Tabiat onani masa muda menghantui bakal suami

Saya akan berkahwin dalam masa terdekat ini. Jadi, saya sungguh khuatir jika tidak dapat menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.

Untuk pengetahuan doktor, saya sebenarnya suka beronani, lebih-lebih lagi dengan wujudnya telefon mudah alih yang canggih dewasa ini, jadi ia sangat menyenangkan saya untuk menonton rakaman yang saya muat turun.

Sekarang saya sungguh khuatir apabila mengenangkan tarikh kahwin yang semakin hampir kerana saya beronani pun tidak sampai dua minit, jadi ini lagi menambahkan kekusutan saya bagi menghadapi saat bahagia yang akan menjelma tidak lama lagi.

Apa perlu saya lakukan bagi membaiki diri ini dan menghadapi perkahwinan yang bakal menjelma? Tolonglah saya memulihkan semangat dan kekuatan kelakian saya.

-----------------------------

Anda menggunakan teknologi canggih terkini secara negatif, iaitu muat turun klip lucah untuk anda mendera anggota kelamin yang anda sendiri tahu akan melemahkan lagi fungsinya.

Bayangkan keadaan anda bukan hanya akan mengalami masalah cepat klimaks akibat kecuaian itu, malah boleh mengalami mati pucuk (kerosakan tisu lembut dan tisu pengembang zakar) dalam umur yang muda! Bertaubatlah dan jangan sia-siakan kehidupan anda.

Mungkin untuk mengenali fungsi syahwat dan ejakulasi anda mencuba mengurut anggota kelamin dan anda mengenali proses itu yang akan berlaku apabila anda kahwin kelak.

Pengenalan itu mencukupi bagi anda untuk menjinakkan diri dengan pasangan anda dan sama-sama menikmati keseronokan syahwat serta membantu satu sama lain dalam hubungan intim.

Ini yang sepatutnya, tapi untuk anda lain pula cerita, mendera dan membelasah anggota kelamin untuk seronok sendiri dan kemudian khuatir pula dan takut tidak dapat memuaskan pasangan.

Saranan saya kepada anda ialah, hentikan amalan onani dan amalkan gaya hidup sihat, henti merokok dan lakukan senaman berkala.

Senaman dapat membina tenaga dan stamina, sekali gus secara langsung dapat meningkatkan daya dan tumpuan minda dan dapat meningkatkan keyakinan diri.

Anda akan dapati apabila mula serasi dengan pasangan anda dan dia juga mengalami keadaan sama, ia akan membuatkan anda berdua menghayati keseronokan hubungan intim tanpa batasan.

~ Dr Ismail Thamby


0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Pelawat

Pikat Isteri

Artikel

Catatan Popular