembut dan lembap serta mengandungi lapisan kulit yang mengandungi lapisan sel pewarna yang membuatkan kulit bahagian itu ‘pudar’ atau ‘gelap’.

Jadi, warna kulit bahagian di antara bibir besar itu sememangnya begitu dan lebih-lebih lagi jika individu itu dalam keadaan teruja seksual, maka akan kelihatan lebih pudar, tembam dan lebam!

Ini kerana kemasukan darah yang banyak kepada anggota berkenaan membuatkannya bersedia untuk tujuan persetubuhan. Jika anda melihat gambar ‘vulva’ yang mudah didapati di Internet, seperti dalam laman vulva.com atau laman ‘Wikipedia’, anda akan lihat pelbagai bentuk dan warna ‘vulva’ perempuan mengikut keturunan mereka.

Mereka semua mempunyai ‘vulva’ yang berwarna lebih gelap daripada kulit badan sendiri. Jadi, anda tidak perlu tertekan.

Jangan mudah terpengaruh dengan iklan atau saranan penjual krim pemutih yang kononnya bahan terbabit dapat memutihkan vulva anda.

Mungkin sebaliknya yang akan berlaku. Pastikan anda memakai pakaian dalam 100 peratus diperbuat daripada kapas yang selesa, pakai pelekat sanitari wanita yang sesuai waktu haid dan pelekat panti ketika berlaku kebasahan faraj.

Jika mahu menggunakan pencuci wanita, ia hanya boleh digunakan pada bahagian luar saja.

Yakinlah dengan anggota kelamin anda dan jaga ia dengan baik.

~ Dr. Ismail Thamby

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Saya cadangkan guna pelembab dan pencuci intim untuk menjaga vagina, saya pernah menggunakan coconut virgin oil pada luaran vagina, dan kesannya amat menakjubkan, suami akan lebih gairah untuk bersama sekiranya vagina di jaga dengan baik, dan harum, suami akan lebih semangat mencium vagina yang harum dan adegan adegan seterusnya, arina putra jaya

Tanpa Nama berkata...

arina..brape hrga?xde effact ape2 ke?rsau jgk huhuhu

Catat Ulasan

 

Rahsia Lelaki

Arkib Blog

Malam Pertama

Pelawat

Artikel

Follow

Twitter Rss Feed Icons

Catatan Popular